En. Lim Leong  Hua
Penolong Pengarah Pendidikan
Unit Bahasa Cina
Jabatan Pendidikan Sabah
                   
Sekolah ini telah mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan sepanjang 68 tahun sejak tahun 1937, namun di bawah kebijaksana
-an guru besar dan sokongan LPS serta ibubapa, generasi hari ini dapat menikmati hasilnya. Usaha pihak sekolah untuk mewujudkan laman web sekolah merupakan satu lagi lembaran baru dalam kegigihannya menjana pendidikan generasi kini sejajar dengan peredaran masa. Ini secara tidak langsung dapat menambahkan ilmu pengetahuan murid dan memantapkan
lagi sistem pentadbiran sekolah disamping mempercepatkan sebaran maklumat. Segala hasil ini adalah nikmat daripada usaha gigih warga sekolah serta kerjasama ibubapa dan orang ramai yang telah memberikan sokongan padu terhadap kemajuan dan kecemerlangan sekolah ini. Syabas saya ucapkan.
Abad ke-21 memperlihatkan ledakan teknologi canggih sehingga mewujudkan saingan sengit dalam pelbagai bidang, pengkomputer
-an minda dan akademik hari ini adalah untuk membantu murid
-murid kita agar berpeluang menikmati kemajuan pengetahuan maklumat untuk kebaikan di masa depan, disamping itu ianya juga bertujuan meningkatkan dan memanfaatkan pernggunaan komputer dan internet oleh guru-guru. Dengan adanya laman web ini, diharap ia mampu membantu kita membina generasi yang serba mahir.

Manusia era kini telah mengaplikasikan penggunaan internet sebagai alat komunikasi penting bagi memendekkan jurang di
antara manusia, selain itu, ianya juga merupakan sumber ilmu yang mudah diperolehi tanpa mengira tempat dan masa. Jika  murid
-murid dapat memanfaatkan penggunaan komputer, saya
percaya laman web sekolah ini akan menjadi satu petunjuk kepada murid
-murid untuk menimba ilmu dalam konteks perkembangan pendidikan kini. Diharap dengan adanya laman wen ini, ianya juga dapat memudahkan interaksi di antara
pihak sekolah dan ibubapa
demi menjalinkan kerjasama untuk kebaikan murid-murid.
Disini saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pasukan laman web  kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam laman web sekolah ini. Dengan harapan laman web ini dapat mendatangkan manfaat kepada semua dan digunakan dengan sebaik-baiknya . Saya yakin setiap usaha yang  dicurahkanakan dapat memperlihatkan sekolah ini mampu mengorak langkah ke hadapan seiring dengan perkembangan semasa sejajar dengan aspirasi membentuk generasi baru serba mahir.

Sekian terima kasih.







  
自1937年,担布南育民小学经走过68年的风雨路,在校长的领导及对教育义不 容辞的董事部同人与家长的支持下,今日的新一代得以享其成果。校方致力于设置网页之举为提供新一代与时俱进之教育掀开新页。这一连串的措施,对提升学生知 识及学校行政效率必有所帮助,此举亦可加速讯息之传达,协助教师传授知识予学生。这一切皆是育民全体董事和教师辛苦耕耘及家长与社会热心人士的鼎力支持所 获的成果。本人谨为此致贺。

二十一世纪显现资讯膨胀之景象,遂而 于各领域产生激励竞争,学术及思想电脑化,为学生提供更多的机会接触科技资讯,为将来奠下好基础。此外,其亦有助于提高教师间对电脑及网际网络之使用率。 冀藉此网页,将有助于培养能力俱全之新一代。

在现今的社会,网际网络是不可或缺的 资讯工具。它不但拉近了探索世界人类文化的距离,而且开拓了汲取知识的空间。此外,它让我们得到了最新的资讯,突破了教学求知的框框。如今,学生对电脑的 掌握是非常重要的,尤其是目前许多学校已成功推行上网连线计划,加强了家长与学校的联系。冀藉此网页,其将促进家长与校方之交流合作,裨益莘莘学子,协助 国家推动新教育之目标。

