 |
Shan's Memory 2007 - Pendidik Bestari, Pelajar Berdikari.
Kata-kata Aluan Ketua Editor
Sebagai Pembuka kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli sidang redaksi kerana telah berpenat lelah bersama-sama saya dalam usaha menjakan penerbitan majalah Shan's Memory 2007 ini.
Tidak dilupakan juga kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua, Encik Lee Wah Ban, guru-guru dan para pelajar SM Shan Tao yang telah memberi sokongan dan kerjasama yang apadu kepada kami, Kelab Sidang Redaksi.
Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para penaja yang telah menaja dan memberi sumbangan kepada majalah Shan's Memory 2007 ini.
Bagi saya, Shan's Memory merupakan satu simbolik bagi kejayaan - kejayaan yang dicapai oleh warga SM Shan Tao sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Hal ini kerana majalah ini merupakan satu bukti untuk memuatkan pencapaian-pencapaian yang dikecapi dan boleh dibanggakan oleh warga Shan Tao sepanjang tahun 2007.
Ekoran itu, karya-karya kreatif yang terdapat dalam majalah ini membolehkan para pelajar sentiasa menjan idea mereka dan berusaha lebih gigih lagi dalam menghasilkan karya-karya yang bermutu serta berkualiti.
Di sini, saya sekali lagi dengan rendah dirinya dan rasa hormatnya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam penerbitan majalah Shan's Memory ini.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan selamat membaca kepada warga SM Shan Tao dan memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan dan ketidaksempurnaan dalam majalah ini. Semoga warga SM Shan Tao akan terus memberi sokokongan dan dorongan kepada kami agar kualiti majalah Shan's Memory yang seterusnya dapat ditingkatkan sekali gus dapat memberi ilmu dan pengetahuan kepada kita semua.
Sekian, terima kasih.
Frederick Jr Robert Bohuang.
Ketua Editor
|
|
 |
|