PROGRAM BEYOND EXCELLENCE
SRK. ST. JOSEPH, PENAMPANG ,SABAH.

PRAKATA


 


Salam  sejahtera.

 Terlebih dahulu, saya dengan ikhlasnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak terutama sekali kepada semua guru yang terlibat sepenuhnya dalam penyediaan Buku  Perancangan Sekolah Berkesan ( Beyond Excellence ).

 Kami telah menyemak semula pencapaian murid-murid dalam tempoh lima tahun yang lalu ( 1994 -  1998 ) dan kami juga telah dapat menilai sejauh mana prestasi akademik yang telah dicapai.

 Berdasarkan pencapaian lima tahun yang lalu, kami telah dapat membuat target pencapaian akan datang  2000 – 2005 di mana kita seharusnya telah dapat mencapai keputusan seratus peratus dalam setiap mata pelajaran seperti mana yang dihasratkan.

 Kami berharap segala yang telah dirancangkan (target) untuk tempoh lima tahun ini akan dapat dicapai.  Kami sentiasa menghargai dan mengalu-alukan kritikan yang membina daripada semua pihak.

Sekian, terima kasih.

( HELEN  C. MOGINDOL )
 Guru Besar,
 SRK  St. Joseph,
 Penampang.
 
 


PENDAHULUAN


 






Kurikulum Baru Sekolah Rendah  ( KBSR )  berpandukan rasional bahawa aktiviti pelajaran dan pendidikan peringkat Sekolah Rendah adalah bercorak pendidikan asas.  Untuk mencapai matlamat itu, sekolah telah merangka suatu perancangan yang teliti melalui buku yang dikenali sebagai “PERANCANGAN SEKOLAH BERKESAN”  atau   “BEYOND EXCELLENCE  2000 – 2005”.   Dengan adanya buku PSB ini maka sekolah akan mencapai matlamat yang dinginkan.

Fakta-fakta atau data-data yang terkandung dalam buku ini telah diolah melalui satu sessi pengkajian yang teliti dan terancang.  Melalui buku ini juga sekolah akan dapat membuat semakan semula dari semasa ke semasa berkaitan dengan prestasi atau sebarang kekangan yang dihadapi.

Segala isu-isu, strategi dan aktiviti yang dimuatkan dalam buku ini juga adalah  merupakan suatu cabaran  agar guru-guru akan dapat mengubah sikap dan prinsip masing-masing demi untuk mengwujudkan suatu suasana yang cemerlang dan penyayang.  Berdasarkan isu-isu itu juga kita akan dapat membuat suatu  tekad agar mengubah segala sikap negatif kepada positif untuk mencapai  suatu wawasan yang kita inginkan berdasarkan PSB ini.

Semasa dalam proses kita menuju ke arah kecemerlangan ini, kita akan dapati bahawa banyaknya halangan yang perlu di atasi.  Kita seharusnya bersatu untuk menghadapi semua halangan ini.  Sudah tiba masanya kini kita mengubah dan memastikan diri kita sentiasa menerima perubahan paradigma dalam melaksanakan segala tugas yang diamanahkan.

Oleh itu, kita patut menyedari bahawa tugas serta perkhidmatan kita mempunyai ekspektasi masyarakat yang tinggi dan kita hendaklah sentiasa bersedia menerima berbagai komen yang  boleh dijadikan ikhtibar dalam memperbaiki kesilapan  kita.

Adalah diharapkan buku PSB ini menjadi panduan dan rujukan yang terbaik kepada semua guru di sekolah ini dalam usaha memperbaiki diri, perkhidmatan dan mempertingkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran mereka bersesuaian dengan matlamat khas sekolah ini yang mengamalkan cogan kata “BERDOA DAN BERUSAHA”.