谨此向给予本人机会献词之贵校网页组 致谢。冀各造从此网页中获益,并善用之。本人深信,贵校之一切付出显示贵校足以与时俱进,培育能力俱全之新一代。

谢谢






                                  
                             

                                 
 
                    
 


Drs. Selamat Bin Hj. Ismail, M.A.(UPM)

Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Tambunan
     
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Pasukan Laman Web bersempena dengan Hari Pelancaran Laman Web SJKC Yuh Min Tambunan kerana memberi peluang kepada saya untuk menyampai
-kan sepatah dua kata di dalam laman web sekolah ini.

Teknologi maklumat jaringan Inter-Network merupakan salah satu sistem komunikasi yang paling kerap digunakan di ketika ini, di mana fenomena ini telah menjadi suatu budaya dunia dalam abad ke 21 ini. Dengan wujudnya internet, komunikasi berlaku secara serta merta, serentak dan bersifat grobal. Berbagai maklumat boleh diperolehi dengan hanya menekan tetikus. Kita terpaksa menerima hakikat bahawa kita kini hidup dalam dunia cyber tanpa sempadan dan usaha untuk menguasai kemahiran ini perlu dipertingkatkan lagi memandangkan fungsinya sebagai salah satu komponen dalam era komputerisasi dalam zaman sekarang.  
Inisiatif sekolah dalam merealisasikan laman webnya adalah suatu langkah utama dalam usahanya membudayakan penggunaan komputer secara meluas di kalangan guru dan pelajarnya, sejajar dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin me-
lahirkan generasi yang seimbang dari segi penguasaan akademik dan teknologi maklumat demi mengimbangi perkembangan dunia teknologi pengkomputeran yang pesat, sejajar dengan usaha meningkatkan kualiti pendidikan negara ke taraf dunia.

Dunia internet adalah umpama lebuhraya yang dipenuhi dengan pelbagai jenis kenderaan dengan muatan yang berbeza-beza. Kata orang, walaupun jalanraya itu merbahaya, anak kita mungkin ditimpa kemalangan kerana melintasinya, tetapi kita tidak boleh melarangnya berbuat demikian kerana itu merupakan suatu kemahiran yang wajib dikuasainya. Dan agak mustahil juga bagi kita untuk mengawasinya sepanjang masa melainkan dengan membekalkan kemahiran yang secukupnya untuk memastikannya melintasi jalanraya dengan selamatnya. Amalan sedemikian boleh dipraktikkan kepada kawalan terhadap pelajar dari melayari laman web yang berunsur negatif. Pendidikan kearah itu haruslah disampaikan kepada pelajar demi melahirkan generasi yang cemerlang dalam bidang akademik dan teknologi multimedia serta berfikiran rasional dengan minda yang tidak tercemar.
Semoga dengan adanya laman web ini, pelajar dapat memanfaat
-kan penguasaan kemahiran komputer dan mendalami pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat. Disamping itu, warga sekolah, ibubapa serta masyarakat setempat dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan lagi melalui laman web ini.

Akhir kata, saya mengucapkan syabas dan tahniah di atas
kejayaan sekolah dalam usahanya untuk mewujudkan laman web
-nya. Semoga dengannya akan menjadi suatu landasan kepada
warga sekolah, ibubapa, masyarakat setempat dalam usaha men
-jayakan wawasan pendidikan untuk menaikkan imej dan mertabat profesion
pendidikan.


Sekan, terima kasih.
  
