UNIT KO-KURIKULUM
S. M. TEKNIK TAWAU
PENGENALAN
Seperti sekolah-sekolah lain di negara ini, Sekolah Menengah Teknik Tawau ( SMTT ) melaksanakan aktiviti ko-kurikulum berpandukan kepada perancangan tahunan yang telah dirangka oleh unit ko-kurikulum sekolah. Kegiatan dan aktiviti yang dirancang mempunyai objektif dan matlamatnya yang tersendiri berdasarkan keperluan penubuhan unit tersebut di SMTT.
Justeru itu kegiatan ko-kurikulum SMTT berkeinginan untuk menyemai bakat dan minat para pelajar atas kepercayaan bahawa setiap individu mempunyai keistimewaan dan potensi diri yang terpendam. Keyakinan mengatakan bahawa para pelajar berupaya untuk dididik dan mendidik diri sendiri dan, mereka mempunyai keseimbangan dalam perkembangan mental dan intelek, sosial dan rohani serta jasmani.
Kegiatan ko-kurikulum menjadi landasan pembelajaran tidak formal para pelajar. Secara tidak langsung segala perancangan unit kurikulum dapat dilihat keberkesanannya dalam kegiatan ko-kurikulum. Para pelajar berupaya mengaplikasikan pembelajaran formal mereka semasa mengikuti kegiatan ko-kurikulum.
Walaubagaimana pun pada hakikatnya bukan semua aktiviti yang dirangka dapat dilaksanakan oleh unit ko-kurikulum. Kekangan sentiasa wujud dalam sesuatu organisasi namun kebijaksanaan guru-guru penasihat unit dan pihak pentadbiran sekolah sahaja yang mampu mengatasi kesemua kekangan yang ada.
OBJEKTIF
Unit ko-kurikulum SMTT menyemat objektif di kalangan warganya khususnya para pelajar seperti berikut :-
Beradab dan bersusila serta percaya kepada Tuhan dan agama, dan patuh kepada Raja dan Negara.
Bertanggungjawab, jujur, bertimbang rasa dan bertolak ansur.
Bercita-cita tinggi, berani, berkeyakinan diri dan cekal hati.
Berketrampilan, kreatif dan berupaya mengawal diri dalam apa jua situasi.
Kesemua ini selari dengan misi dan visi sekolah yang sentiasa berada di hadapan dan peka dengan pembaharuan serta perubahan yang berlaku menjelang alaf baru.
MISI
Unit Ko-kurikulum SMTT menyemai misi yang hampir selari dengan misi sekolah iaitu:-
Penglibatan pelajar secara maksimum dan menjadi sekolah contoh dalam kegiatan ko-kurikulum baik di peringkat daerah, bahagian, negeri dan negara.
VISI
Unit Ko-kurikulum SMTT menyemai visi selari dengan visi sekolah iaitu:-
Mencapai kecemerlangan pelajar dalam kegiatan ko-kurikulum.
TAKWIM TAHUNAN
Aktiviti ko-kum SMTT dijalankan berpandukan jadual yang telah ditetapkan berdasarkan agihan masa yang telah diluluskan oleh Majlis Perancang Sekolah (MPS) dan Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS). Pihak Unit Ko-kum mengajukan takwim yang telah dirancang kepada pihak pengurusan sekolah seawal bulan Januari 2007.
Jadual pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum telah ditetapkan pada setiap hari Selasa bermula 6.45 - 7.45 pagi. Dengan itu, aktiviti Sukan dan Permainan, Kelab dan Persatuan, dan Unit Beruniform dilaksanakan secara bergilir-gilir.
CARTA ORGANISASI UNIT KO-KURIKULUM
| Pengetua: | En. Johan Okasa |
| Penolong Kanan Ko-kurikulum: | En. Ahmad Fakrurazi B Hamzah |
| Setiausaha: | Cik Lim Lay Yong |
| Penyelaras Unit Beruniform: | En. Carlos Fui Khiong George ~ Pengakap ~ Renjer Puteri ~ PBSM ~ KRS ~ KPA ~ Bomba ~ PPI |
| Penyelaras Kelab & Persatuan: | En. Mohd Nizam B Osman ~ B. Melayu ~ B. Inggeris ~ Matematik & Sains ~ Sejarah ~ PERPIS ~ Kewangan ~ Penyelenggaraan ~ Pembimbing Rakan Sebaya ~ Reka Cipta ~ ERT ~ Pencinta Alam ~ Kelab Komputer ~ Kelab Cegah Jenayah |
| Penyelaras Sukan & Permainan: | En Samsuddin B Ibrahim ~ Bola Sepak ~ Bola Tampar ~ Hoki ~ Ragbi ~ Sepak Takraw ~ Catur ~ Bola Jaring ~ Badminton ~ Silat Cekak Hanafi ~ Bola Baling ~ Sofbol |
|
AKTIVITI KO-KURIKULUM |
PENCAPAIAN |
|---|---|
| Olahraga MSSM Gabungan Tawau |
3 Emas, 1 Perak & 6 Gangsa Olahragawan bawah 18 tahun (Adik Muliadi Bin Hamide) |
| MTQ MSSM Gabungan Tawau | Tempat Ketiga |
| Pertandingan Catur MSSM Gabungan Tawau | 2 orang pelajar wakil ke Peringkat Negeri |
| Pertandingan Bola Baling 18 Tahun Ke Bawah peringkat MSSM Gabungan Tawau | Tempat Ketiga 3 orang pelajar wakil ke Peringkat Negeri |