“ BERUSAHA DAN BERSATU  MENUJU WAWASAN
BERKONSEPKAN BUDAYA ILMU”
 
 


FALSAFAH   SEKOLAH


 








1. BAHAWASANYA murid-murid yang ada di Sekolah Rendah Kebangsaan St. Joseph, Penampang, Sabah ada mempunyai kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dengan seimbangnya dari segi intelek, rohani dan jasmani.

2. BAHAWASANYA kami pendidik-pendidik di Sekolah Rendah Kebangsaan St. Joseph, Penampang, Sabah mempunyai keupayaan dan kebolehan ikhtisas untuk memberi pengajaran dan pendidikan yang sempurna dan bermutu untuk memajukan pelajaran murid-murid di sekolah kami.
 
 


FALSAFAH  PENDIDIKAN  NEGARA


 






Pendidikan  di  Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan keper-cayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.  Usaha ini adalah bagi me-lahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,     berke-trampilan, berakhlak mulia, ertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat.
 
 



PERNYATAAN  VISI
‘BEYOND  EXCELLENCE’


 










“Kecemerlangan dan tahap kualiti yang berterusan dalam semua aspek pendidikan ke arah melahirkan generasi
pelajar yang berperibadi dan berakhlak mulia, berilmu pengetahuan, berkemahiran dan berbudaya saling mene-pati matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Wawasan  2020”.

         “Vision  is the imagination of a future reality…………………”

                                                           (Rowe,et al. 1990)
 
 


MISI  “BE”


 






Dalam usaha bersungguh-sungguh Jabatan Pendidikan Sabah merealisasikan Visi “BE” untuk tempoh 5 tahun (2000 – 2005), Misi “BE” diisytiharkan seperti berikut:

i. Meneruskan aktiviti Program  ‘3 + 2’
ii. Memantapkan suasana dan persekitaran sekolah
yang merangsangkan pengajaran dan pembelajaran.
 iii. Memantapkan sistem pengurusan berkesan dan budaya
  kerja bermatlamat serta berfokus.
iv. Menghasilkan pelajar cemerlang dalam bidang akademik
dan kokurikulum.
v. Menghasilkan pelajar berakhlak mulia.
vi. Menghasilkan pelajar bestari.
 
 



PERANCANGAN  SEKOLAH  BERKESAN
( BEYOND  EXCELLENCE )


 






 FOKUS              : Budaya  Cemerlang

 PROGRAM       : Stail Pengurusan Dan Kepimpinan

 PROJEK           : Meningkatkan lagi Stail Pengurusan Dan Kepimpinan Yang Lemah Kepada Perkhidmatan
                              Yang Lebih Berkesan.

 ISU-ISU             : 1. Kelewatan maklumat / informasi dari  Jabatan.

                              2. Kurang kerjasama dari sesetengah ibu bapa untuk menerima  dan memberi tindak balas    kepada pihak sekolah.
3. Bebenan kerja yang dipertanggungjawabkan kepada guru terlalu padat.

SASARAN : 1. Guru Besar
2. Penolong-penolong Kanan sekolah
3. Kerani sekolah
4. Guru-guru
5. Ibu bapa

OBJEKTIF : 1. Meningkatkan kualiti pengurusan.
2. Perkongsian kuasa.
3. Dasar pintu terbuka.
4. Inovatif dan kreatif.

STRATEGI : 1. Kepimpinan melalui teladan.
2. Pengurusan secara sistematik.
3. Bersedia untuk menerima perubahan.
4. Menjalankan tugas bila-bila masa diperlukan.

AKTIVITI : 1. Kursus Dalaman untuk semua guru.
2. Kursus Peningkatan Staf.
3. Pemberian sijil melalui aktiviti-aktiviti.
4. Perjumpaan dengan ibu bapa tentang maklumat kemajuan pencapaian murid/anak serta masalah-masalah yang dihadapi oleh murid/anak.
JANGKAMASA: Berterusan
PETUNJUK : 1. Sedia menerima perubahan dan teguran.
2. Menjadi insan yang bersikap lebih terbuka.

