KATA-KATA ALUAN

Pengenalan  SMK Benoni, Papar

Kandungan:
Kata-Kata Aluan
Latar Belakang Sekolah
Organisasi Sekolah
Pencapaian Sekolah

Takwim 2005
Peristiwa / Buletin
Album Guru/KTBM
ICT/TMK
Komen/Cadangan
Link/Pautan                  
 

 
 Daripada: Pengetua (Principal) & Penyelaras ICT (ICT Coordinator)
Pengetua  Penyelaras IT/ICT


Daripada:  Pengetua SMK Benoni

  Terlebih dahulu saya sebagai Pengetua mengucapkan syabas dan tahniah kepada AJK Laman Web Rasmi sekolah ini yang diketuai oleh Penyelaras IT/ICT kerana telah dapat menyediakan "Home Page" Sekolah Menengah Kebangsaan Benoni, Papar pada alaf baru ini. Penerbitan Home Page ini sudah pasti dapat memaparkan imej dan kegiatan sekolah serta dapat pula memberi peluang kepada semua guru, pelajar dan pihak-pihak lain berinteraksi secara "on-line" melalui internet. Saya berharap agar semua guru/KTBM dan ibu bapa akan menghubungi kedai Telekom yang berdekatan untuk mendapatkan akaun TMnet dan sebagainya untuk menjayakan konsep on-line antara sekolah dan rumah masing-masing.

  Walau bagaimanapun saya sedar Home Page sekolah ini masih banyak kekurangan dan perlukan pengisian yang lebih mantap dengan persembahan yang kreatif tetapi kerana menghadapi kekurangan masa dan peralatan, AJK terpaksa menyediakannya mengikut kemampuan yang ada. Saya percaya pada masa-masa yang akan datang pengisian Home Page akan terus dikemaskinikan agar selaras dengan matlamat dan objektif ianya disediakan.
 

Sekian, selamat mengenali SMK Benoni menerusi Home Page rasmi sekolah ini.
 

Yang Benar,
 

--------------------
(Pn. Jainah Bt Basir)
Pengetua 2004

 


 Daripada:  Penyelaras IT/ICT


  Syukur Alhamdulillah... kerana sekolah ini telah mempunyai homepage rasminya sendiri. Menerusi homepage ini sudah tentu semua pihak, terutama ibu bapa, pelajar-pelajar dan sesiapa saja dapat mengetahui sekolah ini.

 Sebagai pengenalan, bangunan makmal komputer telah mula dibina di kawasan sekolah ini pada awal tahun 2002 dan proses pembinaannya selesai pada hujung tahun itu juga. Walau bagaimanapun , pihak MIMOS telah menyerahkan peralatan komputer yang lengkap kepada pihak sekolah dengan rasminya pada penghujung tahun 2003. Pada ketika itu, makmal komputer menerima 42 buah komputer client, 1 komputer server dan peralatan lain seperti sekolah-sekolah menengah lain yang tergolong sebagai sekolah "komputer dalam pendidikan".

  Mulai tahun 2004 pihak makmal komputer telah menggunakan sistem rangkaian (LAN network) yang disediakan oleh pihak MIMOS, di mana 42 buah komputer boleh menggunakan perisian pendidikan dan applikasi secara serentak. Perkembangan ini memberi manfaat besar kepada semua pelajar di sekolah ini menggunakan komputer secara lebih mudah. Syarikat MIMOS & KPM telah membantu menjayakan usaha ini. Semua komputer mempunyai keupayaannya sehingga Pentium 4. Pelajar-pelajar berpeluang menggunakan samada perisian dari  server atau hard disk yang sedia ada.

  Semua pelajar dari Tingkatan 1 hingga 6 diberi peluang belajar berbantukan komputer. Pelajar-pelajar masuk ke bilik komputer mengikut jadual yang ditetapkan dan diawasi oleh guru matapelajaran. Selain itu makmal ini juga telah digunakan oleh berbagai pihak seperti PKG, PPD dan selainnya untuk kursus-kursus komputer. Kebanyakan guru di sekolah ini juga telah diberi latihan/pendedahan cara menggunakan komputer dan perisian-perisian terkini.

  Untuk melengkapkan kebolehan guru-guru dan KTBM mengaplikasikan ICT dalam urusan persekolahan dan Pejabat, saya selaku Penyelaras IT/ICT akan berkerjasama dengan pihak Jawatankuasa Makmal Komputer sekolah ini untuk menganjurkan beberapa siri kursus, seperti MS Office dan penggunaan Internet (e-mail & charting). Saya juga bersedia membantu Pejabat Pendidikan Daerah Papar, Bahagian Beaufort & Jabatan Pendidikan Sabah untuk menganjurkan sebarang kursus yang berfaedah dan perlu dikuasai oleh semua guru / KTBM, khususnya penggunaan Internet.

 Pada masa akan datang pihak sekolah akan berusaha menambah lagi bilangan serta meningkatkan lagi keupayaan komputer. Pihak sekolah juga akan memperbaiki serta menambah prasarana di makmal komputer ini agar semua guru/pelajar mendapat faedah maksimum sejajar dengan perkembangan MSC dan sekolah bestari.

Untuk mendapat maklumat terkini mengenai ICT/TMK sekolah ini, silalah ke laman web kami : www.sabah.net.my/smkbenoni.mawit atau www.sabahedu.gov.my

Sekian, terima kasih.

.......................
(Mohd Ali Wong)
B.Ed IT(UNIMAS), KDP14M Komputer(MPG)
Penyelaras IT/ICT 2004
 

Latar Belakang Webmaster
#Sila klik button "No" jika terpapar dialog box "Error"....