Pertandingan Merekacipta Laman Web + Courseware 2007 (WCDD 2007) merupakan acara
yang menggalakkan penyertaan daripada para pelajar dan guru di universiti, kolej,
dan sekolah menengah dan rendah di peringkat Negeri Sabah.
Objektif utama Pertandingan Merekacipta Laman Web + Courseware 2007 ini dianjurkan adalah:
Untuk menggalakkan para pelajar dan guru mengembangkan kemahiran
ICT mereka dalam merekacipta alat pembelajaran yang inovatif
Untuk mempromosikan keberkesanan penggunaan ICT dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di sekolah
Untuk mempromosikan kepentingan pembangunan maklumat tempatan dalam sektor
pendidikan selaras dengan inisiatif Kerajaan membentuk masyarakat yang berpengetahuan
Sekiranya ada pertikaian di antara laman web versi Bahasa Inggeris dan Malaysia,
laman web versi Bahasa Inggeris akan diutamakan.
PENAFIAN: Pihak pentadbir dan operator laman web ini tidak akan bertanggungjawab
ke atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan mana-mana
informasi yang diperolehi dari laman web ini.