PERANCANGAN  SEKOLAH  BERKESAN
( BEYOND  EXCELLENCE )

 FOKUS  : Budaya  Cemerlang

 PROGRAM : Hal Ehwal Staf

 PROJEK : Peningkatan Sikap Negatif Kepada Sikap Positif.

 ISU-ISU : 1. Kekurangan guru yang mengajar dalam mata pelajaran       yang penting.
2. Kekurangan tenaga pengajar lelaki.

SASARAN : 1. Guru Besar
2. Guru
3. Jabatan Pendidikan Negeri

OBJEKTIF : 1. Melahirkan guru-guru penyayang.
2. Memberi kesedaran agar semua guru berperanan
dalam  segala tugasan.

STRATEGI : 1. Mengemaskinikan dan meluaskan perkhidmatan guru-                                   guru.
2. Memberi penghargaan kepada guru-guru.
3. Memberi kesedaran kepada semua guru peranan dalam segala tugas.
4. Mempertingkatkan kerjasama antara semua guru dan merealisasikan program ‘BE’  kepada  empat budaya utama.

 AKTIVITI : 1. Kursus-kursus motivasi dan kesedaran.
2. Perkhemahan/perkelahan/lawatan secara intergrasi
melalui Kelab Pencinta Alam.
     3. Memberi semangat serta kesedaran untuk meningkatkan       tahap akademik guru.

 JANGKAMASA : Berterusan

 PETUNJUK : Sentiasa menerima perubahan.
 
 
 
 
 
 

PERANCANGAN  SEKOLAH  BERKESAN
( BEYOND  EXCELLENCE )
 FOKUS  : Budaya Penyayang
 PROGRAM : Mencintai Sekolah
 PROJEK  : Sekolah Kediamanku
 ISU-ISU : 1. Sikap murid-murid tidak mempunyai kesedaran
      Terhadap peranan dan fungsi sekolah.
2. Penglibatan sesetengah ibu bapa/masyarkat tidak

 SASARAN : 1. Murid-murid
2. Guru
3. Ibu bapa /masyarakat

 OBJEKTIF : 1. Memupuk kesedaran murid-murid terhadap budaya
      Sayang kepada sekolah dan alam sekeliling.
2. Menjadikan sekolah tempat yang tercantik serta
indah.
3. Membuat sekolah sebagai “kediaman kedua” iaitu ‘Sekolahku’  ‘Rumahku’.
4. Melibatkan murid-murid dalam pelbagai aktiviti
Sekolah.
5. Melibatkan ibu bapa / masyarakat dalam semua
sekolah.

 STRATEGI : 1. Menanam nilai-nilai moral yang murni kepada
      Murid-murid.
2. Mendidik murid-murid  agar bersikap penyayang
terhadap alam sekitar sekolah dan harta benda
sekolah.
3. Beri penghargaan kepada pelajar yang menunjukkan
Sikap penyayang yang tinggi.
4. Beri pujian dan motivasi semasa perhimpunan.

 AKTIVITI : 1. Pelbagaikan aktiviti-aktiviti bersama ibu bapa/
      Masyarakat.
2. Melibatkan semua murid dalam aktiviti kokurikulum.
3. Pelajar yang bermasalah diberi kaunseling.
4. Mengadakan pertandingan bersih / cantik dalam
setiap kelas termasuk kawasan masing-masing.
 JANGKAMASA:  Berterusan
 PETUNJUK : 1. Semangat sikap hormat-menghormati seperti
      mencintai sekolah.
2. Kerjasama dan sikap bermoral tinggi terhadap
sekolah yang tersayang wujud dalam hati setiap
pelajar.

  NILAI : SEKOLAH  PENYAYANG
  PROGRAM : Hal Ehwal Murid (HEM)

1. Sikap Negatif Murid.
1.1 Kurang Minat Belajar.
Murid-murid kuarang minat belajar disebabkan faktor-faktor tertentu.
Contohnya bilangan murid di dalam satu-satu kelas terlalu ramai.

