Lagu Sekolah
Karya Samuel Tseu 1985



Berdiri megah di bumi Malaysia,
itulah S.M Shan Tao kita;
Betapa harumnya nama didengar,
Indahnya bila dipandang.


Pengetahuan itu kuasa,
Dijadikan tema kita.
Mari kita berpegang kuat padanya,
Demi mencapai kejayaan yang tinggi.


Guru-guru dan murid-murid,
Saling berganding bahu;
Tolong-menolong satu sama lain,
Berkhidmat untuk negara.






 

Negara Ku | Sabah Tanah Air Ku | Jalur Gemilang

 


 
Biodata Samuel Tseu
Samuel Tseu merupakan pelajar SM Shan Tao pada tahun 80-an. Beliau kini perkerjaannya sebagai seorang doktor gigi. Selain daripada pekerjaannya tersebut, Samuel telah lama terlibat dalam bidang teater dan drama. Beliau merupakan salah seorang pengarah bagi 'AHA! A Chinatown Production', sebuah syarikat teater yang ditubuhkan oleh beliau dan rakan-rakannya di Sydnye, Australia. Dalam 'Aspects of Broadway', sebuah persembahan yang mempaparkan lagu-lagu yang digemari 3 orang pemain solo. Persembahan tersebut memenangi anugerah 'Audience's Choice Award for Best Concert' di 'Cameronian Arts Awards 2002.' Beliau juga merupakan seorang ahli yang aktif dalam sebuah kumpulan capella, yang dikenali sebagai 'The Wicked Pitches' Konsert Funkappella (2003) dan Funkappella Strikes Back (2004) memang terkenal dengan sifat riang dan kesenian. Kedua-dua konsert tersebut dinominasi untuk anugerah 'Best Concert' dalam kategori muzik di Cameronian Arts Awards.
 

Laman Utama | Galeri | Forum | Menghubungi Sekolah
(c) 2007 Sekolah Menengah Shan Tao. | Sesuai bagi IE 7.0 dan Flash Player 7 ke atas dengan paparan resolusi 1024 x 768.