际 兹贵校网页上网仪 式,本人蒙邀撰写献词,聊缀数 言,谨致谢意。

网 际网络乃时兴之沟 通媒介之一,乃至风行于二十一 世纪,时髦风尚, 世人所趋。随网际网络之问世, 其通讯可于瞬间、 一致且全球性联击,点击鼠键则 可轻易获取各类资 料。逼于现实,我们得接受事实, 即我们时下身处 电子无疆世界,鉴于其乃电脑知 识之一,故而有须 着手掌握此项技能。

贵 校致力于设置网页 之举,实乃一利于师生间电脑应 用普及化之重要步 骤,符合马来西亚教育部欲造就 学术与资讯知识兼 俱之新秀之愿,以应付电脑界步 伐急速之发展,遂 提升国家教育素质,朝世界水平 迈进。

网 络世界犹如车多货 杂之大道。俗有言之,路虽险, 子女越之有遇险之 虞,却不得禁之,因此乃其须掌 握之技能。同时我 们亦难于时刻监视彼等之行动, 唯灌输交通安全意 识,令其安全越过马路。此举可 应用于管制学生浏 览不良网页,故而必向学生灌输 此等价值观,以培 养学术与多媒体科讯知识兼优, 并具备理智、纯正 心思之新一代。

希 冀通过此网页,学 生宜善用之以掌握电脑技能,并 深入研习科讯技 能。此外,校方、家长及本地民众 可藉此网页促进沟 通。

未了,本人祝贺贵校 成功设置网页,至盼此网页将
充 当校方、家长及本 地民众之桥梁,以达致教育宏愿,提高教育事业之声誉。


谢谢








                    
                          


      
       
 


Puan Chee Sui Fung

Guru Besar
SJK(C) Yuh Min Tambunan  
     
Kata orang 'tiada dahulu maka tiada sekarang'. Atas kewibawa
-an para guru besar yang pernah menerajui sekolah ini,
ditambah
dengan kerjasama LPS sekolah dan guru-guru, hari ini kita dapat melihat sekolah ini berupaya menghadapi perubahan semasa.

Kesemua ini tidak harus dipandang remeh terutamanya  di sekolah
-sekolah aliran Bahasa Cina , di mana pihak sekolah
harus berikhtiar lebih untuk memperlengkapkan kemudahan  sekolah. Kita tidak berhenti setakat pada satu kejayaan kecil, tetapi mengolak langkah kea rah pencapaian yang lebih cemerlang dari masa ke semasa.
Sokongan dan kerjasama  daripada ibubapa dan orang ramai telah membantu sekolah ini mengatasi segala kerumitan dan rintangan yang dihadapi. Hasilnya, selain kelas komputer di sekolah ini dapat dibuka dengan jayanya, disusuli dengan pembinaan laman web sekolah,  mencerminkan kesungguhan dan keazaman sekolah ini untuk membantu murid-murid sekolah ini menimba ilmu yang bersesuaian dengan generasi mereka dan untuk menyediakan mereka untuk menghadapi era mereka yang bakal mereka tempuhi.
Pihak sekolah sedar dan sentiasa mengikuti perkembangan
teknologi maklumat yang pesat membangun , menyedari bahawa kemahiran-kemahiran  yang harus dikuasai oleh murid-murid sekolah seharusnya praktikal dan berguna kepada mereka, maka pendidikan komputer dititikberatkan sebagai salah satu kemahiran yang perlu mereka kuasai untuk kesejahteraan mereka di masa akan datang.
Pendidikan komputer tidak akan lengkap sekiranya pendidikan internet tidak disampaikan kepada murid-murid. Maka dengan sebab itulah laman web sekolah dihasilkan demi untuk membantu murid-murid sekolah ini menguasai kemahiran komputer dengan sebaik-baiknya.
Bak kata pepatah, 'Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’'siapa dulu dia dapat', melihat kepada kemajuan yang dikecapi oleh negara-negara maju kesemuanya berlandaskan kata-kata itu, kita haruslah mengubah sikap 'duduk dan lihat’dan harus mempelajari dan memiliki hasil yang sama agar tidak sekali lagi ketinggalan apabila generasi kita sekarang mengambil alih kedudukan kita sekarang.
Saya berasa syukur dan gembira kerana laman web sekolah ini dapat dihasilkan dengan jayanya. Diharap warga sekolah memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya untuk kebaikan semua.

Sekian, terima kasih.



