English | Melayu ]  
 
Soalan Lazim


::  PENDAFTARAN
  • Adakah sekolah yang sudah menang pada pertandingan WCDD yang lepas boleh menyertainya lagi?
    Boleh, mana-mana sekolah atau individu yang pernah memenangi WCDD yang lepas boleh menyertainya.


  • Berapa lamakah borang pendaftaran mengambil masa untuk diproses bagi setiap peserta untuk mendapatkan akaun penempatan?
    Proses pendaftaran mengambil selama 2 -5 hari bekerja. Butir-butir mengenai akaun penempatan di laman web Edu.Net akan diemel kepada alamat emel yang dinyatakan dalam borang permohonan.


  • Adakah borang permohonan boleh diterima tanpa tandatangan pengetua dan cop sekolah?
    Tidak, borang permohonan adalah tidak sah tanpa tandatangan pengetua dan cop sekolah. Penghantaran borang boleh dibuat secara terus, faks, pos biasa, atau emel kepada KIT. Jika menghantar melalui emel, borang tersebut harus discan dan disave dalam pdf format.


  • Bilakah tarikh tutup menyerah borang pendaftaran?
    Borang itu harus diserah pada atau sebelum 26 Mei 2007.



::  PEMBANGUNAN KANDUNGAN /WEB
  • Adakah kategori laman web yang berinformasi tempatan bertujuan mempromosikan tempat-tempat menarik atau pelancongan di Sabah atau sesuatu tempat tertentu?
    Kategori laman web yang berinformasi tempatan adalah merangkumi skop yang sangat luas. Kandungan dalam kategori ini perlulah mempunyai unsur tempatan seperti cara hidup, budaya, sejarah dan lain-lain aspek mengenai masyarakat tempatan, barang tempatan atau lain-lain maklumat yang terdapat di negeri/Negara kita.


  • Adakah "Tempatan" merujuk kepada organisasi seperti sekolah atau syarikat, sesuatu tempat seperti Kota Kinabalu atau Kuala Lumpur, atau negeri ataupun negara?
    Jika anda merekacipta laman web yang mengandungi informasi sekolah, ia seharusnya tergolong dalam Bahagian Halaman Sekolah Terbaik. Akan tetapi, jika ianya merupakan sesuatu aktiviti tambahan sekolah, maka ianya tergolong dalam bahagian laman web yang berinformasi tempatan. Sementara itu, jika kandungan laman web adalah mengenai syarikat, ia seharusnya adalah syarikat tempatan di Malaysia.
    Ya, informasi boleh mengandungi maklumat tempatan seperti KK, KL atau mana-mana tempat di Malaysia.


  • Di manakah boleh mendapatkan tips untuk menghasilkan laman web yang baik?
    Sila rujuk ke laman web tips.


  • Adakah skop yang ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran bermaksud dalam sukatan pelajaran SPM atau PMR (SPM Sains, Bahasa Inggeris dan sebagainya)?
    Ya, selagi ianya adalah ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran. Contohnya, "bagaimana merekabentuk laman web", "Bahasa Inggeris untuk Sains dan Teknologi" dan sebagainya.



::  PENEMPATAN WEB / PENYERAHAN PENYERTAAN
  • Bagaimana untuk memastikan hasil kerja yang telah siap dan dimuat naik boleh dicapai melalui pelayar web?
    Sila pastikan nama laman lalai dalam hasil kerja yang telah siap dan dimuat naik dalam direktori anda haruslah dinamakan index.htm atau index.html. Ini adalah penting untuk memeriksa semula direktori anda boleh dicapai melalui pelayar web dengan menaip alamat URL akaun penempatan Edu.Net yang telah diberikan kepada anda di dalam program pelayar.


  • Bagaimanakah menyerah laman web berinformasi tempatan atau courseware yang telah direkabentuk ke pertandingan ini?
    Anda adalah dikehendaki memuat-naik (upload) kesemua hasil kerja fail ke akaun penempatan Edu.Net yang telah diberikan.


  • Bagaimana untuk memuat-naik fail-fail ke akaun penempatan laman web Edu.Net?
    Panduan Penggunaan FTP dan Penempatan Data dan Aplikasi (Web) adalah seperti berikut:
    a) Memuat-naik menggunakan browser: (http://www.sabah.net.my/manuals/ftp/ftp_browser.html)
    b) Memuat-naik menggunakanWS-FTP 95 (http://www.sabah.net.my/manuals/ftp/ftp_wsftp95.html)
    c) Memuat-naik menggunakanMS-DOS (http://www.sabah.net.my/manuals/ftp/ftp-msdos.html)
    * Jika terdapat sebarang masalah memuat-naik fail tersebut, sila hubungi pihak Unit Kemajuan IT Negeri.


  • Apakah ciri-ciri yang terdapat dalam pelayan penempatan web Edu.Net:
    Sila rujuk ke laman panduan.


  • Apakah saiz akaun penempatan laman web Edu.Net?
    Setiap penyertaan yang berdaftar akan dibagi satu akaun penempatan laman web Edu.Net sebanyak 100MB. Sila pastikan saiz rekabentuk web adalah di lingkungan tersebut.


  • Bilakah tarikh tutup penyerahan hasil kerja penyertaan?
    31 Julai 2007. Penyertaan yang dihantar selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.


  • Bolehkah saya menggunakan Open Source Operating System (seperti Linux, SUSE, FREEBSD, Open BSD, Mandrake, Caldera) untuk merekabentuk laman web?
    Ya, PHP boleh digunakan untuk merekabentuk laman web selagi source code yang digunakan adalah PHP 4.x.)


  • Adakah Microsoft Access 2003 Database boleh diterima sebagai suatu teknologi database dalam courseware?
    Microsoft Access 2003 tidak ada dibekalkan.


  • Adakah sijil penyertaan diberikan kepada semua yang menyertai pertandingan ini?
    Ya, sijil penyertaan akan diberikan kepada setiap para pemenang bagi bahagian merekacipta courseware dan laman web berinformasi tempatan. Sijil penyertaan juga diberikan kepada para peserta yang tidak menang, kecuali halaman web sekolah terbaik, sijil hanya akan diberikan kepada sekolah. Pemenang dan bukan pemenang bagi bahagian laman web sekolah terbaik akan menerima sijil masing-masing.


  • Adakah bayaran akan dikenakan pada masa akan datang untuk penempatan laman web di Edu.Net?
    Tiada apa-apa bayaran perkhidmatan akan dikenakan buat sementara ini kecuali terjadinya sebarang perubahan secara besar-besaran pada polisi di masa depan.






Sekiranya ada pertikaian di antara laman web versi Bahasa Inggeris dan Malaysia,
laman web versi Bahasa Inggeris akan diutamakan.
PENAFIAN: Pihak pentadbir dan operator laman web ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan mana-mana informasi yang diperolehi dari laman web ini.

© Hakcipta Unit Kemajuan IT Negeri Sabah