SEJARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH
MUKA UTAMA

         [ Klik ke Menu ]


 Pusat sumber S.M.K. Putatan terletak di Blok A (Tingkat atas) iaitu terdiri daripada Perpustakaan sumber dan Bilik Bahan Pandang Dengar. (Bilik Tayang).

 Pusat Sumber ini merupakan lanjutan kepada perpustakaan tradisional. Oleh itu bahan-bahannya meliputi buku-buku  dan juga bahan bukan buku. Bahan bukan buku termasuk software dan hardware.

 Dalam pengurusan bahan, Sistem Pengelasan Dewey digunakan untuk pengklasan bahan buku dan bahan buka buku.
 Pusat Sumber Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1983 sebagai Perpustakaan sumber  sahaja. Beberapa tahun kemudian, wujudlah Bahagian Bahan Pandang Dengar , maka terbentuklah Pusat Sumber sekolah. Tetapi pada awalnya , Bahagian Bahan Pandang Dengar jarang sekali digunakan. Pada awal tahun 1988, satu bilik dikhaskan untuk BPD , maka sejak itu penggunaan pusat sumber berjalan  berterusan.

 Pada bulan Julai 1988, Pusat Sumber S.M.K. Putatan ini telah dipilih sebagai ‘Projek Pusat Sumber Sekolah menengah’.

 Pegawai-pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan sentiasa memberi banyak dorongan dan tunjuk ajar. Mereka juga bantu dari segi material yang diperlukan untuk Pusat Sumber ini.

 

[ Kembali ke Sub-menu Pusat Sumber Sekolah (PSS) ]

 


MUKA
UTAMA

- Dari Meja Pengetua 2011 - Pentadbiran - Latar belakang - e-Terbitan - Gambar - Peristiwa / Aktiviti - Apa Yang Terbaru? -
- Sudut P.I.B.G. - Bimbingan & Kaunseling - Ko-KurikulumPusat Sumber - Sudut Guru - Sudut Hasil Karya -
- Muatturun - Koleksi Soalan - Buku Pelawat - Pautan Menarik - Siapa Kami? - 'Our Ex-students' -

Gunakan paparan bersaiz 800 x 600 pixel dan berwarna 16 bit
SMK Putatan, Penampang, Sabah
Sejak Julai 2000.
hubungi Cikgu Samatra Yahya - Ketua Penyelenggara [ smkputatanb@yahoo.com ] untuk sebarang komen atau permasalahan.
Kali terakhir muka surat ini dikemaskini : 03-02-2011 15:46:05