SMK Perempuan Sandakan (SMKPS) telah ditubuhkan pada tahun 1992. Terletak lebih kurang 11 km dari pusat bandar Sandakan, Sabah dan berada di dalam kawasan perumahan Taman Khong Lok, Batu 7, Sandakan.
SMKPS diterajui oleh Puan Poh Siew Boon. Beliau memulakan tugasnya sebagai pengetua pada 6 Oktober 2003. SMKPS telah menerima khidmat tiga orang pengetua sebelum ini, iaitu Tuan Che Ghazali Abd Razak (Disember 1992-Disember 1994), Puan Khatijah Endut (Disember 1994-Disember 1995) dan Puan Munah Hj Nasri (Disember 1995-Oktober 2003).
SMKPS dilengkapi dengan 3 blok bangunan meliputi pejabat pentadbiran, 12 bilik darjah, 3 makmal sains, sebuah makmal komputer, bilik kaunseling dan pusat sumber. Selain itu terdapat juga sebuah kantin, bengkel, surau, rumah pekerja, padang yang berukuran 74 x 73 meter, gelanggang bola keranjang dan gelanggang badminton.
SMKPS mengadakan dua sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu sesi pagi (Isnin-Selasa 6.45am-1.10pm, Rabu-Khamis 6.45am-12.35pm, Jumaat 6.45am-11.25pm) bagi pelajar Tingkatan 3 hingga 5 dan sesi petang (Isnin-Rabu 12.35am-5.50pm, Khamis 11.55am-5.50pm, Jumaat 1.55pm-5.50pm) bagi pelajar Tingkatan 1 dan 2.
Pada tahun ini, SMKPS mempunyai 572 orang pelajar (550 orang pelajar berbangsa Bumiputra/Melayu, 10 orang berbangsa Cina dan baki 12 orang pelajar lagi terdiri dari lain-lain bangsa), 6 orang staf pentadbiran dan 32 orang staf akademik serta 5 orang staf sokongan.
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM baru-baru ini. Dapatkan keputusan penuh peperiksaan SPM dan PMR tahun 2005. Keputusan penuh...
Mulai bulan April, sekolah mula menggunakan smartCard bagi kedatangan staf (pelajar bakal menyusul). Dijangka pertengahan Mei ini, semua warga SMKPS akan menggunakan smartCard bagi urusan peminjaman dan pemulangan buku Pusat Sumber. Dapatkan smartCard dari En.Mohd Nasaruddin Hydr Ali, sekarang..!
PMR
SPM
SMK
Perempuan Sandakan, WDT 84, 90500 Sandakan, Sabah ::smkpss04@streamyx.com:: Tel : 089-667840 :: Faks : 089-673105