English | Melayu ]  
 
Proses Penyertaan dan Penyerahan


::  Bahagian Merekacipta Laman Web Berinformasi Tempatan dan Courseware
  • Semua peserta yang berminat untuk menyertai bahagian ini perlu mengisi borang pendaftaran dan menyerahkannya kepada Unit Kemajuan IT Negeri pada atau sebelum 26 Mei 2007.
  • Setiap penyertaan yang diterima akan diberikan satu akaun Edu.Net penempatan laman web dengan ruang 100MB. Butir-butir mengenai akaun tersebut akan dihantar kepada peserta melalui email.
  • Ciri-ciri yang terdapat dalam pelayan penempatan web Edu.Net adalah seperti berikut:

    Platform a) Windows b) RedHat Enterprise Linux 4
    Ciri-ciri
    • IIS 5.0
    • Posting Acceptor 2.0
    • FrontPage Server Extensions 2002
    • MS MDAC 2.7
    • Perl 5.6
    • Microsoft.NET Framework 1.1, ASP
    • PHP 4.3.4
    • Apache 2.0
    • PHP 4.3.9
    • Perl 5.8
    • MySQL 4.1.12

  • Semua hasil kerja yang telah siap (Laman Web Berinformasi Tempatan dan Courseware) boleh dicapai melalui pelayar web.
  • Semua peserta hendaklah memuat naik hasil kerja mereka yang telah siap dalam bentuk digital ke akaun Edu.Net penempatan web yang diberikan pada atau sebelum 31 Julai 2007.

::  Bahagian Halaman Web Sekolah Terbaik

  • Semua sekolah yang berminat untuk menyertai bahagian ini perlu mengisi borang pendaftaran dan menyerahkannya kepada Unit Kemajuan IT Negeri pada atau sebelum 26 Mei 2007.
  • Sekolah-sekolah yang memerlukan akaun penemptan laman web yang baru akan diberi akaun Edu.Net penempatan laman web. Butir-butir mengenai akaun tersebut akan dihantar kepada sekolah melalui email. Sekolah-sekolah yang telah mempunyai laman-web yang sedia ada, sila nyatakan alamat laman web tersebut di dalam borang pendaftaran.
  • Tarikh tutup bagi menghantar penyertaan yang telah siap ialah pada atau sebelum 31 Julai 2007.


Syarat-syarat lain
  • Semua penyertaan courseware mestilah mengikut skop silibus yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
  • Isi kandungan mestilah dibangunkan dengan menggunakan mana-mana bahasa : Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina atau Kadazandusun: mana-mana kombinasi bahasa yang telah ditetapkan dalam pertandingan ini.
  • Isi kandungan mestilah dibangunkan dengan menggunakan mana-mana bahasa : Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina atau Kadazandusun: mana-mana kombinasi bahasa yang telah ditetapkan dalam pertandingan ini.
  • Para peserta adalah bebas untuk menggunakan kebijaksanaan dan imaginasi sendiri termasuklah mendapatkan khidmat nasihat daripada para pakar di seluruh dunia bagi membangunkan kerja masing-masing yang tertakluk kepada syarat-syarat pertandingan.
  • Hakcipta semua penyertaan akan menjadi hak milik Penganjur.
  • Semua penyertaan akan dipaparkan di Edu.Net (http://www.sabah.edu.my) untuk tatapan umum.
  • Untuk penyertaan bahagian Merekacipta Laman Web Berinformasi Tempatan dan Courseware, semua hasil kerja yang dipaparkan mestilah asli dan tidak pernah dipaparkan di perkhidmatan penempatan lain yang sedia ada.
  • Semua rekacipta mestilah asli dan bebas daripada malicious code, virus, pornografi, perkauman, kebencian, haram, politik atau isi kandungan yang menyalahi undang-undang Malaysia. Sekiranya bahan hakcipta terpelihara digunakan, keizinan mestilah diperolehi dahulu daripada pemilik hak cipta tersebut dan telah dimaklumkan seperti yang sepatutnya.
  • Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang pencerobohan intelektual atau hak cipta sekiranya peserta melanggar peraturan tersebut.
  • Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan tanpa memberi sebarang sebab.
  • Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
  • Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat dan peraturan sekiranya perlu tanpa memaklumkannya kepada peserta yang menyertai pertandingan ini.



Sekiranya ada pertikaian di antara laman web versi Bahasa Inggeris dan Malaysia,
laman web versi Bahasa Inggeris akan diutamakan.
PENAFIAN: Pihak pentadbir dan operator laman web ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan mana-mana informasi yang diperolehi dari laman web ini.

© Hakcipta Unit Kemajuan IT Negeri Sabah