Perutusan Pengetua
Sekolah Menengah Teknik Tawau (Kluster)

En Johan Bin Okasa

En Johan Okasa

           Salam Sejahtera dan selamat datang ke Laman Web Sekolah Menengah Teknik Tawau.

Bersyukur kita kepada Tuhan kerana dapat kita berkomunikasi, dan saya percaya kepada pengunjung yang melayari laman ini akan mendapat sedikit sebanyak informasi berguna mengenai sekolah kami yang merangkumi bidang Pengajian Teknikal dan Vokasional.

           Persaingan yang sihat dalam era teknologi maklumat merupakan satu lagi cabaran besar dan bermakna kepada SMTT kerana dengan cara ini SMTT dapat mempromosikan sekolah melalui Laman Web ini. Bukan setakat itu, malahan dapat menyampaikan maklumat terkini selaras dengan perkembangan sekolah seiring dengan harapan sekolah iaitu ingin melahirkan dan mempersiapkan golongan remaja agar mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu sebelum menempuh alam pekerjaan. Selain memperlihatkan panorama sekolah bersih lagi konduksif sesuai dengan aspirasi Kementerian Pelajaran yang ingin membangunkan sebuah sistem pendidikan berkualiti yang bertaraf dunia.

           Selain itu, laman Web ini juga merupakan sumber dokumentari yang boleh dijadikan panduan kepada pengunjung laman ini termasuk warga SMTT kerana laman ini memaparkan kesungguhan dan daya kreativiti warga pendidik serta staf sokongan pembangunan sekolah dalam satu pasukan yang mantap.

           Saya yakin dan percaya, laman Web ini dapat membantu para pengunjung memperolehi informasi yang diingini. Laman Web ini juga merupakan bukti bahawa SMTT mampu bersaing dalam dunia globalisasi demi memartabatkan sekolah seiring dengan sekolah-sekolah ternama di negara ini.

           Ucapan terima kasih dan syabas kepada warga SMTT atas kesungguhan dan kerjasama yang telah diberikan sehingga laman Web ini berjaya dilancarkan. "Sentiasa Di Hadapan" motto sekolah sememangnya tepat kerana laman Web ini membuktikan bahawa warga SMTT celik IT.

Sekian, terima kasih.