|

| |
PIAGAM PELANGGAN
- Berusaha ke arah memberi pendidikan terbaik berdasarkan budaya ilmu;
- Tabah memikul tanggungjawab dan berusaha mendidik serta membimbing pelajar
sekolah ini agar berketrampilan, berdaya saing, berbudaya kreatif, saintifik dan
bermoral tinggi, selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara;
- Sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan melalui akademik dan kokurikulum;
- Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di samping
persekitaran yang bersih, indah dan kondusif;
- Berusaha mewujudkan pengurusan pendidikan yang cekap, dinamik, berteraskan
pembaharuan berterusan;
- Memastikan semua staf sekolah mengurus kerja dengan dedikasi,
bertanggungjawab, berdisiplin, komited dengan cekap, pantas dan bijaksana;
- Berusaha meningkatkan kegemilangan dan menjaga martabat profesion perguruan;
- Prihatin terhadap masalah dan disiplin pelajar serta sentiasa berusaha untuk
menanganinya;
- Sedia bekerjasama dengan ibubapa dan masyarakat serta menjalin hubungan yang
harmonis demi kebaikan bersama.
|