Makluman Majils Konvokesyen Pelajar Tingkatan 5 SM Shan Tao



Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Majils Konvokesyen Kali Pertama Pelajar Tingkatan 5 mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 27 Oktober 2007 (Sabtu)
Masa: 12.00 tengahari - 4.00 petang
Tempat: Ballroom 1, Level 1 The Magellan Sutera.

Para pelajar diwajibkan berpakaian formal dan kemas.
Ibu bapa dijemput hadir ke majils ini dengan membayar RM55.00 seorang dan dikehendaki berpakaian sopan. Wang ini perlu diserahkan kepada Bendahari Majils Konvokesyen, Pn Sophia Tan sebelum atau pada 11 Oktober 2007 (Khamis). Pihak sekolah juga memohon jasa baik para ibu bapa supaya tidak mengambil gambar semasa majils sedang berlangsung.

3. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan/puan dalam hal ini amatlah dihargai dan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.





Berkhidmat Untuk Negara
2 Oktober 2007
(c) Sekolah Menengah Shan Tao 2007.