Displin adalah satu elemen yang penting didalam menentukan
ketertibaan sesuatu sistem. Displin adalah satu aspek yang mesti wujud dalam masyarakat.
Oleh itu displin hendaklah diberi perhatian berat oleh semua pihak samada disekolah
atau diluar sekolah. Sehubungan dengan itu, guru-guru, para pelajar dan ibubapa harus
memainkan peranan dalam membina disiplin yang mantap di sekolah agar proses
pengajaran dan pembelaran akan lebih licin dan lancar.
Adalah menjadi harapan bagi unit disiplin Sekolah Menengah Teknik Tawau untuk
melahirkan generasi yang cemerlang bukan setakat akademiknya tetapi juga membina
akhlak dan sahsiah diri yang sempurna mengikut acuan budaya timur yang luhur
dengan budi bahasa yang tinggi.
Kearah masalah disiplin sifar
Melahirkan pelajar yang bebas dari masalah disiplin
DEFINISI DISIPLIN
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun 1979
mentakrifkan disiplin sebagai :
"Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada
disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga
bermakna kesanggupan seorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup
tertib, kesanggupan, menghgormati hak individu lain.Kesanggupan mengamalkan
tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain. Kesanggupan
hormat-menghormati di antara satu sama lain dan mempunyai semangat tolong-menolong.
Kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang
membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat"
MATLAMAT DISIPLIN
Disiplin akan melahirkan individu yang dapat memimpin diri sendiri dalam hidupnya pada masa hadapan. disiplin diri bagi setiap individu adalah mustahak dalam usaha mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang bertatasusila, bersatu padu , demokratik, adil, liberal dan progresif. disiplin juga akan melahirkan individu yang kreatif, mempunyai jati diri yang tinggi dan sentiasa memelihara harga diri dalam masyarakat yang bergerak ke arah kemajuan.
MATLAMAT DISIPLIN
OBJEKTIF HUKUMAN
| CARTA ORGANISASI | |
| Penasihat: | En. Johan Okasa ( Pengetua ) |
| Penolong Kanan Hal Ehwal Murid: | En Azman Mansur |
| Guru Kanan Disiplin: | En Ishak Bin Japar |
| Ahli Jawatankuasa Pengawalan Disiplin Sekolah: | En Mohd Rasi Solong ( Penolong ) En Mohamad Yamalang En Affendi bin Abd. Rahim En Md Jamree Abd Latif En Mohd. Aras Japar En Mohd Syahir MD Yasir En Mohd Aznan Zakaria En Herman Jamil En Hairuddin Yakup Cik Che Hasnisyahida Che Hassan (setiausaha) Cik Dayag Ezreena Ali Yusof Cik Adibah Aspa |
| PANDUAN PAKAIAN SERAGAM(LELAKI) | PANDUAN PAKAIAN SERAGAM (PEREMPUAN MUSLIM-BAJU KURUNG, BERTUDUNG) |
![]() |
|
PANDUAN PAKAIAN SERAGAM (PEREMPUAN BUKAN MUSLIM - BAJU KURUNG) |
PANDUAN PAKAIAN SERAGAM (PEREMPUAN BUKAN MUSLIM - PINORE FORM) |
![]() |
|
POTONGAN RAMBUT BAGI PELAJAR LELAKI
(1:1:1)

PERANCANGAN BADAN DISIPLIN SMTT TAHUN 2007
| BIL | AKTIVITI | OBJEKTIF/ PERLAKSANAAN | TARIKH SASARAN |
| 1. | Taklimat Disiplin Kepada ibu bapa | - Sasaran : ibu bapa pelajar tingkatan 4 - Diadakan semasa pendaftaran pelajar baru - Penekanan kepada peraturan sekolah dan tindakan yang mungkin diambil oleh pihak sekolah - Objektif : Memastikan ibu bapa mengetahui tentang peraturan sekolah dan sentiasa mengambil berat tentang perkembangan disiplin anak-anak mereka |
- semasa pendaftaran Ting. 4 |
| 2. | Taklimat Disiplin | - Sasaran : semua pelajar - Taklimat Disiplin Khusus - Taklimat Disiplin Umum - Memastikan pelajar mengetahui dan mengambil berat tentang disiplin |
- Dari semasa ke semasa dalam slot perhimpunan pagi |
| 3. | Pemantauan Disiplin | - Sasaran : Semua pelajar - Memastikan pelajar tidak melanggar disiplin - Penekanan kepada pembentukan sahsiah |
Sepanjang masa |
| 4. | Perhimpunan Pagi | - Sasaran : Semua pelajar - Memastikan pelajar tidak lewat hadir ke sekolah dan pelajar sentiasa dalam keadaan kemas dan berdisiplin |
Setiap pagi Isnin hingga Jumaat |
| 5. | Grooming Pelajar | - Sasaran : Semua pelajar tingkatan 4 & 5 - Penekanan kepada aspek pemakaian dan penampilan |
Dari masa ke semasa |
| 6. | Kursus-kursus untuk Pengawas | - Sasaran : Semua Pengawas Sekolah - KEM KEPIMPINAN PENGAWAS untuk pengawas tingkatan 5 - KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS untuk pengawas tingkatan 4 - Penekanan kepada aspek kepimpinan dan keterampilan |
Bulan Mei - Jun |
| 7. | "Spot-Check" | - Sasaran : Semua pelajar - Diadakan secara mengejut - bertujuan memastikan pelajar tidak memawa bahan-bahan yang terlarang dan pelajar sentiasa berada dalam keadaan kemas |
Dari semasa ke semasa |
| 8. | Ceramah | - Melibatkan Pegawai dari Polis / Jabatan Penjara Tawau - Cadangan tajuk ceramah : Jenayah Juvana / Hukuman Rotan - Objektif : Menyedarkan pelajar tentang kesalahan-kesalahan yang boleh disabitkan dengan hukuman oleh pihak berkuasa |
Jun - Julai |
| 9. | Pameran | - Diadakan oleh pihak polis dan pihak penjara - Bertujuan menyedarkan pelajar tentang salah laku dan jenayah yang boleh dikenakan tindakan undang-undang | Ogos |
| 10. | Perlantikan Pengawas Baru | - Bertujuan untuk mennggantikan Pengawas tingkatan 5, bagi membantu pihak
sekolah dan guru melaksanakan pemantauan disiplin - melibatkan beberapa peringkat: i) Pencalonan oleh guru kelas ii) Tapisan dan temuduga iii) Lantikan |
Mei - Jun |
| 11. | Kempen Berbudi Bahasa | - Sasaran : Semua pelajar - Bertujuan menyemai sikap berbudi bahasa dan nilai murni di kalangan pelajar - menjadikan amalan salam sebagai sebahagian daripada rutin kehidupan - Menganugerahkan Tokoh Pelajar Berbudi Bahasa |
Jun |
| 12. | Bapa Angkat / Pegawai Hubungan Sekolah | - Mengadakan antara hubungan pihak sekolah dengan pihak berkuasa (polis) bagi tujuan pemantauan dan mendapatkan nasihat | Sepanjang Masa |