[Tawaran Kursus] [Perancangan "Beyond Reengineering"]
[ Jabatan Bahasa ] [ Jabatan Sains & Matematik ] [ Jabatan Kemanusiaan ]
[ Jabatan Teknik Dan Vokasional ]


JABATAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

PENDAHULUAN

Kemahiran Teknik dan Vokasional merupakan subjek utama yang amat dititikberatkan dalam pencapaian keputusan pelajar selepas menamatkan persekolahan di tingkatan lima. Subjek ini merupakan landasan utama kepada pelajar-pelajar untuk pembelajaran terutama dalam bidang kejuruteraan. Walaupun pelajar mengambil mata pelajaran ini dan dianggap sebagai matapelajaran utama di sekolah Teknik, namun anggapan pelajar terhadap subjek-subjek ini yang dianggap berat dan baru ini memerlukan asas yang kukuh pada peringkat permulaan ini. Untuk menghadapi situasi yang sedemikian, Jabatan Teknik dan Vokasional menyediakan berbagai-bagai program yang lebih menumpukan kepada peningkatan prestasi dan minat pelajar terhadap penguasaan mata pelajaran Teknik dan Vokasional..

OBJEKTIF

Kesemua program yang dirancangkan dalam jabatan mempunyai objektif yang serupa sama ada secara langsung ataupun tidak. Antara objektif yang ingin dicapai adalah:

  1. Memberi kesedaran kepada pelajar terhadap kepentingan pengetahuan kemahiran dalam dunia pekerjaan.

  2. Memberi pendedahan kepada pelajar terhadap kerjaya sebenar bidang yang diceburi serta memupuk minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut

  3. Meningkatkan tahap penguasaan pelajar terhadap mata pelajaran Teknikal dan Vokasional

  4. Meningkatkan prestasi mata pelajaran Teknik dan Vokasional di peringkat SPM sama ada dari segi kuantiti mahupun kualiti

  5. Mengetahui sumbangan Teknologi terhadap pembangunan negara

VISI

Keseimbangan Jeris Berasaskan Teknologi Teras Kecemerlangan

MISI

  1. Mempunyai Guru-guru Cemerlang, Dedikasi Dan Berketerampilan Dalam Menghasilkan Pelajar-pelajar Yang Berkualiti Dari Semua Aspek

  2. Merealisasikan War Cry Sekolah Untuk Sentiasa Berada Di Hadapan Dalam Sains Dan Matematik

  3. Mewujudkan Budaya Kerja Sepakat Membawa Berkat? Berilmu Dan Beramal Sebagai Suatu Ibadah

CARTA ORGANISASI JABATAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

PELAN TINDAKAN 2010

Program-program yang telah dirancang dibahagi kepada dua kategori iaitu Program Induk (program yang dilaksanakan sepenuhnya oleh jabatan) dan Program Panitia(program yang hanya dilaksanakan mengikut panitia masing-masing). Keterangan bagi setiap program di bawah boleh dirujuk melalui PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK JABATAN 2007.

  1. Program Induk

    1. Motivasi ( Perkasa Ilmu + Teguh Minda + Kenal Diri )

    2. Kenal Kerjaya

    3. Searching Industry

    4. Network Learning

    5. Penggunaan Modul P & P

    6. Ceramah

    7. Kelas Tambahan

    8. Program Khas

    9. Galus

    10. LIPA (Latihan Intensif Persediaan Amali)

  2. Program Panitia

    1. Latihan Keselamatan

    2. Teknik Menjawab

    3. Pengenalan Kursus/kerjaya

    4. Kuiz 5 minit

    5. Kelas Tambahan

    6. LIKA (Latihan Intensif Kelas Amali )

    7. Pertandingan Lukisan

    8. Galus

    9. Pertandingan bahan bantu mengajar

    10. Pameran lukisan / Auto CAD

Teknik Menjawab LPM


Bengkel Teknik Menjawab Bersama & Taklimat Pentaksiran Kerja Kursus
Bengkel Automotif Bengkel Elektronik
Bengkel Elektronik Majlis Penyampaian Cenderahati kepada penceramah

Ke Atas