APAKAH
DIA PROSES
PEMULIHAN?
Kemasukan
| Proses
pemulihan orang utan bermula apabila sahaja pusat ini menerima orangutan
sama ada dirampas atau di-serahkan secara sukareia oleh pemilik-pemi!ik
haram dari ladang pertanian atau kem pembalakan. Kebanyakan orang utan
yang diterima oleh pusat ini terdiri dari anak-anak orang utan yang
kehilangan ibunya dan masih memerlukan perlindungan dan sokongan penuh
dari ibunya untuk terus hidup. Tapi kini menjadi tanggungjawab
kakitangan pusat ini pula untuk memastikan anak-anak orang utan ini
terus hidup dan dapat kembali semula ke dalam hutan. |

|
|
Kuarantina

|
Apabila
sahaja orangutan tiba di pusat ini, ianya akan dimasukkan ke dalam
klinik untuk pemeriksaan kesihatan dan rawatan yang perlu sebelum
menjalani tempoh kuarantina. Tempoh kuarantina anak orangutan ini
sekurang-kurangnya 3 atau 6 bulan bergantung kepada takat kesihatan
orangutan tersebut semasa diterima. Peringkat kuarantina adalah amat
penting bagi memastikan tidak ada jangkitan penyakit kepada orangutan
yang lain. Bahagian Klinik akan
menjalankan pemeriksaan am seperti pemeriksaan
tahi (bagi
melihat kehadiran jenis cacing dan bakteria), ujian kencing,
Malaria, ujian TB dan sinaran-X (pemeriksaan dada dan karpus).

|
Taman
Asuhan
Sebaik
sahaja selesai menjalani pering-kat kuarantina, orangutan akan dinilai
sama ada dibebaskan di kawasan taman asuhan bagi orangutan di bawah umur
3 tahun atau dibebaskan terus di pelantar A ataupun B. Bagi orangutan
yang dibebaskan di taman asuhan, orangutan ini akan dilatih dengan
bantuan dari kakitangan pusat ini supaya dapat me-manjat sendiri. Mereka
akan dilepaskan pada setiap pagi dan dengan ini diharap-kan agar mereka
dapat mula membina kemahiran hidup di dalam hutan.
Pelantar Makan A (Latihan
Semangat)
Setelah
orang utan itu bertambah yakin dan mahir, ianya akan dibawa ke pelantar
makan A di mana kehidupan di dalam hutan bermula- Pada peringkat ini,
kakitangan pusat ini akan membawa makanan hanya 2 kali daiam sehari yang
terdiri dari buah-buahan dan minuman susu ditambah zat galian dan
vitamin.
Pelantar
Makan B (Latihan Kehidupan)
Akhir
sekali setelah orang utan ini telah menunjukkan keupayaan untuk mencari
makanan sendiri, iatihan kehidupan pun bermula. Bagi peringkat ini,
orang utan akan dibawa ke pelantar makan B yang terletak lebih kurang
1.5 km dari pusat ini untuk dilepaskan. Biasanya pemberian makanan akan
semakin dikurangkan supaya mereka dapat mencapai kehidupan berdikari
yang sepenuhnya dan seterusnya berintegrasi dengan populasi orang utan
liar yang terdapat di hutan simpan Sepilok. Semenjak pusat ini
ditubuhkan, lebih kurang 100 ekor orangutan telah berjaya dipulihkan dan
balik ke dalam hutan.
|