SEJARAH AWAL
SRK ST. JOSEPH, PENAMPANG






Sekolah SRK St. Joseph, Penampang dipelopori oleh Mission Katolik di dipertanggungjawabkan kepada “Sister St. Franciscan” yang dikenali sebagai “White Sister”, untuk mendidik kanak-kanak perempuan.  Pada awalnya, Konven Sister St. Franciscan  dibuka di Inobong pada tahun 1903 dan berpindah ke Penampang beberapa tahun kemudian.

Rev. Sister Alban dan Rev. Sister Innocentia datang dan tinggal di Konven di Penampang pada tahun 1913.  Mereka mengumpul budak-budak perempuan dari kampung-kampung berhampiran untuk dididik tetapi sedikit sahaja yang datang dan kehadiran pun tidak menentu.  Beberapa tahun kemudian sebelum tahun 19333, pendidikan serta  bilangan murid yang datang bersekolah  bertambah baik; dan bilangan “White Sister” pun bertambah.  Pada tahun 1933 terdapat dua buah bilik darjah di tingkat bawah bangunan konven tersebut.

Pada mulanya Sekolah St. Joseph, Penampang adalah dikenali sebagai “St. Joseph’s Convent School”.  Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah mission yang tertua di negeri Sabah.  Pada ketika itu, ia adalah satu-satunya Sekolah Mission Katolik di Daerah Penampang.  Sebelum Perang Dunia Kedua, darjah dikenali sebagai “Standard”.  Usaha pendidikan terjejas apabila Perang Dunia Kedua berlaku.
 
 

SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA
 

Selepas peperangan itu, sekolah tersebut dibuka semula dan para “White sister” tersebut di bawah penyeliaan  Rev. Sr. Philippa, berusaha menambahkan kehadiran penuntut serta membaik-pulih bangunan dan pendidikan sekolah tersebut.  Di antara guru-guru yang telah membantu menjalankan pentadbiran dan mendidik murid-murid sekolah tersebut pada ketika itu ialah Rev.Sr. Elizabeth dan Rev. Sr. Ann Joachem.`

Guru Besar sekolah tersebut dalam tahun 1950 ialah Rev. Sister Annunciata.  Pada masa itu bilik-bilik darjah dibahagikan kepada lima sahaja, iaitu darjag satu hingga darjah lima.  Bilangan murid dalam tiap-tiap darjah berjumlah daripada dua puluh  hingga tiga puluh orang sahaja.  Murid-murid datang ke sekolah dengan berjalan kaki kerana masa itu belum ada jalan raya dan kenderaan seperti pada masa kini.

Pada tahun 1957, sekolah tersebut telah meningkat sehingga darjah enam.
Pada ketika itu jumlah murid dalam darjah enam hanya 15 orang.  Sebelum tahun 1971, sekolah tersebut telah meningkat sehingga tingkatan tiga.  Pada awal tahun 1971, Sekolah Menengah St. Joseph dan Sekolah Menengah St. Michael, Penampang bergabung dan dikenali sebagai Sekolah Menengah St. Micahael  sementara Sekolah Rendah St. Joseph dan Sekolah Rendah St. Michael, Penampang bergabung  dan dikenali sebagai Sekolah Rendah St. Joseph, Penampang.

Guru Besar Sekolah Rendah St. Joseph pada tahun 1971 hingga tahun 1973  ialah Puan Clementina Maluda.   Encik Peter Lidadaun, bekas Pembantu Kanan Sekolah Rendah St. Michael, Penampang pula dilantik sebagai Pembantu Kanan Sekolah Rendah St. Joseph, Penampang pada tahun 1971 hingga tahun 1973.  Pada awal tahun 1974, Encik Peter Lidadun telah dilantik sebagai Guru Besar sekolah tersebut.

Pendaftaran kemasukan murid-murid ke SRK  St. Joseph, Penampang telah meningkat kepada 805 orang pada thuna 1987 dan 859  orang pada tahun 1988.  Dewasa ini, sekolah tersebut mempunyai empat buah bangunan dengan 18 buah bilik darjah.  Sekolah ini merancang untuk membina bangunan baru untuk  kemudahan yang lebih sempurna kepada para pelajar yang kian bertambah, lagipun ke empat-empat bangunan yang sedia ada sudahpun agak uzur.  Kerjasama dan bantuan dari semua pihak yang berkenaan adalah sangat-sangat diperlukan supaya rancangan tersebut dapat dilaksanakan.

Ramai pegawai yang menjawat jawatan  tinggi di jabatan-jabatan kerajaan dan swasta pernah mendapat pendidikan asas mereka di sekolah ini.  Penghargaan sepatutnya diberikan kepada Guru Besar dan guru-guru yang telah menjalankan tugas  dengan penuh dedikasi  dan kesungguhan para penuntut dalam usaha mereka yang terlibat sama dalam membantu mengwujudkan nilai akhlak  yang tinggi terhadap sekolah ini.

