PIAGAM SEKOLAH
MUKA UTAMA

         [ Klik ke Menu ]


Klik di sini untuk lompat terus ke:
[ Pendidik ] [ Pelajar ] [ Ibu bapa dan Penjaga ]

Pendidik

Kami berikrar akan :
1.  Mengamalkan stail pengurusan dan kepimpinan yang cemerlang dengan  memastikan semua staf sekolah ini mengurus kerja dengan dedikasi, bertanggungjawab, berdisiplin, dinamik, komited dengan cekap, pantas dan bijaksana.
2.  Berusaha memberikan pendidikan terbaik melalui penghayatan budaya ilmu.
3.  Memantapkan  budaya cemerlang dalam semua bidang pendidikan baik melalui akademik atau ko-kurikulum.
4.  Mengamalkan perkhidmatan penyayang dan membentuk sekolah berbudaya penyayang.
5.  Memantapkan unsur perpaduan dan permuafakatan dengan pihak ibubapa dan  masyarakat serta menjalin hubungan yang harmonis demi kebaikan bersama.
6.  Sentiasa berusaha mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan  di samping persekitaran yang bersih ,indah dan kondusif.
7.  Berusaha meningkatkan kegemilangan dan menjaga martabat profesion keguruan.

Pelajar

Kami berikrar akan :
1.      Sentiasa berusaha menjaga nama baik SMK Putatan dan meningkatkan imej dan maruah SMK Putatan hingga disegani dan dikagumi di persada pendidik peringkat negeri Sabah mahupun di peringkat kebangsaan.
2.
      Berusaha gigih , berikhtiar dan bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik mahupun kegiatan ko-kurikulum demi menjulang dan mengharumkan nama baik sekolah di peringkat daerah, bahagian, negeri atau peringkat kebangsaan.
3.
      Berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan dan mempamerkan akhlak dan moral yang tinggi seterusnya menjadi insan yang kamil selaras dengan Falsafah Pedidikan Negara (FPN).
4.
      Sentiasa patuh , taat dan mengamalkan budaya kasih-mengasihi, hormat-menghormati,beradab dan bersopan santun terhadap rakan-rakan kami, ahli masyarakat, ibu/bapa dan khasnya kepada guru-guru kami.
5.
      Sentiasa berusaha mengamalkan budaya bersaing, kreatif dan berketrampilan kearah kecemerlangan dan mencapai visi dan misi wawasan 2020.

Ibu bapa dan Penjaga

Kami berikrar akan :
1. Memberi kerjasama dan sokongan penuh kepada kepimpinan dan pengurusan sekolah serta seluruh warga pendidik yang diamanahkan untuk menajukan anak-anak kami, sebagaimana terkandung dalam piagam pendidik SMKP.
2. Sentiasa melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
3. Sentiasa prihatin dan mengambil berat hal-hal pembelajaran dan persekolahan anak-anak kami sama ada di rumah atau di sekolah.
4. Sentiasa berikan kerjasama dan sokongan sepenuhnya kepada setiap tindakan dan keputusan pihak sekolah di dalam menangani masalah disiplin anak-anak kami.
5. Sentiasa memastikan anak-anak kami hadir ke sekolah pada setiap hari persekolahan.
6. Sentiasa berusaha sedaya-upaya membantu pihak sekolah melengkapkan prasarana pembelajaran agar anak-anak kami dapat belajar dalam suasana selesa dan berkesan /efektif.

 

Sumber : Slaid Powerpoint "Profil Sekolah 2006-2007:SMK Putatan"
disediakan oleh Cikgu Dympna,
dibantu oleh Cikgu Norsiah, Cikgu Rithuwan, Cikgu Albert
dan pentadbir


MUKA
UTAMA

- Dari Meja Pengetua 2011 - Pentadbiran - Latar belakang - e-Terbitan - Gambar - Peristiwa / Aktiviti - Apa Yang Terbaru? -
- Sudut P.I.B.G. - Bimbingan & Kaunseling - Ko-KurikulumPusat Sumber - Sudut Guru - Sudut Hasil Karya -
- Muatturun - Koleksi Soalan - Buku Pelawat - Pautan Menarik - Siapa Kami? - 'Our Ex-students' -

Gunakan paparan bersaiz 800 x 600 pixel dan berwarna 16 bit
SMK Putatan, Penampang, Sabah
Sejak Julai 2000.
hubungi Cikgu Samatra Yahya - Ketua Penyelenggara [ smkputatanb@yahoo.com ] untuk sebarang komen atau permasalahan.
Kali terakhir muka surat ini dikemaskini : 03-02-2011 15:46:05