| _ |
1
KELAHIRAN
Layar peradaban manusia
Pewaris baka
Penyambung zuriat
Kurniaan Illahi tiada ternilai
Bermula zaman adam dan Hawa
Hingga detik ini
Tiada mungkir
Sperma dan ovum
Asalmu sel-sel germa promodium
Gametogenesis mengukir nama
Berlangsung meiosis
Meniti langkah demi langkah
Dari tangga profasa
Ke tangga metafasa, anafasa, telofasa
Beristirehat di tangga interkinesis
Langkahmu, kau ulang kembali
Meiosis
Jasadmu terpahat
Mepertahankan kromosom
Dari generasi ke generasi
Hadir berjuta sperma dari spermatogenesis
Melamar ovum di kamar oogenesis
Satu dalam berjuta
Menyatu keyakinan
Lalu bersanding ditirai fallopio
Mitosis menggamit datang
Bagai kumtum berkembanglah zigot
Bermula kariokenesis
Menyusul sitokenesis
Membentuk blastosista di alam implantasi
Kemudian tersergam megah
Embrio di pinggir uterus
Tegak sokong untaian plasenta
Penuh ihsan jejari kapilari
Menyedut nafas oksigen
Membekal gizi seimbang
Dari embrio beralih fetus
Detik kian berlalu
Genap sudah sembilan purnama
Servikpun terbuka
Tercurah keluar cecair amnion
Kau muncul di ruang vulva
Lahir ke dunia cahaya mata
Memberi kudrat buat induknya
11
Di sini
Kelahiran mengungkap ketamadunan manusia
Cetusan teknologi merobah segala
Hasrat yang tertunda
Sekadar igauan di siang hari
Kemahuan, keinginan menagih kesungguhan
Permainan beradas
Persenyawaan in vitro
Antara usaha manuisa
Mengharap sirna
Menanti zuriat
Pengukuh kasih berzaman
Gelodak perasaan meruntun rasa
Keinginan naluri berbeza
Percantuman benih dari dua aliran
Kromosom XY, kromosom XX
Bertaut Satu
Disirami asid lactacyd
Dibajai alkali sodium bikarbonat
Jantina dipilih
Kelahiran dirancang rapi
Sekian waktu
Berkembang zigot
Kau ditatang kasih
Ujian amniocentesis
Ujian ultra sound
Ujian feotoscopy
Bermakna pasti
Mengenal citramu
Keswempurnaan , kekurangan
Takdir tetap terbuka
Gambaran kedukaan, kebahagiaan
Pada yang menanti
Seribu kemungkinan bersarang
Apakah sudahnya satu penantian
Bagai lumrahnya satu amanah
Ataukah
Cara forsep
Diiringi bius pudendal, epidural
Atau
Pembedahan caesarian
Yang pastinya
Variasimu yang hadir
Selanjar mahupun tak selanjar
Bersulam perbezaan
Agar spesismu dikenal pasti
Serta penyesuaianmu
Sebati dengan persekitaran
Demikian ujudnya kita
Satu kewujudan spesifik
Dengan izin yang maha Kuasa
|
_ |