  
所谓“无昔无今”承本校历任校长之英 明领导,董事部及全体教职人员之 通力合作 之下,今日可目见本校具有 与时俱进 之能力。

凡此等等不应小谑而等闲视之, 须知华文小学皆须付出额外努力以增添校
内设备。 我们不因小成就而裹足不前,  反不时加快脚步以达致辉煌成就。

承蒙家长 及社会人士之鼎力支持,协助本校克服重重难关。结果,本校不仅成功开办电脑班,同时亦成功建设本 校网页,在在反映校方至志协助学生汲取合宜彼等时代之知识,以充实彼 等面对未来彼等之时代。

校方清楚 了解并时刻关注蓬勃发展之科讯,意识学生所应掌握之技能应以实际及实用为重,故而本校特为注重电 脑教育,以期未来有助于彼等之锦绣前程。

欠缺网际 网络知识,意味着电脑教育存有缺陷,故而学校网页之建设主因乃此。藉此协助学生掌握完整之电脑 技能。

俗语有曰 “不入虎穴,焉得虎子"“先到先得”,纵观先进 国家成功之例在于此言,故而我们务必改变“坐视”之心态,而须获取同等成就,以免贻 误后代,重蹈覆辙,多年以后又是落后的一群。

本校网页 得以顺利完成,本人深感欣慰,希冀本校各造善用之。

谢谢




                                        


                            
   

 


En. Freddy Goh Chun Wot

Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah
SJK(C) Yuh Min Tambunan  

Penciptaan internet dilihat sebagai suatu "kejutan budaya" kepada tamadun manusia, kewujudannya sama sekali telah mengubah orde dalam pelbagai bidang. membuka lembaran baru dalam ketamadunan manusia.
Penggunaan jaringan internet secara meluas dalam kehidupan harian manusia pastinya menjadi suatu trend yang tidak dapat dielakkan, malah kerananya manusia dikategorikan kepada "orang internet" "orang bukan internet", ia sesungguhnya adalah fenomena normal, perkembangan ini memperlihatkan betapa besarnya impak internet kepada manusia. Maka dengan itu, penguasaan kemahiran jaringan internet merupakan sesuatu yang penting dan perlu kepada kita semua.
Hasrat untuk membina laman web sekolah ini diilhamkan sejak beberapa tahun dahulu, dalam masa tersebut, usaha berterusan untuk mengumpul maklumat, grafik laman web dijalankan, agar dapat menghasilkan laman web yang sempurna, kualiti dan kuantiti sama diutamakan, tanpa menghiraukan susah payah, demi mewujudkan laman web yang memenuhi syarat asas pembinaan laman web, kesemua ini, bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan.
Hidup dalam dunia yang segalanya 'mengagungkan pengetahuan' , pengetahuan multimedia ICT merupakan salah satu syarat untuk 'menceburkan diri'  dalam persada kerjaya, inilah sebab utama sekolah ini mengadakan kelas komputer, dengan harapan murid-murid sekolah ini memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya untuk kesejahteraan di kemudian hari. Setiap perkara pasti ada kebaikan dan keburukannya, sungguhpun internet mempunyai banyak kebaikan, namun keburukannya juga tidak terkira, terutama laman-laman yang mempertontonkan bahan-bahan negatif, semua pihak haruslah waspada tentangnya.
Kejayaan pembinaan laman web sekolah ini merupakan sesuatu yang membanggakan, semoga warga sekolah, ibubapa dan masyarakat setempat, menggunakan laman web ini sebagai saluran untuk berkomunikasi dan interaksi, merapatkan hubungan dan menjalinkan kerjasama.
Sempena perasmian laman web sekolah ini, saya dengan sukacitanya menyampaikan sepatah dua kata untuk renungan semua. Dengan harapan 'kilang' sekolah ini berupaya menghasilkan 'produk' yang bermutu tinggi dan menjadi kebanggaan kita kelak.




