Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang belajar sepenuh masa di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan di Sabah dan WP Labuan. Setiap pasukan mestilah diwakili oleh guru-guru dan pelajar-pelajar dari sekolah masing-masing. Pertandingan ini akan dibahagikan kepada 4 kategori seperti berikut:
- Institusi Pengajian Tinggi (Universiti, Kolej Awam dan Swasta serta Maktab-maktab Perguruan)
- Sekolah Menengah Atas (Tingkatan 4 hingga 6)
- Sekolah Menengah Rendah (Kelas Peralihan hingga Tingkatan 3)
- Sekolah Rendah (Tahun 1 hingga 6)
|