1.2 Sikap kurang hormat terhadap guru dan rakan sebaya.
     Murid-murid kurang didedahkan dengan nilai-nilai murni dan pengaruh
            daripada persekitaran.

1.3 Budaya menconteng peralatan sekolah.

2. Pengaruh Persekitaran dan Masyarakat Sekeliling.
Pengaruh persekitaran yang kuat menyebabkan murid-murid mudah terpengaruh dan menjadi ikutan mereka.

3. Sikap Negatif Ibu Bapa
Sikap ibu bapa yang sering memandang serong terhadap tindakan disiplin yang dikenakan kepada anak mereka tanpa mengkaji dan membetulkan keadaan bersama-sama.

 SASARAN
 Murid-murid, Ibu bapa, Guru-guru, Guru Besar serta agensi=agensi luar seperti Bomba,  Polis, PEMADAM dan sebagainya.

 STRATEGI
1. Mengadakan kursus bina diri.
2. Mempertingkatkan khidmat Bimbingan dan Kaunseling dan mengkaji peranannya di sekolah lebih berkesan.
3. Mewujudkan Budaya Contoh yang merangkumi pelajar, guru dan ibu bapa.

AKTIVITI
1. Kursus atau kempen-kempen  kesedaran sepanjang tahun dengan melibatkan ibu bapa    dan masyarakat dalam aktiviti seperti berikut;
a. Khemah kerja/ibadat
b. Kursus Motivasi dan kesedaran
c. Kegiatan gerak saraf melalui melukis poster, logo, cogankata dan sebagainya.
2. Mengadakan kursus pendedahan dan taklimat kepada guru-guru kaunseling serta
memperluaskan  lagi bidang bimbingan dan kaunseling di kalangan murid.
3. Taklimat, ceramah serta lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang dijadikan contoh kepada masyarakat.

JANGKAMASA
Berterusan.

PETUNJUK
Implikasi daripada strategi dan aktiviti akan dapat meningkatkan tahap disiplin sekolah yang  baik.
 
 
 

FOKUS : Permuafakatan
PROGRAM : Persatuan Ibu Bapa dan Guru  (PIBG)
PROJEK : Meningkatkan permuafakatan antara guru-guru dan
   ibu bapa.

ISU-ISU : 1. Ibu bapa kurang memahami fungsi atau peranan
    PIBG.
2. Ibu bapa kurang memberi perhatian dan kerjasama
dalam persatuan seperti menghadiri dialog/mesyuarat.
3. Ramai di kalangan ibu bapa lebih mementingkan
tugas daripada aktiviti anak / guru di sekolah.
4. Tidak ada permuafakatan yang wujud di kalangan
guru-guru dan ibu bapa.

SASARAN : 1. Ibu bapa
2. Guru-guru

OBJEKTIF : 1. Mengwujudkan kesedaran tentang peranan PIBG
    kepada ibu bapa.
2. Mengwujudkan permuafakatn PIBG dengan guru-
guru.
3. Mengubah sikap negatif ibu bapa dan guru-guru
terhadap PIBG.

STRATEGI : 1. Kaunseling kepada ibubapa.
2. Ceramah / Dialog.
3. Mengwujudkan Budaya Kerja
4. Mengadakan pelbagai kempen.
5. Mesyuarat PIBG.

AKTIVITI : 1. Mengadakan kaunseling kepada ibu bapa tentang
    peranan PIBG.
2. Menganjurkan ceramah/dialog untuk mewujudkan
permuafakatan antara guru-guru dan ibu bapa.
3. Menganjurkan pelbagai kempen yang berkaitan dengan PIBG.
4. Mengadakan mesyuarat yang lebih kerap dalam persatuan.
5. Mengadakan aktiviti yang menarik minat  ibubapa  untuk
mengambil berat tentang persatuan.

