|
KELAB KOMPUTER
(SESI PAGI) |
MENGENALI GURU PENASIHAT KELAB KOMPUTER 2001-2008 (SESI PAGI)
A. PENDIDIKAN DAN PENGALAMAN
|
Nama Penuh : |
RITHUWAN NASIR |
|
Pendidikan Tertinggi: |
Bacelor Perakaunan
(Kepujian), UPM
|
|
Kelayakan Ikhtisas
Guru: |
Diploma Pendidikan,
MPG |
|
Moto/prinsip : |
Seseorang guru
memadai menjadi 'the Smart User', tak perlu menjadi programmer untuk
menjadi pengguna bijak dan pengguna produktif komputer.
Ingin menjadikan SMK Putatan
sekolah pelopor perkembangan penggunaan Linux di sekolah-sekolah
Sabah dan masyarakat setempat. |
Pendedahan formal/tak
formal berkaitan komputer : |
Bermula 1986-1987
sebagai ahli Kelab Komputer Sekolah Berasrama Penuh Sabah, Kota
Kinabalu. Mula mengenali PC/IBM DOS dan MSDOS. Didedahkan juga
pengaturcaraan berasas BASIC, selebihnya belajar sendiri melalui
buku dari perpustakaan sekolah. Semasa di UPM Bintulu (1988-1991),
mengguna komputer sekali sekala untuk menyelesaikan 'assignment',
mula mengenali perisian Wordstar, DBase III, dan Lotus 123. Tahun
1991, diberi kepercayaan menjadi 'Demostrator' kepada pelajar tahun
2 dan 3 oleh pihak universiti dan dibayar upah mengikut jam.
Bertambah mahir mengaturcara mengguna BASIC dan GWBASIC dan
mencuba-cuba TurboBASIC sehingga mencipta program kecil.
Semasa di UPM
Serdang (1991-1995), kerap menggunakan komputer di makmal dan
meningkatkan pengetahuan dengan lebih banyak membaca dan mencuba
(hands-on) semua perisian yang boleh diperoleh. Meminjam buku-buku
berkaitan komputer dan multimedia untuk meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran. Berjinak-jinak dengan MSWord (versi DOS) dan Word
Perfect, serta Lotus dan Excel. Mahir mengguna Windows 3.1x dan
menjadi rujukan rakan-rakan. Juga menjadi 'Demonstrator' kepada
siswazah tahun 1 untuk penggunaan perisian SKiP berasas komputer di
makmal UPM.
Kemahiran
selebihnya, termasuk linux diperoleh kesemuanya dari usaha
pembelajaran dan praktikal secara bersendirian melalui pembacaan
buku, majalah dan pengalaman 'hands-on' sendiri. |
Pengetahuan dan
kemahiran Utama : |
1. Pengguna
pelbagai Distro Linux secara aktif sejak 2002 (mula membaca dan
mencubanya sejak 1999), bermula dengan Red Hat dan variasinya (Red
Hat, Mandrake/Mandriva, Fedora Core, dsb; serta Knoppix,
OpenSuse/SLED dan terutamanya ubuntu, kubuntu dan edubuntu
(dipasang di makmal sekolah). 2. Pemasangan dan pembaikan komputer 3. Kebolehan 'troubleshooting' perkakasan, perisian dan sistem
pengoperasian MS Windows (9x/Me/XP/NT/2003 server) 4. Pengguna 'virtualization technology' seperti Microsoft VirtualPC
dan terutama VMWare workstation - kedua-duanya diperoleh secara
percuma. 5. Perancangan dan pemasangan LAN, termasuk
penyediaan kabel. 6. Pengguna aktif 'Open Source Softwares (OSS)' terutama untuk
mengetahui fungsi dan kegunaan perisian baru. 7. Membina lamanweb dengan FrontPage 98/2000, Nvu
(free). Pernah belajar Dreamweaver tapi tak diguna sebab sekolah tak
disediakan. 8. Mahir pengaturcaraan dengan Visual Basic 4.x dan 6.x (vb.net tak
pernah cuba lagi) 9. Mahir mengaturcara VBA (VisualBasic for Application) dalam
MSExcel dan MSWord dan MSAccess - Pernah menghasilkan pangkalan data
dipanggil SDAKOSMKP, kemudiannya, SisDAKOS (Sistem Dafter Atlet Kejohanan Olahraga SMK
Putatan : 2003-2004) dan telah dijadikan asas
idea oleh En. Sufri
(SPA) untuk pembinaan sistem pangkalan data maklumat latihan guru-guru Sabah.
Juga perisian berasas MSExcel untuk pendaftaran berkomputer pelajar
setiap tahun (2005-2006 sahaja). 2007 kembali manual. 10.