  
网际网络之发明于人 类史而言堪以“巨变”谓之,彻底粉碎当代各领域 之成规,文明因之大
幅跃进,
掀开新页。

网际网络融入人类生 活,而广为应用,乃必然
趋。因之甚而区分人 类为“网人”“非网人
,乃时势所趋,足见网 际网络之影响何其远大。有鉴于此,掌握网际网络 知识于众人而言,至为重要,甚是迫切。

本校欲建立网站之 意,酝酿多年,其间搜集资料,网面设计,力求详 尽,质量并重,不忖艰巨,但求符合网页基本条件, 凡此等等,殊不
易为。


处于当今事事讲求 “知识至上”之社会,多
媒体知
识乃“入世”条件之 一,此即本校开
设电脑班主因
,冀我校学生掌握电 脑技能,学
以致用,他日投入
社会,条件俱全,无 往不利矣。

凡事皆有其正负二 面,网际网络虽优点甚多
,惟其
劣处亦罄竹难书,其 中充斥猥亵内容者
尤甚,不可
不慎也。

本校网页如期落成, 并顺利上网,实乃一大壮举,可喜可贺也。至盼本 校同人、家长、社会
人士,以
此网页为沟通管道, 联络感情,促进
合作。


值兹育民学校网页开 幕典礼,谨缀数言,以资
鼓励
。冀本校“工厂”, 生产高素质之“产品”,他日有成,与有荣焉。



                                      

 


                                  



En. David Benedict
Pengerusi PIBG
SJK(C) Yuh Min Tambunan
                     
Tahniah dan syabas  kepada guru besar, guru-guru dan semua
warga SJK(C) Yuh Min Tambunan kerana berkat kerjasama dan
kesungguhan yang tinggi maka sekolah ini telah berjaya mener-
bitkan sebuah laman web SJK(C) Yuh Min.
Laman web ini pastinya akan menjadi satu lagi kebanggaan ke-
pada warga SJK(C) Yuh Min kerana ia bukan sahaja akan men-
jadi sumber rujukan tetapi ia juga telah mencatatkan satu lagi
sejarah dalam kemajuan dan perkembangan sekolah ini.
Semoga dengan terhasilnya laman web ini, ia akan dapat mem-
beri manfaat yang sepenuhnya kepada warga SJK(C) Yuh Min
dalam usaha mengorak langkah ke hadapan bagi mencapai ke-
cemerlangan diri sendiri dan negara amnya.
Akhir kata dengan terbitnya laman web ini, diharapkan ia bukan sahaja akan menjadi sumber rujukan, aspirasi dan iltizam dalam dunia pendidikan tetapi menjadi peneraju kepada generasi pelapis dalam mengangkat mertabat ilmu.

Sekian terima kasih.
  
祝贺担布南育民小学校长及全体校员,凭彼 等之通力合作及高度毅力而成功建立网页。

此网页势将成为育民小学另一荣感,其不仅 充 当参考资源,亦为此校进展标志另一里程 碑。

至盼此网页之建立,其将利惠育民小学校员进 取以遂致立己乃至立国之愿。

末 了,冀此网页之建立,其不 仅成为教育界之参考资源、抱负、动力,亦策励后进, 提升学术地位。
                                               
谢谢       






                                                            
 
En. Fung Wing Chin
Bekas Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah
Bekas Penasihat Lembaga Pengurus Sekolah
Bekas Pengerusi PIBG
Bekas Pelajar  dan guru SJK(C) Yuh Min Tambunan 
         
