MUTIARA KATA
Hidup ini adalah perjuangan. Berjuang bermakna mengatasi kesukaran. Hidup yang berjaya ialah apabila kita berjaya mengatasi kesukaran-kesukaran yang dihadapi..


RUANGAN  BIMBINGAN DAN KAUNSELING



MENU :

A)   PENDAHULUAN
B)   TUGAS-TUGAS GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
C)   SUSUNAN POLA ORGANISASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN
       KAUNSELING DI MALAYSIA



 
PENDAHULUAN
       Kementerian Pelajaran Malaysia (1984) telah mengariskan prinsip-prinsip bimbingan dan kaunseling yang sesuai digunakan di Malaysia seperti berikut:-

1. Bimbingan dan kaunseling adalah proses pendidikan. Ia juga merupakan proses yang dirancang dan berterusan.

2. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk semua penuntut. Setiap penuntut mempunyai peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakangnya dan tanpa mengira kaum, agama atau kepercayaan.

3. Penuntut mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila perlu.

4.Bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayani keperluan-keperluan penuntut bagi perkembangan potensi-potensi dan kebolehanya.

5.Bimbingan dan kaunseling adalah untuk menolong penuntut memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih dan merancang hidupnya dengan berkesan.

6. Bimbingan dan kaunseling adalah berorientasikan masa depan dan sekarang.

7.Bimbingan dan kaunseling menolong individu menyedari kelemahan-kelemahannya dan memberi fokus kepada kekuatan-kekuatannya,

8.Pembentukan individu dipengaruhi oleh keseluruhan pengalaman.

9.Bimbingan dan kaunseling adalah pengetahuan dan kesepaduan psikofizikal penuntut. Ini bermakna kesepaduan di antara perasaan, sikap, akal dan rohani.

10.Bimbingan dan kaunseling hendaklah dijalankan berdasarkan etika kaunseling yang baik. Mematuhi etika adalah untuk tujuan memelihara kebajikan supaya ia tidak dianiya oleh yang menolongnya.



 
 
TUGAS-TUGAS GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Kementerian Pendidikan Malaysia (1984) telah membahagikan tugas-tugas guru bimbingan dan kaunseling iaitu guru yang terlatih dalam bidang ini kepada sepuluh jenis khidmat utama iaitu:

1. khidmat inventori dan rekod,
2. khidmat memberimaklumat,
3. khidmat bimbingan kelompok,
4. khidmat kaunseling,
5. khidmat penempatan,
6. khidmat mencegah penyalahgunaan dadah,
7. khidmat rundingan dan rujukan,
8. khidmat penyebaran dan resos,
9. khidmat konferens dengan ibu bapa,
10. khidmat penilaian.



 
SUSUNAN POLA ORGANISASI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI MALAYSIA
 

 
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN
PENGARAH BAHAGIAN SEKOLAH-SEKOLAH

 
KETUA PENGARAH UNIT BIM. & KG    (PERSEKUTUAN)

 
KETUA PENOLONG PENGARAH HAL-EHWAL PELAJAR
(NEGERI)

 
BAHAGIAN HAL-EHWAL PELAJAR
(DAERAH)
PENOLONG KANAN 2
HAL-EHWAL PELAJAR
(SEKOLAH)

[ke menu utama]