Nama Dokumen |
Keterangan /
Fungsi |
Daripada Siapa |
Kepada Siapa |
Catatan / Nota
Tambahan |
| A. DOKUMEN
PERNIAGAAN |
|
1. Inden
|
- Inden ialah pesanan daripada pengimport di luar negeri.
- Inden menyatakan jenis dan kuantiti barang yang hendak dipesan, anggaran harga, cara
pembungkusan, tarikh serahan, dan lain-lain syarat pesanan.
- Inden terdiri daripada:
i. Inden Terbuka :
tidak menetapkan dari mana pengeluar barang-barang hendak dipesan.
ii. Inden Tertutup :
menetapkan dari mana pengeluar barang-barang hendak dipesan.
|
Pengimport |
Pengeksport |
Disediakan
oleh pengimport dan disampaikan kepada pengeksport melalui ejen. |
|
2. Invois Eksport
(Invois Perdagangan)
|
- Ia menyerupai invois yang digunakan dalam perniagaan tempatan
- Ia adalah dokumen yang memberi butir-butir secara terperinci tentang barang-barang yang
dieksport - jenis, berat, kuantiti, harga, premium insurans, dan tambang.
- 3 salinan diperlukan:
i. 1 dihantar kepada pengimport sebaik barang dikirim
ii. 1 disimpan oleh pengeksport untuk rujukan.
iii. 1 disertakan degan bil muatan.
|
Pengeksport |
Pengimport |
|
|
3. Invois Konsular
|
- Invois perlu disahkan oleh kedutaan negara pengimport sebelum barang-barang yang
dinyatakan dalam invois itu dibenarkan diimport ke negara itu.
- Ia dikirim kepada pengimport.
- Diperlukan oleh negara-negara yang mengenakan duti import dengan kaedah ad valorem.
|
pengeksport |
pengimport |
Contoh:
Pengeksport Malaysia hendak mengeksport barang-barang ke Itali. Dia perlu mengisikan
invois yang disahkan oleh kedutaan Itali sebelum barang-barang itu dibenarkan dieksport. Duti
import akan ditaksir oleh pihak kastam Itali berdasarkan invois konsul itu.
Tujuannya ialah untuk mengelakkan sebarang aktiviti lari dari bayaran duti. |
|
4. Resit
|
- dokumen yang mengesahkan bahawa hutang telah dibayar.
- Seperti resit biasa yang digunakan dalam perniagaan dalam negeri.
|
Pengeksport
/ penjual |
Pengimport
/ pembeli |
|
| B.
DOKUMEN PENGANGKUTAN |
|
1. Bil Muatan
|
- Bil ini digunakan apabila barang-barang diangkut dengan kapal.
- Bil muatan ialah dokumen hak milik.
- Pengimport tidak dapat menuntut barang-barang import tanpa dokumen ini.
- Ia menjadi bukti kontrak untuk mengangkut barang-barang dengan kapal ke pelabuhan yang
dituju.
- Ia merupakan satu pengangkutan penerimaan barang-barang dan dapat melindungi syarikat
perkapalan daripada pelbagai tuntutan kerugian yang bukan disebabkan oleh kecuaian dan
kesalahannya kerana tiap-tiap barang yang pecah dan rosak direkod dalam bil muatan.
- Terdapat 2 jenis:
i. Bil Bersih - tiada catatan kerosakan.
ii. Bil Kotor - kerosakan barang dicatat.
- Bil muatan boleh dicagarkan untuk mendapat pinjaman.
- Ia juga bertindak sebagai nota makluman yang memberi maklumat kepada pihak kastam
tentang butir-butir barang yang dieksport dan diimport.
|
Dikeluarkan
oleh syarikat perkapalan Pengeksport |
Pengimport |
Terpenting
sekali dalam perniagaan antarabangsa. Disedia dalam 5 salinan dan ditandatangani oleh
nakhoda kapal semasa barang-barang di bawa masuk ke kapal:
1 - nakhoda
1 - syarikat perkapalan
1 - pengeksport
2 - pengimport, dihantar berasingan melalui mel oleh pengeksport. |
|
2. Bil Udara
(Airway Bill)
|
- Digunakan apabila barang-barang diangkut dengan kapal terbang.
