Anugerah Wanita Negeri Sabah dan Anugerah Persatuan Wanita Cemerlang Negeri Sabah 2013

Anugerah Wanita Negeri Sabah dan Anugerah Persatuan Wanita Cemerlang Negeri Sabah 2013

Anugerah Wanita Negeri Sabah dan Anugerah Persatuan Wanita Cemerlang Negeri Sabah 2013

thumbnail

Sukacita dimaklumkan bahawa sempena dengan Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri tahun 2013, Kerajaan Negeri melalui Majlis Penasihat Wanita Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah selaku Urus Setia akan memberi penghormatan kepada wanita di Negeri Sabah yang terpilih dengan Anugerah Wanita Negeri Sabah 2013. Di samping itu, Persatuan Wanita di Negeri Sabah yang telah menyumbangkan jasa bakti terhadap kemajuan wanita dan masyarakat serta pembangunan Negeri akan diberi penghormatan dengan Anugerah Persatuan Wanita Cemerlang Negeri Sabah 2013.