|
|
Selamat Meneroka Alam Kehidupan Orang Utan |
|
|
Pengenalan | Sejarah | Proses Pemulihan | Galeri
|
||
|
Pusat
ini telah ditubuhkan semenjak tahun 1964 di bawah pentadbiran bahagian
Mergastua. Jabatan Perhutanan Sabah dan kini setetah bahagian ini
dinaikkan taraf kepada sebuah Jabatan pada 1988, segala pengurusan dan
pentadbiran hidupan liar telah dikelolakan oleh Jabatan Hidupan Liar di
bawah naungan Kementerian Pelancongan dan Pembangunan Alam Sekitar.
Objektif
utama pusat ini ditubuhkan adalah untuk menyelamatkan anak-anak orang
utan yang terpisah dari ibunya supaya dapat kembali semula hidup di
dalam hutan. Namun pada tahun kebelakangan ini objektif tersebut telah
diperluaskan kepada pendidikan konservasi, penyelidikan dan kebajikan
terhadap Jenis-jenis hidupan liar yang lain seperti pembiakan badak
dalam kurungan. Pusat ini dikendalikan oleh kakitangan Jabatan Hidupan Liar yang seramai 37 orang termasuk seorang Pegawai Hidupan Liar yang bertindak sebagai Pegawai Penguasa Pusat ini, Pegawai Veterinar. Pembantu Hidupan Liar dan Pekerja Rendah Awam. Dl-samping itu, Pusat ini juga menyediakan beberapa infrastruktur untuk menyokong fungsi-fungsinya seperti bangunan Pusat Penerimaan Tetamu, Pusat informasi Sepilok. pejabat untuk kakitangan, bangunan klinik, kuarantina dan kandang-kandang untuk proses pemulihan orangutan, pembiakan badak dan hidupan liar yang lain. Pusat ini telah terkenal dengan usaha yang dilakukan untuk memulihkan dan menyelamatkan orang utan. Dengan kedudukan pusat ini yang terletak di pinggir hutan simpan Kabili-Sepilok yang kaya dengan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan seperti pokok bunga, pokok kayu dipterokap dan pokok buah-buahan liar yang juga merupakan sumber makanan utama kepada orang utan dan haiwan lain telah menarik minat kepada para pelancong tempatan dan antarabangsa untuk berkunjung dan melihat sendiri kegiatan yang dijalankan oleh pusat ini. Ini secara langsung menyedarkan mereka akan kepentingan perlindungan undang-undang terhadap habitat orang utan dan hidupan liar yang lain.
Pandangan atas Pusat Pemuliharaan Orang Utan, Sepilok |
Dihasilkan oleh : Pelajar-pelajar SK. SG. Anib 2, Sandakan, Sabah
Paparan terbaik 800 x 600