Berikut adalah  senarai Guru Besar yang telah pernah mentadbirk Sekolah SRK St. Joseph, Penampang sejak 1950 :-

1950 hingga 1952        -   Rev. Sister Annunciata
1953 hingga 1956        -   Rev. Sister Germaine
1957 hingga 1958        -   Rev. Sister St. Luke
1959 hingga 1962        -   Rev. Sister St. Leonard
1963 hingga 1964         -   Rev. Sister Ann Joacham
1965 hingga 1970         -   Rev. Sister Francis Mary
1971 hingga 1973         -   Puan  Clementina Maluda
1974 hingga 1993         -   Encik Peter Lidadun
1993 hingga sekarang  -   Puan Helen Mogindol

Di antara perintis, pentadbir dan guru-guru  sekolah tersebut sebelum tahun lima puluhan ialah :
Rev. Sister Alban
Rev. Sister Innocentia
Rev. Sister Philippa
Rev. Sister Ann Joachem
Rev. Sister Elizabeth
 
 

(Disusun oleh Encik Peter Lidadun dengan bantuan Puan Stella Yap, Puan Philippa Miji, Puan Dolores Johnioh dan bekas-bekas penuntut sekolah tersebut.)
 
 




SENARIO SRK. ST. JOSEPH,
PENAMPANG, SABAH.


 


















Keadaan  Geografi  Sekolah

Sekolah ini terletak di atas bukit yang tidak tinggi.  Ia berhampiran dengan sebatang sungai Moyog sebagai nadi kehidupan
penduduk di daerah Penampang pada suatu ketika dahulu.

Tahun  1903

Sekolah St. Joseph Penampang telah diasaskan oleh Mission Katolik dan pengurusannya dipertanggungjawabkan
kepada “St. Franciscan Sister” yang dikenali sebagai “White Sister”.

Tahun  1913

Rev. Sister Alban dan Rev. Sister Innocentia yang datang menetap di Konven Penampang telah mengumpul
beberapa murid untuk dididik.

Tahun  1933

Bilangan murid bertambah dan pihak Konven terpaksa menambahkan bilangan “White Sister”.Pada mulanya
sekolah St. Joseph Penampang dikenali sebagai “St. Joseph’s Convent School”.  Sekolah ini merupakan salah
sebuah sekolah mission yang tertua di negeri Sabah dan satu-satunya sekolah mission katolik di daerah
Penampang.  Sebelum perang dunia kedua, kelas atau darjah disebut sebagai “Standard”.  Usaha pendidikan
terjejas apabila perang dunia kedua berlaku.
 
 

Selepas Perang Dunia Kedua

Selepas gencatan senjata, maka sekolah ini telah dibuka semula di bawah penyeliaan Rev. Sr. Philippa.  Para
“White Sister” ini telah berusaha untuk menarik kehadiran pelajar-pelajar serta membaik pulih bangunan
sekolah.Guru-guru telah membantu menjalankan pentadbiran sekolah dan mendidik murid-murid pada ketika itu
ialah Rev. Ann Joachem dan Rev. Sr. Elizabeth.
 
 

Tahun  1950

Rev. Sister Annunciata dilantik sebagai Guru Besar.  Semasa pentadbiran beliau, terdapat lima sahaja bilik darjah
yang bermula dari darjah satu hingga darjah lima.  Terdapat 20 hingga 30 sahaja bilangan murid dalam setiap
darjah.
 
 

Tahun  1957

Bilangan bilik darjah sekolah ini meningkat sehingga darjah enam dan mempunyai 15 orang murid sahaja.
 
 

Tahun  1971

Sekolah ini mengambil kemasukan murid sehingga tingkatan tiga.  Maka wujudlah Sekolah Menengah St. Joseph
dan Sekolah Menengah St. Michael

Penampang yang bergabung dan digelar sebagai Sekolah Menengah St. Michael.  Sementara Sekolah Rendah St.
Joseph dan Sekolah Rendah St. Michael Penampang bergabung dan digelar sebagai Sekolah Rendah St. Joseph
Penampang.
 
 

Guru Besar Sekolah Rendah St. Joseph pada tahun 1971 – 1973 ialah Puan Clementina Maluda dan pembantu
kanannya ialah Encik Peter Lidadun.
 
 

Encik Peter Lidadun dilantik sebagai Guru Besar pada tahun 1974 – 1993 untuk mengambil alih menguruskan dan
mengendalikan pentadbiran sekolah.
 
 

Pendaftaran kemasukan murid-murid SRK St. Joseph Penampang telah meningkat seramai 805 orang pada tahun
1987 dan seramai 859 orang pada tahun 1988.  Bilik darjah telah bertambah sehingga 18 buah bilik darjah dari
dua  bangunan sekolah iaitu bangunan Tahap I terletak di perkarangan Sekolah Menengah St. Michael Penampang
dan bangunan Tahap II terletak di atas bukit.
 
