|
Program NILAM (Nadi Ilamu Amalan Membaca) merupakan satu pendekatan untuk mengatasi
masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan warga sekolah.
Matlamat utama Program NILAM adalah membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan
pelajar.
Tiga elemen Program NILAM
- Setiap pelajar merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Membaca NILAM.
- Guru mengesahkan rekod bacaan pelajar.
- Pengiktirafan diberi kepada pelajar berdasarkan bilangan buku yang dibaca.
Program NILAM di SMK Putatan bermula pada penghujung bulan Februari dengan penglibatan
600 pelajar Tingkatan Satu, Dua dan Peralihan. Setiap pelajar dibekalkan dengan buku rekod
membaca dan kad ahli Pusat Sumber 1.
Jadual masuk ke Pusat Sumber disediakan mengikut mata pelajaran Bahasa Melayu dan
Inggeris. Pelajar dibenarkan meminjam dua naskah buku setiap kali mereka ke perpustakaan,
termasuk waktu rehat dan waktu tengah hari sebelum loceng masuk dibunyikan.
Waktu membaca untuk SEMAI ditetapkan pada sepuluh minit sebelum loceng akhir dibunyikan -
5.45 hingga 5.55 petang setiap hari. Guru yang mengajar dalam kelas ditugaskan untuk
menanda dalam fail NILAM kelas sama ada pelajar membaca atau tidak.
Masalah yang menghalang program berjalan dengan lancar termasuk
- kegurangan buku, (pada tahun 2000 koleksi bahan bacaan berjumlah 17,000 termasuk buku
rujukkan/ ulangkaji dan sekolah mempunyai 2000 pelajar);
- kelas yang ada pelajaran di luar bilik darjah -- PJK, bengkel, makmal -- tidak
membawa buku bacaan atau tidak ada guru pengawas.
|