Text Box: PROGRAM LESTARI

 

   

 

 

 

 

Pengenalan

             

Sekolah Lestari merupakan satu Anugerah Alam Sekitar yang membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.

 

Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di bumi. Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.

 

Sejajar dengan misi Sekolah Jenis Kebangsaan ( Cina ) Yuk Chin, Tawau iaitu  ^Memantapkan sekolah dalam taman dengan suasana kelengkapan dan persekitaran sekolah yang merangsang pengajaran dan pembelajaran ̄, pihak sekolah sentiasa berusaha untuk mewujudkan suasana alam sekitar sekolah yang hijau dan ceria demi melahirkan murid-murid yang berilmu pengetahuan dalam memelihara dan memulihara alam sekitar serta berpontensi untuk mengurus sumber alam dengan berkesan dan efektif.

 

Sehubungan dengan itu, Sekolah Jenis Kebangsaaan (Cina ) Yuk Chin  berbesar hati telah mendaftar sebagai peserta Sekolah Lestari mulai tahun 2009. Diharapkan semua warga sekolah bekerjasama bagi menjayakan program ini dan terus menjadi rakan alam sekitar.

 

Misi

Memantapkan sekolah dalam taman dengan suasana, kelengkapan,dan persekitaran

Sekolahyang merangsang pengajaran dan pembelajaran.

 

Objektif

-meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah

-memupuk nilai murni alam sekitar pada kalangan warga sekolah

-mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar

-mewujudkan suasana sekolah yang kondusif  bagi melahirkan warga sekolah yang

 mempraktikkan amalan hidup lestari

 

 

Strategi dan Pelan Tindakan Pelaksanaan

 1. Guru Besar telah membahagikan guru kepada 4 komponen seperti berikut :

(a)    Komponen Pengurusan diketuai oleh Guru Cemerlang C Puan Vun Yee Mei,

(b)   Komponen Kurikulum diketuai oleh Penolong Kanan 1- Cik Koh Hui Kiang

(c)    Komponen Kokurikulum diketuai oleh Penolong Kanan 3 -Puan Koh Pay Shian

(d)   Komponen Penghijauan diketuai oleh Penolong Kanan 2- Puan Chang Fui Ling

2.  Setiap komponen terdiri daripada guru-guru yang ditetapkan.

3.  Guru-guru akan memimpin para murid menjalankan segala aktiviti kurikulum,

     kokurikulum dan penghijauan.  Guru-guru berperanan untuk menyampaikan objektif

     kepada murid tentang setiap pelaksanaan yang dijalankan demi membolehkan

     murid menghayati segala aktiviti yang dijalankan dengan rasa cinta terhadap  alam ini.

4.  Guru-guru menjalankan aktiviti dengan berpandukan jadual yang ditetapkan oleh ketua

      komponen.

5.  Peraturan terhadap memelihara dan memulihara segala bahan dan tumbuhan di

     kawasan telah diadakan.

 

Prasarana  Pembelajaran

-Ruang prasarana pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah diamalkan dengan  penyediaan bahan-bahan bacaan,risalah-risalah,dan bahan-bahan cetakan dari internet.

 

 

                                                                      Jawatankuasa Sekolah Lestari SJK(C) Yuk Chin, Tahun 2010      

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Text Box: 1.  Aktiviti Kitar Semula 
Text Box:  (A)  Aktiviti Dan Projek Penghijauan Oleh Kelab Dan Persatuan
 
 
Text Box: Murid-murid berbincang secara kumpulan tentang aktiviti yang dijalankan.
Text Box: Murid-murid bekerjasama menyumbang idea semasa menjalankan projek.
Text Box: Murid-murid membahagikan bahan yang dikitar semula.
Text Box: Guru membimbing murid mengenalpasti bahan yang boleh dan tidak boleh dikitar semula.

 

 

                 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

             

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

                       

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

            

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  

 

 

 

                          

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

                                                       

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

                 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

                                                                                                                                                                    

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

           

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Text Box: Home