Tabin Wildlife Resort telah dianugerahkan Sijil Kecemerlangan

Tabin Wildlife Resort telah dianugerahkan Sijil Kecemerlangan

Tabin Wildlife Resort telah dianugerahkan Sijil Kecemerlangan

thumbnail
Salam Sejahtera dari Tabin Wildlife Resort !!
 
Kami dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa Tabin Wildlife Resort (sebuah syarikat milik majoriti Kerajaan Negeri) telah dianugerahkan Sijil Kecemerlangan oleh TripAdvisor, sebuah laman web pelancongan terbesar di dunia, berdasarkan ulasan pelanggannya ke atas kecemerlangan prestasi Tabin Wildlife Resort sebagai sebuah resort pelancongan hidupan liar.
 
Sehubungan itu, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua jabatan dan agensi Kerajaan kerana ini tidak mungkin dapat kami capai tanpa sokongan anda.
 
Kami menghargai sokongan dan mengalu-alukan kedatangan anda di Tabin Wildlife Resort untuk lawatan di masa hadapan. Sila hubungi kami sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut mengenai pakej istimewa kami khas untuk jabatan dan agensi kerajaan.
 
Sekali lagi, terima kasih atas sokongan anda semua.