RENTETAN PERISTIWA (TAHUN 2001)
MUKA UTAMA

         [ Klik ke Menu ]


TARIKH           PERISTIWA PENTING
6 OGOS 2001 Majlis Penutupan KEMPEN BULAN KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN DIRI telah dirasmikan oleh Pengetua, Puan Wan Noriah Wan Musa. 
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kempen ini, terutamanya pelajar-pelajar yang memperolehi kebaikan daripada kempen ini. Teruskan dengan perawakan anda yang terpuji ini, berpakaian kemas dan tampan/cantik. 

Pada masa yang sama, tarikh ini menandakan bermulanya BULAN MERDEKA peringkat SMKP. Ia dikelola dan dianjurkan oleh Panitia Sejarah. Pelbagai aktiviti dianjurkan untuk membawa semua warga SMKP menghayati makna kemerdekaan dan kenikmatannya yang dikecapi kini. 

   
2 JULAI 2001 KEMPEN BULAN KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN DIRI telah dilancarkan oleh Pengetua, Puan Wan Noriah Wan Musa. Bulan Julai teIah dipilih untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengamalkan kekemasan diri dan menjaga kebersihan diri yang lebih baik. 
13 JAN 2001 Perjumpaan dan mesyuarat agung persatuan-persatuan bela diri diadakan.
11 JAN 2001 Hari ko-kurikulum pertama di sesi 2001. Setiap hari khamis antara pukul 7:00 pagi sehingga 8:00 pagi, semua kelab dan persatuan akademik menjalankan aktiviti masing-masing di tempat yang telah ditetapkan. Mesyuarat agung unit-unit beruniform diadakan mulai 12:00 tengah hari. Mulai 12:30 tengah hari mesyuarat guru-guru mengenai Hari Merentas Desa diadakan.
10 JAN 2001 Mesyuarat Agung persatuan sukan permainan diadakan mulai 12:00 tengah hari.
9 JAN 2001 Mesyuarat Agung kelab-kelab dan persatuan-persatuan akademik diadakan mulai 12:00 tengah hari.
8 JAN 2001 Pendaftaran pelajar-pelajar Tingkatan Empat dimulakan secara rasminya. Pelajar-pelajar dikehendaki mendaftarkan diri mengikut pakej yang ditawarkan oleh sekolah dan sesuai dengan pencapaian PMR mereka. Mesyuarat Agung rumah-rumah sukan diadakan mulai 12:00 tengah hari.
6 JAN 2001 Mesyuarat guru-guru pertama bagi sesi 2001 bermula 8:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari. Selepas mesyuarat, guru-guru dijemput ke rumah Pn. Masniah Tarah untuk majlis rumah terbuka bersempena Hari Raya Aidil Fitri.
3 JAN 2001 Sesi persekolahan Tahun 2001 bermula.

ARKIB - Laporan Peristiwa Tahun 2000 di sini

 

 

MUKA
UTAMA

- Dari Meja Pengetua 2011 - Pentadbiran - Latar belakang - e-Terbitan - Gambar - Peristiwa / Aktiviti - Apa Yang Terbaru? -
- Sudut P.I.B.G. - Bimbingan & Kaunseling - Ko-KurikulumPusat Sumber - Sudut Guru - Sudut Hasil Karya -
- Muatturun - Koleksi Soalan - Buku Pelawat - Pautan Menarik - Siapa Kami? - 'Our Ex-students' -

Gunakan paparan bersaiz 800 x 600 pixel dan berwarna 16 bit
SMK Putatan, Penampang, Sabah
Sejak Julai 2000.
hubungi Cikgu Samatra Yahya - Ketua Penyelenggara [ smkputatanb@yahoo.com ] untuk sebarang komen atau permasalahan.
Kali terakhir muka surat ini dikemaskini : 03-02-2011 15:46:05