Menambahbaik SisDAKOS ke versi beta. Berjaya
menggunakan
SisDASKOS 2007 (Sistem Data dan Analisis Statistik
Kejohanan Olahraga Sekolah-sekolah Sabah) versi 0.21 (beta)
untuk pengurusan data kejohanan olahraga terbesar, MSSM Sabah
pada 2 - 5 April 2007 baru lalu di
Kudat. Saya merupakan salah seorang AJK Perangkaan, tugas utama mencipta
sistem maklumat yang berfungsi dengan baik dan tepat. Alhamdulillah,
SisDASKOS berjaya! AJK kami berfungsi dengan lebih cekap.
Catatan : Saya dipelawa dan dilantik oleh pihak
penganjur, PPD Kota Marudu, atas cadangan
Pengetua SMK Kudat 2 pada masa itu, En. Zaini Yamin. Beliau sebenarnya mengetahui
kemahiran saya semasa beliau masih menjadi bertugas di SPA, mengendalikan kursus asas TMK.
Saya turut
dilantik bertugas sebagai Jurulatih Utama (JU). Selain dari itu, Cikgu
Roslan Madisal, yang pernah bertugas di SMK Putatan, turut mengetahui
kewujudan sistem pangkalan data SDAKOSMKP/SisDAKOS yang mula dibina
ketika beliau menyandang penyelaras ko-kurikulum. Begitulah permulaan
penglibatan saya di dalam MSSM Sabah. |
Majalah utama dan
buku kegemaran : |
Majalah - Linux
Format (UK), PC Authority (Aus), Majalah PC (Mal.), Linux for You
(India) - malangnya LFY tak ada lagi di pasaran Sabah.
Mana-mana buku
teknikal dan troubleshooting komputer. |
Tugas utama berkaitan
komputer : |
1. Jurulatih Kursus Aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Negeri Sabah, daerah penampang dan sekolah
2. Guru Penasihat Kelab Komputer SMK Putatan
3. Penyenggara lamanweb sekolah (2000-2002 & 2007)
4. Penyelaras Makmal (2004-2006) |
B.
PENGALAMAN SEBAGAI JURULATIH/PENCERAMAH (berkaitan komputer)
|
BIL |
JAWATAN |
TEMPAT |
TAHUN |
|
1 |
Jurulatih Kursus Aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri
Sabah 2002 |
Beringgis Beach Resort |
4 - 10 Ogos 2002 |
|
2 |
Jurulatih Kursus Aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri
Sabah 2002 (Guru SMK La Salle) |
Makmal Komputer INTAN,
Likas |
5 - 8 November 2002 |
|
3 |
Fasilitator Kursus Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (MS
PowerPoint) |
PKG Penampang |
5 - 7 Ogos 2003 |
|
4 |
Penceramah/Fasilitator Kursus Profesionalisme Penyelaras Makmal
Pengkomputeran |
Beringgis Beach Resort |
25 - 29 Ogos 2004 |
|
5 |
Penceramah/Fasilitator Kursus Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi
2004 |
Borneo Paradise Beach
Hotel |
13 - 17 September 2004 |
|
6 |
Jurulatih Utama Negeri Kursus Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Bagi Guru-Guru Sekolah Rendah Gabungan Kota Kinabalu |
Idaman Villa, Petagas |
19 - 23 September 2005 |
|
7 |
Jurulatih Utama Kursus Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Untuk
Guru Sekolah Rendah Daerah Penampang |
SK. Dimpokuan |
10 - 12 Mei 2005 |
|
8 |
JU ICT untuk Guru-guru Bahagian Gabungan Kota
Kinabalu
- mengkhusus untuk Asas kemahiran MSExcel (menyumbang penulisan
modul baru untuk kursus ini) |
Beringgis Paradise Beach Hotel |
Mei 2006 |
C. LATIHAN/KURSUS YANG PERNAH
DIHADIRI (BERKAITAN KOMPUTER)
|
BIL |
LATIHAN |
TEMPAT |
TAHUN |
|
1 |
Kursus Penyelenggaraan Komputer dan Makmal |
Maktab Perguruan Gaya |
September 2000 |
|
2 |
Kursus Peningkatan Kemahiran Guru Sumber Negeri Dalam Teknologi
Maklumat dan Komunikasi - Kursus 1 |
Anjung MIMOS Kota Kinabalu |
14 - 19 Julai 2002 |
|
3 |
Mesyuarat Penyelarasan Aplikasi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Untuk Guru-Guru Negeri Sabah |
Likas Square Business
Suite |
28 - 29 Julai 2002 |
|
4 |
Kursus Peningkatan Kemahiran Guru Sumber Negeri Dalam Teknologi
Maklumat dan Komunikasi - Kursus 2 |
Anjung MIMOS Kota Kinabalu |
11 - 16 Ogos 2002 |
|
5 |
Bengkel Pembinaan Pangkalan Data (anjuran SPA) |
Beringgis Beach Resort |
13 - 17 April 2003 |
[
Kembali ke sub-menu Senarai
Persatuan Akademik & Kelab ]
|