- Merupakan nota kiriman yang dikeluarkan konsainor (syarikat penerbangan) kepada konsaini
(pengirim).
- Merupakan akuan penerimaan barang-barang.
- Bukti kontrak untuk mengangkut barang-barang ke destinasi tertentu.
- Bukan dokumen hak milik terhadap barang, maka tidak boleh dipindah milik secara
endorsan.
- Tidak boleh digunakan sebagai cagaran kepada bank.
|
Konsainor
(syarikat penerbangan) |
Konsaini
(pengirim) |
Bil udara
dikirim bersama-sama barang-barang yang dikirim dan mesti ditandatangani oleh penerima
setelah barang-barang diserahkan kepadanya. |
|
3. Nota Perkapalan
|
- Ia dihantar oleh syarikat perkapalan kepada pihak lembaga pelabuhan yang menerima
barang-barang untuk dihantar, memintanya memuatkan barang-barang ke dalam kapal yang
dinamakan.
- Nota ini menyatakan secara terperinci:
i. bilangan peti barangan yang dihantar,
ii. kandungan setiap peti,
iii. labelnya,
iv. nilai barang-barang, dan
v. nama kapal yang akan membawa barang-barang itu.
|
Syarikat
Perkapalan |
Lembaga
pelabuhan |
|
|
4. Pemberitahu Panggil Datang
(Notis Pemberitahu Dahulu)
|
- Memberitahu tarikh barangan mesti sampai ke pelabuhan untuk dimuatkan ke dalam kapal.
- Ia menyebut perkara-perkara:
i. tarikh kapal akan belayar
ii. nama kapal
iii. tempat pemunggahan barangan
|
Syarikat
Perkapalan |
Pengeksport |
Jika
barangan tidak sampai ke pelabuhan pada tarikh yang ditetapkan, maka kapal akan belayar
dengan tidak membawa barang-barang itu. |
|
5. Resit Pemilik Dermaga
(Warfinger's Receipt)
|
- Resit ini dikeluarkan apabila barang-barang sampai untuk dipunggah ke kapal.
- Ia sebagai bukti penerimaan barang-barang di dermaga untuk dimuatkan ke dalam kapal.
|
|
|
Apabila
barang-barang dihantar ke dermaga untuk dimuatkan ke dalam kapal, resit pemilik dermaga
dikeluarkan. |
|
6. Nota Berat
|
- Digunakan sebagai asas pengiraan tambang oleh syarikat perkapalan.
- Berat dan ukuran barangan akan direkod dalam nota ini.
- Ia boleh digunakan sebagai bukti bahawa barang-barang telah selamat dihantar ke
pelabuhan.
|
|
|
Di
pelabuhan, barangan yang dikirim akan ditimbang. Setelah itu, nota ini akan dikeluarkan. |
|
7. Resit Nakhoda
|
- Ia dikeluarkan apabila barang-barang dipindah ke dalam tongkang atau bot kecil sebelum
dimuatkan ke dalam kapal.
- Dikeluar dan ditandatangani oleh nakhoda kapal
- Ia sebagai akuan atau bukti penerimaan barang.
- Ia akan ditukarkan dengan bil muatan.
|
Nakhoda
tongkang atau bot kecil |
|
Bot-bot
kecil atau tongkang |
|
8. Nota Konsainan
(Nota Kiriman)
|
- Digunakan apabila barang-barang import atau eksport diangkut oleh agensi pengangkutan
seperti syarikat pengangkutan kereta api ataupun syarikat pengangkutan lori.
- Kontrak pengiriman antara pengeksport dengan agensi pengangkutan.
- Ia bukan dokumen hak milik dan bukan alat boleh niaga.
|
Agensi atau
syarikat pengangkutan |
Pengeksport |
Bil udara
adalah contoh nota konsainan. |
| C.