JANGKAMASA: Berterusan.
PETUNJUK : 1. Mempastikan ibu bapa mengubah sikap dan lebih meng-
    ambil berat tentang peranan dan kepentingan PIBG.
2. Mempastikan wujudnya permuafakatan antara ahli-ahli PIBG.
3. Mempastikan wujudnya suasana harmonis di kalangan ibu bapa
guru-guru dan murid-murid.
 
 

PERANCANGAN  SEKOLAH  BERKESAN
( BEYOND EXCELLENCE )

FOKUS : Budaya Ilmu

PROGRAM : Akademik

PROJEK : Meningkatkan Prestasi Kajian  Tempatan

ISU-ISU : 1. Ramai murid tidak mengamalkan akan kepentingan      alam sekitar kepada manusia.
2. Ada juga di kalangan murid tidak tahu akan kedudukan negara Malaysia di muka bumi, contohnya ‘globe’.
3. Kurang alat bantu mengajar yang sesuai dalam pengajaran Kajian Tempatan.

SASARAN : 1. Pelajar (utama)
2. Ibu bapa
3. Guru

OBJEKTIF : 1. Melahirkan murid untuk memupuk semangat
    patriotik di dalam jiwa mereka.
2. Memupuk perasaan  kasih sayang dan membentuk
murid yang setia kepada bangsa dan negara.
3. Menguasai kemahiran sosial melalui interaksi yang
Aktif dalam kelas sama ada secara individu atau berkumpulan semasa menjalankan aktiviti atau kajian setempat.

STRATEGI : 1. Mengadakan Kempen Minggu Kajian Tempatan.
2. Membuat sudut maklumat dan sudut rangsangan di
dalam kelas.
   3. Mengadakan Kempen kesedaran Kepentingan Alam      Semula Jadi.
 
 
 
 
 
 

AKTIVITI : 1. Pertandingan kuiz semasa kempen Kajian Tempatan.
2. Membuat alat-alat bantu mengajar seperti peta,
carta dan lain-lain.
3. Mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium
Negari, Empangan Air / Loji Penapisan Air dan lain-lain.
4. Pertandingan melukis poster sempena Minggu
Kajian Tempatan.
5. Mengadakan ceramah, bengkel mengenai ‘Kesedaran
Kepentingan Alam Sekitar terhadap manusia’.

JANGKAMASA: 1. Berterusan
2. Mengikut kesesuaian  masa.

PETUNJUK : 1. Melahirkan dan membentuk murid yangberhati mulia
    berdasarkan kemahiran, tatasusila dan keinsafan yang di
    sanjungi oleh masyarakat.
 
 
 
 

PERANCANGAN SEKOLAH BERKESAN
( BEYOND EXCELLENCE )

FOKUS  : Budaya ilmu
PROGRAM : Akademik
PROJEK : Melahirkan murid yang bermoral.
ISU-ISU ; 1. Sesetengah murid gagal mengamalkan sika[ hormat
    sesama rakan, guru dan ibu bapa.
2. Tidak mempunyai sikap ‘Kepunyaan’ terhadap benda
Sendiri, sekolah dan awam.
3. Sesetengah murid suka mementingkan diri sendiri.
4. Sesetengah pula ibu bapa tidak menanamkan sikap
murni di kalangan anak mereka.

SASARAN : 1. Murid
2. Ibu bapa
3. Guru

OBJEKTIF : 1. Melahirkan murid yang sentiasa bermoral di antara       mereka, persekitaran dan masyarakat.
2. Melahirkan insan yang seimbang, harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.

STRATEGI : 1. Mengadakan kempen sekolah penyayang.
2. Kepimpinan melalui teladan.
3. Kempen membina diri, masayarakat sekeliling melalui kehormanian.
4. Kempen kebersihan sekeliling sekolah.
5. Penilaian secara tidak langsung sikap murid di dalam dan di luar bilik darjah / sekolah.

