Laman Web SMK Perempuan Sandakan adalah salah satu cara untuk
memperkenalkan sekolah dan mendedahkan persekitaran sekolah kepada masyarakat,
ibu bapa penjaga dan warga SMKPS sendiri. Ia juga dapat memupuk minat
pelajar untuk mencari maklumat di dalam Internet dan menggalakkan pelajar
melayari laman web berbentuk maklumat bagi menambahkan pengetahuan. Ini
selaras dengan matlamat negara yang mahukan masyarakat intelek dan mementingkan
budaya ilmu dalam kehidupan.
Masyarakat masa kini telah menyedari ilmu
bukan sahaja boleh diperolehi dengan hanya membaca buku. Dalam era teknologi
yang serba canggih ini, masyarakat memerlukan penyampaian yang lebih
ringkas, tepat dan cepat. Oleh yang demikian, laman web ini dibina untuk
memperkenalkan SMK Perempuan Sandakan kepada masyarakat dalam bentuk
yang lebih ringkas, tepat dan menjimatkan masa. Laman web ini memaparkan
pelbagai maklumat tentang sekolah sejarah penubuhan sekolah, perkembangan
terkini tentang ko-kurikulum dan kurikulum, unit-unit yang terlibat dalam
pentadbiran sekolah, program-program dan aktiviti yang dijalankan di
sekolah serta warga pendidik yang terlibat dalam perkembangan pengajaran
dan pembelajaran pelajar.
Dengan adanya laman web ini, masyarakat akan
dapat mengenali SMKPS manakala pelajar SMKPS sendiri akan mengetahui
dengan lebih dekat lagi tentang sekolah mereka terutama tentang peraturan
sekolah dan perkembangan kurikulum serta ko-kurikulum sekolah . Semua
maklumat ini akan dapat membantu mereka dalam perkembangan intelek, sahsiah
dan fizikal masing-masing bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Negara
yang mahukan masyarakat yang hamonis dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sahsiah. Ibu bapa pula boleh mendapatkan maklumat tentang
program yang dijalankan di sekolah seperti program Al-Bukhary, PANTAS
dan Program Bimbingan Ilmu. Dengan cara ini, mereka dapat memberikan
pendapat dan kerjasama sepenuhnya kepada sekolah dalam mendidik pelajar
ke arah kecemerlangan.
Di harap penghasilan laman web sekolah ini akan
memberikan lebih banyak manfaat kepada individu yang terlibat secara
secara langsung dan tidak langsung dalam pendidikan.