 

Tahun  1994

Selepas Encik Peter Lidadun bersara pada tahun 1993, Penolong Kanan I, Puan Helen Mogindol telah memangku
jawatan sebagai Guru Besar dan menjalankan pentadbiran sekolah sehinggalah beliau dilantik sebagai Guru Besar
pada bulan Mac, 1997.
 
 

Tahun  1995

Sejak sekolah ini diwujudkan dan beroperasi sebagai salah sebuah institusi pendidikan formal dalam tahun 1957,
maka bangunan sekolah ini banyak mengalami kerosakan walaupun seringkali dibaik pulih dan ia tidak bertahan
sehingga tahun 1995.
 
 

Pada tahun ini, keuzuran bangunan sekolah semakin nyata dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah merancang untuk
membina bangunan baru.  Jurutera-jurutera dari Jabatan Kerja Raya telah mengenal pasti bahawa bangunan
sekolah ini tidak selamat digunakan lagi.
 
 

Julai, Tahun  1995

Guru-guru dan murid-murid SRK St. Joseph Penampang terpaksa berpindah ke Sekolah Kebangsaan Bahang,
Penampang untuk sementara waktu meneruskan pembelajaran sehingga bangunan lama dapat dibaiki dengan tahap
keselamatan yang terjamin.
 
 

Tahun  1997

Atas usaha dan kegigihan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, maka bangunan SRK St. Joseph Penampang telah dibaiki
dan beberapa penambahan bangunan baru telah didirikan seperti tandas guru dan murid, dewan legar dan stor PJK,
membanggakan warga sekolah.  Awal tahun 1997, murid-murid dan guru-guru yang memilih balik ke sekolah lama
dapat menikmati sekolah yang berwajah baru dan menghirup udara yang segar di atas bukit.
 
 

Aktiviti  Sepanjang  Tahun  1997  Setelah  Kembali  Ke

Sekolah  Yang  Berwajah  Baru

a).  Projek Muriel dijalankan untuk menambahkan lagi keceriaan wajah

      sekolah baru.
 
 

b).  Guru-guru datang untuk bergotong-royong sebanyak 4 kali untuk

      membersihkan kawasan sekolah, lereng-lereng bukit, bilik-bilik darjah,

      stor-stor dan menanam pokok-pokok bunga serta membina tapak

      reflexologi kaki.
 
 

c).  Aktiviti kokurikulum seperti khemah Unit Beruniform telah dijalankan

      pada bulan Julai untuk melatih murid dalam ketahanan mental dan

      fizikal.
 
 

d).  Aktiviti yang berbentuk Akademik telah dijalankan sepanjang tahun

      1997 iaitu :

    i)                   .  Khemah Motivasi UPSR

    ii)                 .  Projek Gerak Gempur

    iii)               .  Kelas Tambahan Murid Tahun 4, 5 dan 6.
 
 

Tahun  1998

    a).  Projek Anak Angkat dilaksanakan.  Guru-guru akan menerima 2

          atau 3 orang murid tahun 6 untuk dijadikan sebagai anak angkat

          supaya mereka dapat dibimbing dan dilatih cara menghadapi kertas

          ujian peperiksaan dan mempelajari teknik-teknik menjawab soalan.
 
 

    Majlis projek anak-angkat ini diadakan pada 18hb.April 1998 dan di rasmikan oleh tuan Pegawai
    Pendidikan Daerah Penampang, Encik  A.Thalib Haji Alias.  Kehadiran ibu bapa dan murid amat
    menggalak            kan dan segala nasihat, amanat dan matlamat projek tersebut telah di         sampaikan dengan
    berkesan oleh tuan PPD kepada para ibu bapa,           guru dan murid.
 
 

    b).  Pertandingan Melukis Poster Anjuran Jetama Sdn. Bhd.

    Sempena Hari Air Sedunia.

    Seramai 9 orang murid SRK St. Joseph Penampang mengambil baha        gian dalam pertandingan melukis
    poster sempena Hari Air Sedunia        anjuran Jetama Sdn. Bhd. pada 21hb.Mac
   1998.
 
 

    c).  Lawatan Sambil Belajar Ke Empangan Babagon dan Loji

          Perawatan Air, Jetama Sdn. Bhd.

          Panitia Sains dan Kajian Tempatan sekolah melaksanakan salah            satu aktivitinya untuk memberi
    pendedahan kepada seramai 30                         orang murid dan 10 orang guru untuk melawat ke Empangan
                            Babagon dan Loji Perawatan Air, bahawa betapa pentingnya air           dalam kehidupan manusia
    dan cara perawatan air agar selamat digunakan.
 
 

 d).  Sukaneka Sempena Hari Guru

Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan pula mengadakan Sukaneka untuk guru-guru, kakitangan bukan mengajar,        murid- murid dan ibu bapa sempena Hari Guru pada 29hb.Mei 1998.

 e).  Keceriaan Sekolah

  Projek Mural dan gotong-royong adalah dalam perlaksanaan pada bulan Jun ini dan sepanjang
  tahun 1998.