PENGUMUMAN ON-LINE

Pengenalan  SMK Benoni, Papar

Kandungan:
Kata-Kata Aluan
Latar Belakang Sekolah
Organisasi Sekolah
Pencapaian Sekolah

Takwim 2004
Peristiwa / Buletin
Album Guru/KTBM
ICT/TMK
Komen/Cadangan
Link/Pautan



Guru KTBM Pelajar/Ibu Bapa Ruangan Umum

Pengumuman Daripada: Pengetua/Penolong Kanan, Kaunselor, Penyelaras IT dan Guru-Guru Secara On-Line. Pengumuman ini akan dikemaskinikan oleh Webmaster setiap Isnin, Rabu & Jumaat (Jika Perlu).

 
Pengumuman Terkini

Tarikh Dimaklumkan

Perkara Tarikh Tamat Catatan
01-April 2004 Majlis "Anugerah Pelajar SMK Benoni" akan diadakan pada 07 April 2004 (Rabu). Surat untuk ibubapa pelajar Tingkatan 1, 2 & 4 sudah dikirim melalui anak-anak masing mulai 31 Mac 2004.   Untuk Penjelasan, sila hubungi Encik Pg. Hj. Abd. Adzim,  Penyelia Petang, SMK  Benoni
01-April-2004 Mesyuarat AJK Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) akan diadakan pada 13hb April 2004 di Makmal Komputer A (1). Guru & Staf sokongan yang terlibat sila bersedia untuk bermesyuarat. Kemukakanlah masalah-masalah yang anda hadapi atau cadangan yang berkaitan dengan perkembangan ICT sekolah ini. Semua masalah/cadangan akan diminitkan dan seterusnya akan dipertimbangkan oleh AJK Pengurusan ICT sekolah.   Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Penyelaras ICT/ Penyelaras Makmal
05-Mei-2004 Kelas Literasi Komputer Aras 1(LK1) untuk pelajar tingkatan 1 & 2 akan dimulakan pada Jun 2004. Semua ibubapa pelajar terlibat diminta menyediakan RM5.00 sebelum 14 Mei 2004 untuk penyediaan Kad Keahlian Kelas Literasi Komputer dan Modul Nota Pembelajaran LK1. Sukatan Literasi Komputer ini adalah merujuk kepada Panduan yang disediakan oleh Unit ICT, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat makluman tentang kelas LK1 ini akan dikirim kepada ibubapa pada minggu hadapan.   Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Penyelaras ICT (Cikgu Mohd. Ali Wong) / Penyelaras Makmal (Cikgu Dg. Jaibah Ibrahim)
       
       
       
Ruangan Guru-Guru

Tarikh Dimaklumkan

Perkara Tarikh Tamat Catatan
22-Feb-2004 Pengurus/Setiausaha kejohanan/pertandingan, majlis umum dan seumpamanya diminta menghantar salinan laporan program berkenaan berserta beberapa gambar yang sesuai/berkaitan kepada Webmaster.

 

Minggu ke-4 bulan Mac 2004 (Selepas seminggu cuti)  
22-Feb-2004 Setiusaha PMR/Penyelaras Analisa Peperiksaan diminta menghantar salinan laporan analisa keputusan PMR 3 tahun (2001,2002 & 2003) kepada Webmaster untuk dipamerkan dalam Home page ini....

 

Minggu ke-2 bulan Mac 2004  
25-Feb-2004

PK  Ko-Kurikulum/Penyelaras  Ko-Kurikulum juga diminta menghantar laporan analisa kemenangan/kejayaan wakil-wakil sekolah dalam pertandingan di peringkat Deerah/ Bahagian/ Negeri/Kebangsaan dalam tempoh 3 tahun (2001, 2002 & 2003) kepada Webmaster untuk dipamerkan di dalam Home page ini...

 

Minggu ke-4 bulan Mac 2004 (Selepas seminggu Cuti)  
12-Mac-2004

Setiusaha SPM/Penyelaras Analisa Peperiksaan diminta menghantar salinan laporan analisa keputusan SPM 3 tahun (2001,2002 & 2003) kepada Webmaster untuk dipamerkan dalam Home page ini....

Minggu ke-4 bulan Mac 2004 (Selepas seminggu Cuti)  

Ruangan Kakitangan Bukan Mengajar (Staf Sokongan)

Tarikh Dimaklumkan

Perkara Tarikh Tamat Catatan
       
       
       
       
       

Ruangan Pelajar & Ibu Bapa

Tarikh Dimaklumkan

Perkara Tarikh Tamat Makluman Catatan
26-Feb-2004 Seminar "Kefahaman Pengurusan Sekolah untuk Ibu Bapa/Penjaga Pelajar" anjuran SMK Benoni & Biro Tatanegara JPM pada: 28 Feb 2004 (Sabtu), 7.00 pagi-1.20 petang di SMK Benoni.   Untuk Penjelasan, sila hubungi Encik Ag. Sani Anong, PK KOKUM SMK Benoni
01-April 2004 Majlis "Anugerah Pelajar SMK Benoni" akan diadakan pada 07 April 2004 (Rabu). Surat untuk ibubapa pelajar Tingkatan 1, 2 & 4 sudah dikirim melalui anak-anak masing.   Untuk Penjelasan, sila hubungi Encik Pg. Hj. Abd. Adzim,  Penyelia Petang, SMK  Benoni
       
       
       

Ruangan UMUM

Tarikh Dimaklumkan

Perkara Tarikh Tamat Catatan
22-Feb-2004 1. Sila daftarkan email anda kepada Pn. Jaibah Ibrahim (Petang) / Cik Khairany Azib(Pagi)  jika anda mempunyai email. 28-Feb-2004 Kepada yang belum mempunyai email, AJK Laman Web Sekolah akan menyediakannya.

(Sudah diterima oleh Webmaster : 01-Mac-20004)

26-Feb-2004 Guru-guru/KTBM yang belum ada photo dalam Album Guru/KTBM dan belum tersenarai dalam Laman Web Rasmi ini, sila berjumpa dengan Webmaster SMK Benoni atau pun mengirimkannya melalui E-mail. 05-Mac-2004 Terima kasih atas perhatian/kerjasama anda yang ......
       
       
       
       

Please Click Webmaster2004 For Send Your E-mail. TQ..