VISI

Menjadikan SMK Pulau Gaya Cemerlang Menjelang 2010

MISI
Bertekad Memantapkan Pengurusan Pendidikan Untuk Melahirkan Murid-murid Cemerlang Dalam Bidang Kurikulum Dan Kokurikulum Serta Berakhlak Mulia

- – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – -

SEJARAH

SMK Pulau Gaya ditubuhkan pada 1 Februari 1989 dan operasinya dijalankan secara menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Pulau Gaya yang terletak bersebelahan dengan sekolah ini. Penubuhan sekolah ini adalah atas daya usaha Pengarah Pendidikan Sabah pada masa itu, Datuk Haji Mahpor Baba serta Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan, Datuk Sri Panglima Dr. Haji Hasbullah Haji Mohd Taha bagi menyediakan keperluan pendidikan untuk penduduk di Pulau Gaya dan sekaligus dapat mengurangkan tumpuan pelajar yang berada di Pulau Gaya ke sekolah-sekolah yang berada di pusat bandar Kota Kinabalu.

Pada peringkat awal, sekolah ini hanya mempunyai satu blok dan mengandungi 7 bilik untuk menampung 5 kelas tingkatan satu dan 2 kelas untuk tingkatan 2. Jumlah pelajar pada masa itu ialah 200 orang dengan 9 orang tenaga pengajar. Bangunan sekolah yang mengandungi 7 bilik kelas ini siap sepenuhnya pada September 1989. Mulai dari saat itu, pelajar SMK Pulau Gaya mula menggunakan bangunan sekolah sendiri sehingga sekarang.

Selaras dengan pertambahan bilangan pelajar, pihak Jabatan Pendidikan Sabah telah meluluskan peruntukan untuk membina beberapa buah bangunan baru sebagaimana yang tercatat di jadual di bawah ini. Pada 26 Disember 1996, sekolah ini telah dilanda ribut Greg yang telah memusnahkan sebahagian besar bangunan sekolah ini. Namun begitu atas daya usaha Pengetua pada masa itu, Tuan Haji Mat Yunus Awang bersama Jabatan Pendidikan Sabah telah mendirikan semula kemudahan fizikal sekolah ini.

BANGUNAN BILANGAN DARJAH / BILIK KELAS TAHUN
Blok A 3 Bilik Darjah / 1 Bilik PTS 1989
Blok B 5 Bilik Darjah 1989
Blok C 5 Bilik Darjah / 1 Bengkel 1990
Blok D Bilik Pentadbiran / Bilik Guru 1991
Blok Kantin Kantin / Dewan 1991
Blok E1 1 Bilik Darjah / Pusat Sumber 1996
Blok E2 4 Bilik Darjah 1997
Blok F 2 Bilik Darjah / 2 (Terbuka PIBG) 1998
Blok G 3 Bilik Darjah 1999
Blok H 4 Bilik Darjah 2000

- – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – -

CARTA ORGANISASI

(masih dalam proses pengemaskinian)

- – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – -

LAGU SEKOLAH

Sekolahku Tercinta

Panorama indah ceria
Tersergam sekolahku Pulau Gaya
Mulanya di sini kami bertekad
Menjadi Pelajar cemerlang

Walau ombak ribut membadai
Kami akan tetap harungi
Demi usaha semangat waja
Menuju sekolah cemerlang

SMK Pulau Gaya tercinta
Pencetus minda berwawasan
Bersama menjunjung misi dan visi
Taat setia, berdisiplin, maju

Berkat guru berdedikasi
Memikul tanggungjawab murni
Harapan mencapai cita-cita
Majulah sekolah ku tercinta
Majulah sekolah ku gemilang
Majulah sekolah ku terbilang

Lirik      : En. Jaikin Gondili
Lagu      : En. Paternus Mujamah