DOKUMEN INSURANS |
|
1. Polisi Insurans Perkapalan
|
- Barangan boleh diinsuranskan oleh pengeksport atau pengimport.
- Polisi insurans adalah penting kepada pengimport yang ingin memohon pinjaman bank.
- Ini kerana pihak bank tidak sanggup memberi pinjaman semata-mata dengan bercagarkan bil
muatan tanpa barangan diinsuranskan.
|
|
|
Barang-barang
yang dihantar perlu diinsuranskan untuk mengelakkan kerugian disebabkan oleh kerosakan
atau kehilangan semasa pelayaran. |
| D.
DOKUMEN KASTAM/CUKAI |
|
1. Borang Pengakuan Kastam
|
- Borang yang wajib diisi untuk semua barang eksport dan import sama ada yang dikenakan
cukai atau tidak.
- Menyediakan maklumat-maklumat mengenai import dan eksport seperti jenis barang,
kuantiti, harga, negara asal, atau negara destinasi.
- Bertujuan memudahkan Jabatan Kastam dan Eksais memeriksa barang-barang import dan
eksport bagi menentukan kada duti kastam.
|
|
|
|
|
2. Borang Kemasukan Barang Percuma
|
- Borang ini diisi bagi barang-barang yang tidak dikenakan duti import.
- Bertujuan membolehkan pegawai kastam memeriksa barang-barang yang dibawa masuk.
- Jikalau didapati barang-barang itu benar-benar dikecualikan daripada cukai, maka ia
dibenarkan untuk dibawa masuk tanpa cukai.
|
|
|
|
|
3. Borang Kemasukan Barang-barang
Bercukai
|
- Borang ini diisi bagi barang-barang yang dikenakan duti import.
- Terdiri daripada 2 jenis:
i. Borang kemasukan bagi kegunaan dalam negeri :
Borang ini harus diisi jikalau barang-barang hendak dibawa masuk dengan segera.
Selepas pemeriksaan dan pembayaran duti, barang-barang itu dibenarkan masuk.
ii. Borang kemasukan bagi pergudangan :
Borang ini diisi jika pengimport tidak mahu menjelaskan duti dengan serta-merta.
Ia Membolehkan barangan dapat disimpan dalam gudang berbon.
Sebelum barangan dibenarkan keluar dari gudang, pengimport mestilah menjelaskan duti
kastam.
|
Pengimport |
Pegawai
kastam |
|
|
4. Perincian Kastam
(Penentuan Kastam)
|
- Ia dikeluarkan oleh Jabatan Kastam dan Eksais.
- Perlu dilengkapkan oleh pengeksport apabila barang-barang hendak dieksport dikecualikan
daripada duti eksport.
- Juga perlu diisi bagi barang-barang import yang hendak dieksport semula.
- Jika duti telah dibayar semasa barangan diimport, jumlah ini boleh dituntut balik.
- Duti yang dituntut balik dipanggil pulangan duti atau bayar balik kastam (Customs
Drawback).
|
Pihak
kastam |
Pengeksport
yang berkelayakan. |
|
| E.
DOKUMEN PEMBAYARAN |
|
1. Bil Perintah Bayar
|
- Adalah perintah bertulis yang dikeluarkan oleh pemiutang, ditujukan kepada penghutang.
- Memerintahkan pihak yang ditujukan itu membayar sejumlah wang tertentu kepadanya pada
suatu tarikh yang ditetapkan ataupun dengan segera.
- Disediakan oleh pengeksport bagi jumlah nilai barang yang dijualkannya kepada
pengimport, meminta pengimport membayar jumlah nilai itu kepadanya pada suatu tarikh yang
akan datang.
- Bil itu dihantar kepada pengimport untuk disahkan oleh persetujuannya.
- Selepas disahkan persetujuannya, bil ini dikembalikan kepada pengeksport yang kemudian
akan menghantar barang-barang jualan kepadanya.