AKTIVITI : 1. Kempen minggu menghormati guru. Ibubapa dan rakan
    sebaya .
2. Kempen pakaian kemas dan personaliti.
3. Guru contoh dan murid contoh.
4. Minggu kempen gotong-royong  dan memungut sampah.
5. Ceramah.
6. Pertandingan melukis poster.

JANGKAMASA: 1. Berterusan.
2. Mengikut kesesuaian masa.
PETUNJUK : 1. Membentuk murid berperibadi mulia dan boleh membuat      keputusan yang bertanggungjawab berdasarkan nilai
    moral diri, keluarga, komuniti dan masyarakatnya.
PERANCANGAN  SEKOLAH  BERKESAN
(  BEYOND  EXCELLENCE )

FOKUS : Budaya  Cemerlang

PROGRAM : Akademik

PROJEK : Meningkatkan daya kemahiran dan kreativiti dalam bidang  seni.
ISU-ISU : 1. Kurang mahir dalam bidang seni.
2. kekurangan peralatan seni.
3. Buku panduan dan rujukan tidak mencukupi.
4. kemahiran  melukis adalah terhad.
5. Suasana pembelajaran yang membosankan.
6. Bahan-bahan untuk bidang seni tidak mampu  disediakan oleh pelajar.
7. Faktor latar belakang keluarga ; tiada galakan dan sokongan.

SASARAN  :         1. Para pelajar.
2. Pendidik / guru.
3. Ibubapa / penjaga.

OBJEKTIF  :  1. Meningkatkan kemahiran , daya imaginasi yang kreatif di
    kalangan pelajar.
2.  Mengetengahkan bakat seni melalui pertandingan
dari peringkat ke peringkat.
2. Memberi pendedahan dan kursus dalaman serta
menanamkan nilai-nilai murni yang kreatif dan mempunyai daya saing antara para pelajar.
3. Menanamkan sikap harmonis yang mencerminkan keutuhan
 bermasyarakat, ke alam nyata mahupun alam benda yang dapat melahirkan melahirkan mutu seni yang dihargai.

STRATEGI : 1.  Mengadakan kempen melukis , mewarna ,
     Kraftangan seni bina dikalangan para pelajar.
2.  Mengadakan sudut kreatif di dalam kelas.
 

3.  Mengadakan kursus pendedahan , ceramah
 Motivasi dan pertandingan-pertandingan yang
 dapat mencungkil bakat dan hasil seni yang kreatif
 dan bermutu.
4 Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran  yang menarik yang menghargai mencintai alam agar dapat menghasilkan Seni Kraf dari bahan-bahan terpakai atau terbuang.

AKTIVITI : 1. Pertandingan melukis.
2. Pertandingan mewarna.
3. Pertandingan kraftangan.
4. Pertandingan Seni Bina.
5. Perjumpaan dan mesyuarat guru-guru panitia.
6. Pameran sudut seni dalam kelas.
7. Kursus pendedahan Pendidikan Seni.
8. Melengkapkan alat-alat seni.
9. Kempen menghasilkan seni kreatif dari bahan-bahan terpakai.

JANGKAMASA: 1. Berterusan.
2. Mengikut rangcangan  P & P.

PETUNJUK : 1. Memastikan para pelajar dapat menguasai bidang
    Seni.
   2. Memastikan guru dapat memberikan kemahiran      kepada para pelajar.
3. Mengetengahkan murid yang berbakat .
 

PERANCANGAN  SEKOLAH  BERKESAN
(  BEYOND  EXCELLENCE )

FOKUS : Budaya Ilmu Cemerlang

PROGRAM : Akademik

PROJEK : 1. Melahirkan pelajar  yang dapat menguasai penggunaan      Bahasa Malaysia.
2. Memantapkan kemahiran murid dari segi pertuturan,
pemahaman dan penulisan.

