|
Kegiatan ko-kurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti pasukan pakaian seragam, kelab
dan persatuan serta sukan merupakan aktiviti luar bilik darjah. Kegiatan ini adalah
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kepentingan
aktiviti ini juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam bilik darjah kerana
peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.
Pada masa ini sekolah menawarkan sebanyak 7 jenis pasukan pakaian seragam, 3 jenis
separa seragam, 23 jenis kelab / persatuan dan 13 jenis sukan / permainan. Setiap
pelajar diwajibkan menganggotai sekurang-kurangnya satu daripada setiap jenis aktiviti
tersebut.
Kegiatan ko-kurikulum sekolah ini dinilai secara standard kerana aspek ini diambil kira
dalam proses pengambailan setiap pelajar ke institusi-institusi pengajian tinggi tempatan.
Penilaian kegiatan ko-kurikulum boleh merangsangkan pelajar-pelajar untuk bergiat lebih
aktif dalam kegiatan ko-kurikulum. Semua pelajar mempunyai peluang yang sama untuk
memperolehi markah kerana penilaian yang dibuat adalah setara. Bagi pelajar yang
bercita-cita melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi, penglibatan yang
cemerlang dalam aktiviti ko-kurikulum boleh dijadikan sandaran untuk mencapai cita-cita
mereka.
Antara lain objektif kegiatan ko-kurikulum adalah:
1.1 Menyediakan satu kaedah penilaian aktiviti ko-kurikulum yang boleh diterima pakai oleh
semua sekolah
1.2 Membantu Bahagian Pengajian Tinggi dalam membuat penilaian kemasukan pelajar-pelajar
ke institusi-institusi pengajian tinggi.
1.3 Menggalak dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh di kalangan pelajar dalam
aktiviti ko-kurikulum.
PENILAIAN AKTIVITI KO-KURIKULUM
|
Aspek-aspek yang dinilai adalah:
4.1 Dalam setiap jenis aktiviti ko-kurikulum yang dianggotai oleh seseorang pelajar ada
empat aspek yang dinilai iaitu:
a) kehadiran
b) Pencapaian
c) Penglibatamn
d) Jawatan disandang
4.2 Bagi keempat-empat aspek ini peratus markah yang diperuntukkan adalah seperti berikut:
Kehadiran 50 %
Pencapaian 20 %
Penglibatan 20 %
Jawataan disandang 10 %
JUMLAH 100 %
|