RENTETAN PERISTIWA (TAHUN 2000)
MUKA UTAMA

         [ Klik ke Menu ]


Kembali ke muka utama Peristiwa

TARIKH           PERISTIWA PENTING (SESI PERSEKOLAHAN 2000)
3 NOV 2000 Mesyuarat guru-guru telah di adakan bermula 8:00 pagi. Seperti diharapkan oleh Pengetua selaku ketua jabatan bagi sekolah ini, kami guru-guru yang terlibat di dalam penyediaan, perancangan dan pelaksanaan lamanweb ini akan berusaha memperkayakan lagi isi kandungan lamanweb ini, insyaAllah.
2 NOV 2000 Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) telah berakhir hari ini. Debaran PMR di kepala anak-anak didik SMK Putatan akhirnya berhenti buat seketika. Dua tahun kemudian, debaran terpenting menyusul pula iaitu SPM. Oleh itu dinasihatkan, pelajar-pelajar Tingkatan Tiga tahun ini tidak leka dengan masa 'rehat' yang panjang ini. Gunakanlah untuk merancang hala tuju dan cita-cita yang ingin dicapai. Esok pula, mesyuarat guru-guru akan diadakan bermula 7:30 pagi. Diminta semua guru SMK Putatan hadir dalam mesyuarat tersebut.
29 OKT 2000 Esok (30/10/2000), Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) bermula hari ini. Kepada semua pelajar Tingkatan Tiga, diucapkan selamat menduduki peperiksaan tersebut.
2 OKT 2000 Peperiksaan Percubaan SPM (2) dan Percubaan PMR (2) bermula hari ini. Kepada semua pelajar Tingkatan Lima dan Tingkatan Tiga, diucapkan selamat menduduki peperiksaan tersebut. Jangan lupa peperiksaan sebenar yang bakal menyusul tidak lama lagi.
22 SEP 2000 Satu sesi taklimat/perjumpaan sekolah-ibubapa telah diadakan di Dewan Makan Asrama SMK Putatan bersempena dengan hari menerima Kad Laporan Prestasi Pelajar Tingkatan Tiga dan Tingkatan Lima. Antara yang turut hadir di dalam taklimat/perjumpaan tersebut ialah En. Supoh Marto, Yang Dipertua PIBG SMK Putatan. Majlis taklimat/perjumpaan tersebut bermula pada pukul 10:00 pagi dan berakhir pada pukul 11:35 pagi. Ia kemudian disusuli dengan jamuan ringan untuk semua hadirin.
11 SEP 2000 Sesi persekolahan bermula setelah bercuti selama seminggu.
22 OGOS 2000 Ujian Bulanan Ke-3 (Ogos) akan diduduki oleh semua pelajar Tingkatan Empat.
19 OGOS 2000 Gotong royong di sekitar sekolah, SMK Putatan, anjuran PIBG dan SMK Putatan. Upacara pelancaran akan disempurnakan oleh Y.B. Hj. Yahya Hussin.
17 OGOS 2000 Peperiksaan Percubaan SPM (1) 2000 bermula.
12 OGOS 2000 Mesyuarat AJK Tertinggi PIBG SMK Putatan Ke-2 diadakan.
29 JULAI 2000 Mesyuarat Agung PIBG SMK Putatan kali ke-24. Antara agenda mesyuarat ialah pengesahan minit mesyuarat yang terdahulu dan pemilihan ahli jawatankuasa tertinggi yang baru.

 


MUKA
UTAMA

- Dari Meja Pengetua 2011 - Pentadbiran - Latar belakang - e-Terbitan - Gambar - Peristiwa / Aktiviti - Apa Yang Terbaru? -
- Sudut P.I.B.G. - Bimbingan & Kaunseling - Ko-KurikulumPusat Sumber - Sudut Guru - Sudut Hasil Karya -
- Muatturun - Koleksi Soalan - Buku Pelawat - Pautan Menarik - Siapa Kami? - 'Our Ex-students' -

Gunakan paparan bersaiz 800 x 600 pixel dan berwarna 16 bit
SMK Putatan, Penampang, Sabah
Sejak Julai 2000.
hubungi Cikgu Samatra Yahya - Ketua Penyelenggara [ smkputatanb@yahoo.com ] untuk sebarang komen atau permasalahan.
Kali terakhir muka surat ini dikemaskini : 03-02-2011 15:46:05