| Pertandingan Hoki 18 Tahun Ke Bawah peringkat MSSM Gabungan Tawau | Tempat Ketiga 2 orang pelajar wakil ke Peringkat Negeri |
| Karatedo | 1 orang pelajar wakil ke Peringkat Kebangsaan |
| Kejohanan Antara Teknik Zon Sabah (Bola Jaring) |
![]() Naib Johan Penjaring Terbanyak: Adik Suzana Abd. Rashid |
| Kejohanan Antara Teknik Zon Sabah (Bahas Bahasa Inggeris) |
Naib Johan The Best Speaker: Adik Roland Felex Goh Jr. |
| Kejohanan Antara Teknik Zon Sabah (KAT Idol Solo & Duet) | Johan |
| Kejohanan Antara Teknik Zon Sabah (Reka Cipta) |
Tempat Ketiga ( P. E. O. Changer ) |
| Kejohanan Olahraga (Silat) |
Adik Siti Zulaiha A. Mutalib dan Adik Nurul Fadzilah Ahmad wakil ke peringkat negeri |
| Kejohanan Taekwando |
Adik Farmiza Suparjo: Emas Peringkat Negeri dan Gangsa Peringkat Kebangsaan Adik Mohd. Izwan Sulaiman: Emas Peringkat Negeri dan Penyertaan (Suku Akhir) Peringkat Kebangsaan |
| Kejohanan Kriket |
Adik Mohd. Hussien Unggak: wakil ke Peringkat Kebangsaan |
| Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Peringkat Gabungan Tawau |
Pertandingan Kawad Basah Berpasukan (Lelaki - Naib Johan) dan (Perempuan - Tempat ke-3) Kawad Hos Individu Lelaki: Naib Johan (Adik Andyka Alimudin) Pertandingan Malam Persembahan Kebudayaan: Johan |
|
AKTIVITI KO-KURIKULUM |
PENCAPAIAN |
|---|---|
| Karnival Bola Sepak, Bola Jaring, Dan Ragbi Tingkatan 4 | Bola Jaring & Ragbi:- Tempat Ketiga |
| Perahu Layar (Laser Bait) - Kebangsaan | Johan Jemputan Sabah Yatch Club (Adik Timothy Chung) |
| Kejohanan Taekwando | Mewakili Tawau :- (Adik Zulhainie Muldin & Adik Mohd Azli Mohd Dahlan) |
| Johan Bahas Bahasa Inggeris Piala TKPPM | Negeri (Sekolah Menengah Teknik Zon Sabah) |
| Pembahas Terbaik Peringkat Negeri dan Round Plate Kebangsaan | Negeri (Sekolah Menengah Teknik Zon Sabah) Kebangsaan |
| Johan Ragbi Piala KPPM | Negeri (Sekolah Menengah Teknik Zon Sabah) |
| Johan Bola Jaring Piala KPPM |
![]() Negeri (Sekolah Menengah Teknik Zon Sabah) |
| Naib Johan Reka Cipta & Inovasi |
![]() Negeri (Sekolah Menengah Teknik Zon Sabah) |
| Naib Johan Bola Sepak Piala KPPM | Negeri (Sekolah Menengah Teknik Zon Sabah) |
| Johan Keseluruhan Kejohanan Antara Teknik Zon Sabah |
Negeri (Sekolah Menengah Teknik Zon Sabah) |
| Tempat Ketiga Olahraga |
MSS Gabungan Tawau |
| 3 orang pelajar terpilih mewakili Bahagian & Negeri | Bahagian Tawau & Negeri |
| Pertandingan Tenis (L) | Bahagian Tawau Negeri |
| Pertandingan Taekwando | Negeri Kebangsaan |
| Pertandingan Catur | Bahagian Tawau Negeri |
| 3 orang pelajar terpilih mewakili Bahagian / Negeri | Bahagian Tawau Negeri |
| Perahu Layar Terbuka Sabah (Acara Laser) | Bahagian Negeri |
| Naib Johan Kawad Kaki Kadet Pertahanan Awam | Negeri |
| Johan Kawad Pili Bomba | Negeri / Wakil peringkat kebangsaan |
| Naib Johan Kawad Menyelamat | Negeri |
| Perkhemahan Pengakap | Daerah Tawau |
| Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah | Daerah Tawau |
| Public Speaking | Daerah Tawau |
| Majlis Tadarus Al-Quran | Daerah Tawau |
|
AKTIVITI KO-KURIKULUM |
PENCAPAIAN |
|---|---|
Olahraga
|
![]() Kebangsaan (Rekod Baru MSSS acara 10km Jalan Kaki) Kebangsaan (Lompat Jauh dan Lompat Kijang) Negeri |
Tennis
|
Negeri (Ke-3) |
Hoki
|
Negeri |
Bola Tampar
|
Negeri |
Sepak Takraw
|
Negeri |
Taekwando
|
Negeri |
Bola Baling
|
Negeri |
Badminton
|
Negeri |
Perkhemahan Wilderness Adventure
|
Kebangsaan |
Kursus Pengurusan Persatuaan/Kelab
|
Kebangsaan |
| Bahas Bahasa Inggeris Piala TKPPM antara Sekolah-sekolah Teknik Zon Sabah |
![]() Johan (4 tahun) wakil Zon Sabah ke Peringkat Kebangsaan Tempat ke-3 Kejohanan Antara Sekolah-sekolah Menengah Teknik Peringkat Kebangsaan (Adik Felicia Fong memenangi "The Best Speaker". |
|
Bola Jaring (Piala KPPM) |
Negeri |
|
Bola Sepak (Piala KPPM) |
Negeri |
Public Speaking
|
Bahagian/Gabungan |
Catur
|
Bahagian/Gabungan |
Kadet Pertahanan Awam
|
![]() Bahagian/Gabungan |
Kadet Bomba
|
Bahagian/Gabungan(Penyertaan) |
Pengakap
|
Bahagian/Gabungan |
Forum DBP
|
Bahagian/Gabungan |