Pertandingan ini dibahagikan kepada dua bahagian:
- Courseware
- Informasi/Maklumat Tempatan
Setiap sekolah yang mengambil bahagian dibenarkan menghantar tidak lebih dari 2 penyertaan bagi setiap bahagian.
Bahagian Courseware
- Sekolah peserta adalah bebas memilih sebarang subjek.
- Setiap penyertaan akan dinilai melalui 2 aspek:
(a) halaman web dan (b) isi kandungan perisian kursus
- semua penyertaan perisian kursus mestilah merangkumi sukatan pelajaran yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahagian Informasi/Maklumat Tempatan
- Setiap penyertaan akan dinilai melalui 2 aspek:
(a) halaman web dan (b) isi kandungan
- Isi kandungan mestilah merangkumi sebarang maklumat tempatan di Sabah dan WP Labuan seperti produk-produk tempatan, tempat-tempat menarik dan sebagainya.
|