.

MUKA DEPAN
LOKASI
SEJARAH
VISI & MISI
PIAGAM
OBJEKTIF
COGANKATA
FALSAFAH
LENCANA
LAGU
LINK
BUKU TAMU (GUESTBOOK)
WEBMASTER
Carian

 

OBJEKTIF SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KENINGAU

1. Memberi peluang kepada para pelajar terutama sekali dari kawasan luar bandar,
bagi mendapatkan pelajaran dengan kemudahan yang teratur dan sempurna.

2. Meletakkan kepentingan para pelajar mengatasi kepentingan diri sendiri.

3. Memberi latihan kepimpinan dan kemasyarakatan.

4. Membina akhlak dan nilai-nilai hidup yang sesuai dengan kehendak masyarakat
Malaysia bagi melahirkan insan dan warganegara yang berilmu, beriman dan
beramal.

5. Menanam kesedaran di kalangan pentadbir dan tenaga pengajar supaya dapat
berusaha ke arah penghayatan dan pencapaian matlamat Sekolah Menengah
Kebangsaan Keningau JAGUH.

6. Mengadakan segala kemudahan pembelajaran dan mewujudkan iklim
persekolahan yang baik, persekitaran yang bersih, indah dan kondusif.

7. Melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan lain-lain rancangan yang
ditetapkan oleh kerajaan dengan cemerlang, penuh kesedaran, rasa tanggungjawab
dan dedikasi.
8. Mengamalkan cita-cita dan prinsip Rukun Negara serta perkhidmatan cemerlang.

9. Memberi kerjasama yang erat kepada Pejabat Pendidikan Daerah, Pejabat
Pendidikan Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan
Malaysia.

10. Mengadakan hubungan yang baik dengan Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri dan
Persekutuan serta badan-badan berkanun yang lain.

11. Mengadakan hubungan yang baik dengan ibubapa atau penjaga pelajar dan
masyarakat tempatan.

12. Membina semangat kekitaan dengan bekerjasama dalam satu pasukan yang padu
dan kuat berdasarkan semangat kekeluargaan.
13. Memberi kesempatan dan galakan kepada guru-guru menyelia tugas-tugas
sekolah sebagai latihan kepada kepimpinan mereka yang berkesan dan dinamis.

14. Mengamalkan kerja-kerja sistematik, dedikasi, bertanggungjawab, berdisiplin,
komited dengan cekap, pantas tanpa kecacatan dan bijaksana.

15. Segala masalah sekolah adalah masalah bersama.