1. Penyertaan
- Pertandingan ini dibuka kepada semua sekolah dan institusi pendidikan di Sabah dan WP Labuan.
- Setiap sekolah peserta yang menyertai hendaklah terdiri daripada guru-guru dan murid-murid.
- Setiap sekolah yang menyertai hanya dibenarkan menghantar tidak lebih daripada 2 penyertaan untuk setiap bahagian.
- Semua halaman web yang dihantar mestilah mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan sekolah.
- Semua halaman web yang telah dihantar akan dilayarkan kepada semua pengguna Sabah.Net dan atas pengesahan serta kebenaran pihak berkenaan.
- Semua peserta mesti melengkapkan borang pendaftaran dan menghantarnya kepada pihak penganjur sebelum 31 Julai 2001.
- Semua penyertaan mestilah dimuatnaik dalam bentuk digital di akaun penempatan laman Sabah.Net sebelum 15 Oktober 2001. Penyertaan selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.
- Selepas tarikh tutup penyertaan, semua halaman web akan dipindahkan ke suatu lokasi tertentu dan tidak boleh dikemaskinikan. Sebarang perubahan seharusnya dilakukan sebelum tarikh tutup.
- Setiap pasukan hanya layak untuk satu hadiah sahaja.
2. Isi Kandungan
- Isi kandungan mestilah dibangun menggunakan mana-mana bahasa utama: Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau Bahasa Cina.
- Penyertaan mestilah boleh dicapai dari mana-mana web browser melalui Sabah.Net.
- Setiap laman mestilah mempunyai isi kandungan dan saiz keseluruhan yang tidak melebihi 10 MB termasuk grafik dan aplikasi media lain. Sebarang plug-ins yang diperlukan mestilah dinyatakan contohnya RealPlayer, Flash Viewer dan sebagainya.
- Para peserta boleh menggunakan kebijaksanaan dan imaginasi masing-masing termasuklah mendapatkan khidmat nasihat pakar bagi membangunkan kerja masing-masing asal ianya tertakluk dalam batasan syarat-syarat pertandingan.
- Semua hasil kerja hendaklah reka bentuk asli dan bebas daripada pornografi, perkauman, kebencian, kesalahan undang-undang, politik atau isi kandungan yang menyalahi undang-undang Malaysia. Sekiranya bahan hakcipta terpelihara digunakan, keizinan mestilah diperolehi dahulu daripada sipemiliknya.
- Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bahan penyertaan peserta yang melanggar dan menyalahi hakcipta intelektual terpelihara. Peserta akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang tindakan pelanggaran hakcipta, paten, harta intelektual dan seumpamanya.
- Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan tanpa memberi sebarang sebab dan mengemukakan semua penyertaan ke dalam Sabah.Net atau mana-mana rangkaian untuk akses umum.
- Hakcipta semua hasil kerja adalah hakmilik sekolah-sekolah yang menyertai, Unit Kemajuan IT Negeri serta Kementerian Sumber dan Pembangunan IT.
- Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
- Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat-syarat dan peraturan sekiranya perlu tanpa memaklumkannya kepada pihak sekolah yang menyertai pertandingan. Versi terkini syarat-syarat dan peraturan akan dipamerkan di WCDD 2001 Sabah.Net http://www.sabah.edu.my/wcdd2001
- Semua penyertaan hendaklah dihantar kepada:
K.K.I.P. Communications Sdn. Bhd.,
Level 1, Sabah Trade Centre,
Jalan Istiadat, Teluk Likas, Likas,
88400 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: 088-231101, 231102, Faks: 088-231103


|