Pengumuman

Pengumuman

Pengumuman

thumbnail

Sempena Majlis Sambutan Hari Inovasi Sektor Awam Peringkat Negeri Sabah 2013 pada 23 Januari 2014 bertempat di Sabah Trade Centre, Likas, Kota Kinabalu, pencalonan adalah dengan ini dipelawa daripada agensi Negeri dan Persekutuan, agensi swasta, NGO mahupun individu bagi anugerah-anugerah Inovasi

thumbnail

Pertandingan Laman Web Terbaik Kerajaan Negeri Sabah atau lebih dikenali sebagai "Sabah Government Web Competition (SGWC)" bermula lagi. Sila kunjungi laman web http://www.sabah.gov.my/sgwc untuk mengundi.

thumbnail
Tarikh Acara: 
08/11/2013 (Sepanjang hari) hingga 10/11/2013 (Sepanjang hari)

Sukacita dimaklumkan bahawa Pesta Nelayan Daerah Menumbok 2013 akan diadakan pada tarikh 8 - 10 November 2013 bertempat di Tapak Pesta Nelayan Pantai Mempakul, Menumbok. Aktiviti-aktiviti menarik and hadiah-hadiah lumayan menanti anda.

thumbnail

Dimaklumkan bahawa akan terdapat gangguan terhadap semua perkhidmatan Sabah.Net atas sebab-sebab penyelenggaraan system. Ia akan bermula pada Ahad 27hb Okt 2013 12:00 pagi hingga Ahad 27hb Okt 2013 07:00 pagi. Semua pengguna perkhidmatan Sabah.Net akan terjejas.

thumbnail
Tarikh Acara: 
26/10/2013 (Sepanjang hari) hingga 27/10/2013 (Sepanjang hari)

Dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) akan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan dan Pameran Sempena Tamu Besar Kota Belud, di Tapak Tamu Mingguan Pekan Kota Belud pada 26 hingga 27 Oktober 2013 bermula jam 08.00 pagi hingga 09.00 malam.