ISU-ISU : 1. Budaya kurang minat membaca di kalangan murid
    mengakibatkan kurangnya  pengetahuan murid dari segi      penyusunan struktur ayat yang betul.
2. Sesetengah murid lebih terpengaruh  dengan bahasa
Ibunda sama ada dalam pertuturan atau penulisan.
3. Sesetengah murid lebih aktif dalam bidang sukan dan
permainan tetapi lemah dalam pembelajaran.
4. Bilangan murid yang terlalu ramai dalam sesebuah kelas.

OBJEKTIF : 1. Meningkatkan prestasi murid dalam akademik.
2. Murid mahir dalam penggunaan Bahasa Malaysia sebagai
bahasa perhubungan utama berbilang kaum di Malaysia.

SASARAN : 1. Pelajar
2. Ibu bapa
3. Guru

STRATEGI : 1. Menggalakan minat membaca di kalangan guru dan murid.
2. Meningkatkan kemahiran guru di dalam pengajaran.
3. Meningkatkan peratus pencapaian UPSR.

AKTIVITI : 1. Mengadakan sudut bacaan dan Taman Bacaan.
2. Seminar, bengkel dan kursus dalaman.
3. Mengadakan kelas tambahan, kelas bimbingan.
4. Dialog dengan ibu bapa.
5. Kelas pemulihan diteruskan.
 

JANGKAMASA: Berterusan mengikut keperluan dan kesesuaian masa.

PETUNJUK : Prestasi pengajaran dan pembelajaran dipertingkatkan.
   Oleh itu, tindakan positif dari pihak pentadbir, PIBG dan ibu
   bapa amatlah diperlukan.

PERANCANGAN  SEKOLAH  BERKESAN
(  BEYOND   EXCELLENCE )

FOKUS : Budaya Ilmu

PROGRAM : Akademik

PROJEK : 1. Memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris dari segi
    pertuturan  dan penulisan.
2. Menanam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis
3. Melahirkan/menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam
bidang  akademik dan kokurikulum.
   4, Melahirkan/menghasilkan pelajar yang serba boleh; yang
    dapat berkomunikasi dengan baik, dapat mengeluarkan
    pendapat yang bernas dan berupaya menghadapi cabaran     dalam apa jua situasi.
4. Menghasilkan pelajar bestari iaitu seorang insan yang
Berketrampilan dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

ISU-ISU : 1. Kelemahan  dalam kefahaman dan penulisan.
2. Pelajar tidak mengamalkan kemahiran berfikir secara
kreatif dan kritis.
3. Kelemahan dalam penggunaan Bahasa Inggeris di
kalangan para pelajar dari segi pertuturan, kefahaman,
dan penulisan.

OBJEKTIF : 1. Meningkatkan prestasi akademik.
2. Melahirkan pelajar yang mampu berfikir dan mengeluar-
kan pendapat atau pandangan secara kreatif dan kritis.
3. Mempastikan para pelajar diberi pendedahan yang
Secukupnya di peringkat tahap 1 dan pengukuhan
penguasaan kemahiran bertutur, membaca dan penulisan di tahap 2.
4. Menanam minat dan rasa sayang terhadap Bahasa
Inggeris.

SASARAN : 1. Pelajar (utama)  4. Masyarakat
2. Guru
3. Ibu bapa
 
 

AKTIVITI : 1. Mengadakan khemah motivasi.
2. Program Anak Angkat
3. Kelas tambahan yang berterusan.
4. Latih tubi.
5. Ujian bulanan/semester.
6. Perjumpaan guru dan ibu bapa.
7. Kursus Dalaman bagi guru-guru bahasa.
8. Perbincangan dalam mesyuarat panitia.
9. Pertandingan membaca dalam kelas.
10. Program Nilam.
11. Mengadakan kempen Bahasa Inggeris.
 

JANGKAMASA: Berterusan
 program_be.htm
PETUNJUK  : Meneruskan aktiviti program dan memantapkan lagi prestasi
   3 + 2 dan  kecemerlangan Bahasa Inggeris sebagai bahasa
   kedua untuk dijadikan sebagai sebahagian pengisian ‘Be”.