Sejak diasaskan pada tahun 1937, SJK(C) Yuh Min kini telah
Menjangkau 67 tahun, kemampuannya bertahan dalam situasi di
mana keturunan Cina merupakan penduduk minoriti di tempat ini, merupakan suatu keunikan dalam era perkembangan sekolah
aliran Bahasa Cina. Malah lebih dari itu, ianya setanding dengan sekolah aliran Bahasa Cina yang lain di Bahagian Keningau.
SJK(C) Yuh Min merupakan hasil titik peluh penduduk tempatan
dari zaman ke zaman, demi memastikan anak-anak mereka mewarisi budayanya. Walaupun menghadapi pelbagai rintangan, namun berkat dari sokongan padu masyarakat yang prihatin serta bantuan kerajaan, berbekalkan perpaduan tenaga dan semangat berdikari, maka hari ini SJK(C) Yuh Min berupaya memiliki kemudahan yang serba lengkap.
Kerjasama erat di kalangan guru besar dan guru-guru Bahasa
Cina demi memastikan pendidikan Bahasa Cina berada pada landasan yang betul merupakan sesuatu yang membanggakan. Dengannya bukan sahaja pelajar keturunan Cina yang mendapat manfaatnya, malah pelajar bumiputera juga turut menikmati manfaat darinya. Memandangkan mejoriti 95% pelajar di sekolah ini terdiri daripada kaum bumiputera, ianya menggambarkan penduduk berbilang bangsa di daerah ini mempunyai keinginan untuk mempelajari Bahasa Cina. Walaupun mejoriti pelajarnya terdiri dari kaum bumiputera, keupayaan SJK(C) Yuh Min memperolehi keputusan yang baik di Peperiksaan UPSR dalam mata pelajaran Bahasa Cina di Bahagian Keningau, merupakan sesuatu pencapaian yang amat bernilai sekali. Saya mengucapkan syabas dan menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru besar dan guru-gurunya.
Demi mengaplikasikan usaha maju ke hadapan, agar tidak ter
-kebelakang, untuk menjangkau persada era multimedia, dan
merealisasikan usaha pengkomputeran pentadbiran sekolah, SJK(C) Yuh Min telah berjaya mewujudkan pengkalan webnya demi menyahut seruan Kementerian Pendidikan dalam kempen pembinaan laman web.
Saya menyampaikan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada
SJK(C) Yuh Min sempena dengan perasmian laman webnya, diharap ianya akan meningkatkan taraf sekolah dan mewujudkan
satu lagi saluran kepada pelajar untuk mempelajari Bahasa Cina. Saya juga berharap ibubapa di daerah ini dapat mengikuti perkembangan sekolah ini dari pelbagai sudut melalui interaksi jaringan internet.
Akhir kata, saya berharap guru besar dan guru-guru menggembleng tenaga dan usaha untuk meningkatkan lagi
prestasi pencapaian sekolah, kuatkan pencapaian Ko-Kurikulum, serta berusaha mencapai prestasi yang terbaik dalam pelbagai bidang.


  
担 布南育民小学自1937年 创校,迄今有67年,于华裔 居民占极少数之地而迄立不倒,堪称华校史之奇迹。 尤其更甚者,能媲美内陆其他大型学校。

育 民小学乃是本埠华人历代先贤心血之结晶,以确保 华裔子弟承继中华文化,不致随波逐流,数典忘祖。 虽然面对重重困难,在广大热心教育人士及政府 支持下,依靠群体力量,自力更生,育民学校才有 今天富丽堂皇的校舍和环境。

可 喜的是在校长及现有的华语老师们通力合作,华文教育循正轨而行,不但华裔子弟得益,连同本地土 著子弟也受益良多,因为本校土著学生占有百分之 九十五之多,可见本埠各种族都乐于学习华文。一 所学校有那么多土著生,依然在UPSR考 试中的华语 成绩,能在内陆区数一数二最好的,实是难能可贵。 在此本人向校长及老师们,尤其华文老师,说声 恭喜及致万分敬意。

育 民小学为了更上一层楼,不欲落人后头,追上电子 媒介时代以达到校政电脑化,而成功的设置网站以 响应教育部之学校上网运动。

藉 此本人以至诚恭贺育民小学成功建立网页,以提升 学校之水准,也给予学校学生另一学习华文之途径, 促进学习华文兴趣。同时也希望本埠所有家长通过网际网络,随时深入了解、查询、观察本校及各 校之资料及各领域之进展。

最后本人希望本校校长和老师们再接再厉,继续努
力, 坚守岗位,提高学校成绩素质,加强校外活动表现,在各方面力求更臻美善。










                                



  =Your browser does not support the ActiveX Windows Media Player