S.M.K. BADINCEMERLANG 2009SENARAI PERSATUAN
PELAJAR TERBAIK
PMR, SPM & STPM
SENARAI UNIT BERUNIFORM
GALLERY
KAWASAN SEKOLAH
SENARAI KELAB
GALLERY 
WARGA BADIN
TAKWIm
KARYA 
WARGA BADIN
WEB TEAM
SENARAI KELAS
HOME
SEJARAH SEKOLAH

 

 

Nama sekolah ini diambil sempena nama seorang tokoh yang

bernama Orang Kaya Kaya Badin (Gambar di kiri). Tokoh ini dikatakan

telah banyak berjasa kepada penduduk sekitar Tuaran.

 

Asasnya Sekolah Menengah Kebangsaan Badin, Tuaran telah wujud semenjak tahun 1967. Namun pada masa tersebut sekolah ini dikenali sebagai Government Junior Secondary School, Tuaran. Sekolah ini beroperasi dan menumpang di bangunan sekolah Rendah Pekan Tuaran. Pada waktu itu sekolah ini hanya mempunyai pelajar seramai 47 orang manakala tenaga pengajarnya seramai 9 orang. Menurut catatan sejarah, pengetua pertama sekolah ini ialah En. Prancis Airon. Menjelang tahun 1973 selaras dengan pertambahan bilangan pelajar maka bangunan Sekolah Kebangsaan Chen Sin yang berhadapan dengan Sekolah Rendah Kebangsaan Pekan Tuaran terpaksa dipinjamkan bagi menenpatkan pelajar tingkatan satu dan kelas peralihan.

Pada tahun 1974 tapak bangunan tetap Sekolah Menengah Badin siap dibina, atas keperihatian pihak kerajaan terhadap kepentingan pelajar kaum bumiputera. Perbelanjaan pembinaan bangunan S.M.K. Badin telah menelan belanja sebanyak RM1.5juta. Blok-blok bangunan yang telah siap dibina adalah 2 buah bangunan Asrama, (blok bangunan lelaki dan perempuan), bangunan Sri Malinja, bangunan Sri Andalas dan bangunan yang menempatkan koperasi dan kantin sekolah.

 

Pada awal pembukaan sekolah ini, bilangan pelajar telah bertambah melebihi seribu orang. Daripada jumlah tersebut sebanyak 90% terdiri dari kaum bumiputera. Manakala tenaga pengajarnya adalah seramai 40 orang. Tingkatan-tingkatan yang ditawarkan di sekolah ini adalah tingkatan satu hingga tngkatan lima.

 

Tahun demi tahun bangunan telah bertambah bagi menampung sejumlah pelajar yang kian meningkat. Maka pada tahun 1985, dua buah bangunan telah dibina iaitu Sri Wangi dan Bangunan Kilat. Walau bagaimanapun, bangunan Sri Wangi hanya dapat berfungsi sepenuhnya pada tahun 1987. Pada masa tersebut, sekolah ini telah mula mengadakan dua sesi persekolahan. Sesi persekolahan pagi adalah terdiri daripada tingkatan 3, 4, dan tingkatan 5. Manakala sesi petang pula melibatkan pelajar tingkatan 1 dan 2. Bilanagan tenaga mengajar adalah seramai 60 orang.

 

Pada tahun 1997, satu lagi perubahan yang dilakukan di sekolah ini ialah kelas tingkatan 6 telah dibuka, dan menyebabkan kelas tungkatan 3 telah dipindahkan ke sesi petang. Ini bermakna kelas sesi pagi terdiri daripada tingkatan 4, 5, 6 bawah dan 6 atas. Manakala sidang petang terdiri daripada tingkatan 1, 2 dan 3.

 

Terdapt banyak perubahan yang berlaku pada tahun 2003 sehingga tahun 2006. Yang pertama ialah pembinaan Anjung Gemilang, makmal komputer, ruang legar dan surau. Bangunan Kilat pula telah dirobohkan. Di S.M.K. Badin terdapat 33 buah taman. Antaranya ialah taman Orkid, taman 3k, taman Patriotik, taman Kasih Resos, taman Sains dan taman Minda LK.

 

Sehingga kini sekolah ini mempunyai lebih kurang 2050 pelajar dan 110 orang tenaga pengajar.

SEJARAH S.M.K. BADINMISI & VISI
SENARAI GURU
CARTA ORGANISASI
LENCANA & BENDERA
LAGU SEKOLAH

NO. TELEFON & FAKS: 088-788357 ALAMAT: Sek. Men. Keb. Badin, Peti Surat 149, 89208 Tuaran, Sabah.

 

Hakcipta Terpelihara S.M.K. Badin, Tuaran 2007

GALLERY 
aktiviti 
dan
KEJAYAAN sekolah