- Pengeksport boleh mendiskaunkan bil itu dibank untuk mendapatkan bayaran segera.
|
Pengeksport |
Pengimport |
|
|
2. Kredit Berdokumen
|
- Pengeksport boleh meminta surat kredit yang dikeluarkan oleh bank daripada pengimport
- Surat kredit adalah jaminan yang dibuat oleh bank pengimport untuk membayar semua bil
yang dikemukakan oleh pengeksport dengan syarat-syarat tertentu.
- Pengeksport mesti menyediakan segala dokumen diperlukan seperti resit muatan, polisi
insurans, dan invois. Surat kredit yang dikeluarkan oleh bank berasaskan dokumen-dokumen
yang disediakan oleh pengeksport dipanggil kredit berdokumen.
- Dengan surat kredit, pengeksport boleh mendiskaunkan bil perintah bayar ung dipersetujui
oleh pengimport di bank pengimport untuk mendapatkan bayaran serta-merta.
|
Pengimport |
Pengeksport |
Kadang kala
bank enggan mendiskaunkan bil perintah bayar yang disahkan persetujuannya oleh pengimport
kerana timbul keraguan tentang kedudukan kewangan pengimport. |
| F.
DOKUMEN-DOKUMEN LAIN |
|
1. Sijil Asal Usul
|
- Merupakan pernyataan atau pengakuan yang dibuat oleh pengeksport untuk mengesahkan
tempat asal barang-barang dieksport.
- Mesti disahkan oleh oleh Dewan Perniagaan dan divisakan oleh negara pengimport.
- Pihak berkuasa di negara pengimport menggunakan sijil asal usul bagi menentukan serta
mengenakan duti import, memberi duti keutamaan, mengecualikan duti import atau
menguatkuasakan kawalan kuota atas import.
|
Pengeksport,
dan disahkan oleh Dewan Perniagaan Tempatan serta ditandatangani oleh konsul atau wakilnya |
Pengimport |
Juga
digunakan bagi mencegah kemasukan barang-barang (embargo) dari negara-negara tertentu. |
|
2. Surat Cagaran
(Letter of Hypothecation)
|
- Surat yang dihantar oleh pengeksport ke salah sebuah bank di negara pengimport.
- Memberi kuasa kepada pihak bank menjual barang-barang yang telah dikirim sekiranya
pengimport tiba-tiba enggan menerimanya.
- Bertujuan mengelakkan kerugian barangan tersadai di pelabuhan.
|
Pengeksport |
Bank di
negara pengimport |
|
|
3. Waran Gudang
(Waran Limbungan)
|
- Dikeluarkan apabila barang-barang import disimpan di dalam gudang di limbungan.
- Ia adalah dokumen hak milik terhadap barang-barang.
- Ia mesti dikemukakan kepada pemilik gudang ketika menuntut barangan yang tersimpan di
dalam gudang.
- Ia boleh dipindah milik dengan cara endorsan.
- Si penerima waran ini boleh mengemukakan waran itu kepada pihak gudang untuk menuntut
barang-barang.
|
Pemilik
gudang |
Pengimport |
Boleh
dipindah milik Boleh dicagarkan ke bank. |
|
4. Janji Carter
(Charter Party)
|
- Satu perjanjian atau kontrak yang dibuat di antara pencarter (penyewa) kapal dengan
pemilik kapal.
- Ia dibuat untuk mencarter sebahagian besar atau seluruh kapal tertentu untuk mengangkut
barang-barang.
- Bukan dokumen hak milik.
- Tidak boleh dipindah milik atau dicagarkan kepada bank untuk mendapatkan pinjaman.
- Dua jenis:
i. Carter perjalanan :
kontrak untuk menyewa kapal untuk satu pelayaran sahaja. Misalnya, dari Malaysia ke
London.
ii. Carter masa :
kontrak untuk menyewa kapal untuk satu jangka masa tertentu, tidak kira berapa bilangan
pelayaran. Misalnya tempoh 3 bulan.
- Pusat yang terkenal sekali di dunia untuk mencarter kapal ialah Pasaran Baltik di
London.
|
Pencarter
(penyewa) |
Pemilik
Kapal |
Perjanjian
sewa kapal |