Sabah: 49 sekolah, lebih 15,000 pelajar terjejas banjir
Sabah: 49 sekolah, lebih 15,000 pelajar terjejas banjir
Sabah: 49 sekolah, lebih 15,000 pelajar terjejas banjir

Tarikh Dipaparkan:
27/01/2023
KOTA KINABALU (27/01/2023): Sebanyak 49 sekolah dengan sejumlah 15,531 pelajar terjejas banjir yang melanda tujuh daerah di Sabah hari ini. Jurucakap Jabatan Pendidikan Negeri ketika dihubungi memberitahu pemberita bahawa terdapat 43 sekolah rendah dan enam sekolah menengah terlibat.