Belanjawan tangani kemiskinan dalam pendidikan: Fadhlina
Belanjawan tangani kemiskinan dalam pendidikan: Fadhlina
Belanjawan tangani kemiskinan dalam pendidikan: Fadhlina

Tarikh Dipaparkan:
26/02/2023
KOTA KINABALU (26/02/2023): Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata bajet kini dilihat berlandaskan arah tuju terbaik demi untuk menangani masalah kemiskinan dalam pendidikan, termasuk kekurangan zat makanan dalam kalangan pelajar, kekurangan peranti untuk pembelajaran digital dan kemiskinan infrastruktur termasuk sekolah usang.