Bekas Pengetua


Rev. Father John Tshung (1963 - 1967)
Rev. Fr. John Tshung dilahirkan pada 17 November 1918 di utara China dan berkunjung ke Sabah pada tahun 20 Ogos 1955, iaitu di Kudat. Beliau boleh dikenali sebagai bapa SM Shan Tao kerana telah menubuhkan SM Shan Tao. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 25 September 1993 kerana kesihatan yang lemah dan kesesakan darah di dalam kakinya.

Rev. Father John Bernard Yong (1967 - 1974)
Rev. Father John Bernard Yong berasal dari GuangDong, China, yang beragama Kristian. Beliau datang ke Sabah dan menerima pendidikan BahasaInggeris di SMK St. Mary, Sandakan. Selepas Tingkatan 5, beliau belajar di Kota Kinabalu, kemudian pergi ke Hong Kong untuk melanjut pelajaran agama di Kolej Hwa Nam. Beliau menamatkan pelajarannya pada tahun 1943. Rev. Father John Barnard Yong telah menyumbangkan nyawanya kepada agama dan pendidikan.

En. S.I. Silva (1975 - 1981)
En. S.I. Silva merupakan pengetua ke-tiga di SM Shan Tao.
Beliau telah bertugas di sekolah ini selama 7 tahun.

En. Chin Tet Foh (1982 - 1986)
En. Chin Tet Foh merupakan pengetua ke-empat di SM Shan Tao.
Beliau telah bertugas di sekolah ini selama 5 tahun.

Pn. Peggy Chan AMN, ADK (1987 - 1998)
Di bawah pimpinan pengetua berwawasan tinggi, iaitu Pn. Peggy Chan telah melengkapi kemudahan-kemudahan sekolah melalui penubuhan pusat sumber tahun 1990. Bilangan buku-buku telah ditambah, alat-alat kelengkapan mengajar seperti radio kaset, televisyen, projector telah ditempatkan di pusat sumber. Sekolah ini dijangka berkemampuan menghadapi cabaran Wawasan 2020. Penambahan sebuah lagi bangunan tlah dilakukan untuk menempatkan bilik guru baru dan beberapa bilik darjah bersebelahan bilik guru lama. Sekarang beliau telah menjadi salah satu pengarang di Sasbadi Sdn. Bhd. Buku "English Grammar - A Malaysian Student Guide" merupakan karya beliau.

En. Lee Wah Ban (1998 - Sekarang)
En. Lee Wah Ban berasal dari negeri Perak. Beliau merupakan seorang pemimpin yang berpandangan tinggi, berdiplomasi, tegas dalam menerajui sekolah SM Shan Tao. Di bawah pimpinan beliau, SM Shan Tao terus membangun baik dari segi kemudahan fizikal mahupun kemajuan pendidikannya.




Laman Utama | Galeri | Forum | Menghubungi Sekolah
(c) 2007 Sekolah Menengah Shan Tao. | Sesuai bagi IE 7.0 dan Flash Player 7 ke atas dengan paparan resolusi 1024 x 768.