|
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||
|
Kandungan: |
SMK BENONI wujud adalah hasil permohonan A]K Keselamatan Kampung Benoni pada tahun 1972 dan dipanjangkan untuk pengetahuan A]K Tindakan Daerah Papar. Walau bagaimanapun, permohonan ini terpaksa ditunda disebabkan oleh beberapa masalah tertentu. Akhirnya, pada 18 April 1988 pihak berkenaan telah meluluskan permohonan tersebut memandangkan bilangan pelajar di daerah Papar kian meningkat. SMK Benoni mula beroperasi pada 18 April 1988, iaitu pada penggal kedua persekolahan dengan diterajui oleh 8 orang guru, termasuk pengetua dan 3 orang kakitangan iaitu seorang kerani sambilan, seorang pembantu makmal dan seorang pekerja am. Bilangan pelajar perintisnya ialah seramai 54 orang yang terdiri daripada 25 orang pelajar lelaki dan 29 orang pelajar perempuan. Mereka merupakan bekas pelajar SK Benoni. Pada penggal pertama persekolahan, pelajar-pelajar ini menumpang di SMK Majakir, Papar. Pada penggal kedua persekolahan mereka berpindah ke bangunan SK Benoni kerana SMK Benoni belum mempunyai bangunan sendiri. Memandangkan situasi bilik darjah tidak sesuai, pada tahun 1989 satu Projek Kilat membina 3 blok bangunan yang mempunyai 4 buah bilik darjah, bilik guru, makmal sains dan pejabat am telah dijalankan. Bangunan inilah merupakan bangunan sementara bagi SMK Benoni. Bangunan baru SMK. Benoni diperuntukan sebanyak RM 8.25 juta. Tapak asal bangunan ini adalah kawasan paya seluas 37 ekar. Nama sekolah ini diambil sempena nama Kampung Benoni kerana ]KKK kampung tersebut mendermakan tanah simpanan kampung sebagai tapak bangunan sekolah. Bangunan baru SMK Benoni terletak di antara Kg. Benoni dan Kg Langkawit dengan jarak kira-kira 7 km dari pekan Papar. Bangunan baru SMK Benoni mula digunakan pada tanggal 6 Februari 1992 dengan menampung seramai 360 orang pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4. Sebahagian besar pelajar-pelajar ini merupakan bekas pelajar SK Benoni, SK Langkawit, SK Our Lady Of Fatimah, SK Kelatuan, SK Daingin, SK Belatik dan beberapa buah sekolah di sekitar daerah Papar. Menjelang tahun 1993, bilangan pelajar di SMK. Benoni kian meningkat sehingga mencapai angka 684 orang pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Bilangan tenaga pengajar juga bertambah iaitu seramai 45 orang. SMK Benoni merupakan satu-satunya sekolah di daerah Papar yang membuka dua aliran iaitu aliran akademik dan agama. Pelajar-pelajar Tingkatan 1 yang mengikuti aliran agama merupakan pelajar yang telah dipilih oleh Unit Pendidikan Islam, JPS dengan mengambil-kira keputusan UPSR mereka. Bermula pada Semester 1 sesi 1993/1994, SMK Benoni telah dibahagikan kepada dua sidang untuk menampung peningkatan bilangan pelajar di daerah Papar. Wujudnya SMK Benoni merupakan satu rahmat kepada penduduk Kg. Benoni dan persekitarannya. Anak-anak watan di kawasan ini secara langsung telah dapat menikmatii kemudahan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan. Bagi penduduk-penduduk Kg. Benoni khasnya, mereka berasa sungguh bertuah dan mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, ]abatan Pendidikan Sabah dan pihak-pihak berkenaan atas keprihatinan mereka terhadap peri pentingnya membina bangunan sekolah ini.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BENONI, PAPAR Moto: SMK Benoni adalah Cergas, Bijak & Bernilai Murni. Visi: SMK Benoni melahirkan anak didik yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab kepada keluarga, masyarakat & negara.Sumber Rujukan: Majalah “ASAS 2002 – Volume 3”, SMK Benoni, Papar Buku Profil SMK Benoni 1995, oleh IAB
|
|||||||||||||||||||||||||||||