|
Pembentukan Jadual Waktu sekolah adalah dengan menggunakan sistem komputer. Sistem ini
telah digunakan semenjak tahun 1995.
Sekolah ini menjalankan 2 sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan sesi petang. Sesi pagi
akan bermula pada jam 6.50 pagi dan berakhir pada jam 1.20 petang terutamanya untuk
Tingkatan Lima. Bagi kelas Tingkatan Empat dan Tiga akan bermula pada jam 6.50 dan
berakhir pada jam 12.20 tengahari. Bagi jadual hari Khamis waktu persekolahan akan bermula
pada jam 6.50 pagi dan akan berakhir pada jam 12.50 petang. Bagi hari Isnis, Selasa, Rabu
dan Jumaat setiap waktu persekolahan diperuntukan sebanyak 40 minit (sebelum waktu rehat)
dan 35 minit (selepas waktu rehat). Bagi hari Khamis, setiap waktu diperuntukan sebanyak
30 minit sahaja kerana pada hari tersebut jam 7.00 8.00 pagi adalah diperuntukan
untuk aktiviti ko-kurikulum.
Bagi sesi petang pula, waktu persekolahan bermula pada jam 12.20 dan berakhir pada jam
5.50 petang. Ada juga beberapa kelas yang bermula pada jam 11.45 dan berakhir pada jam
5.55 petang. Setiap hari Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat satu waktu diperuntukan sebanyak
35 minit. Pada hari Rabu, satu waktu diperuntukan sebanyak 30 minit. Pada hari Khamis sesi
persekolahan bermula pada jam 12.50 dan berakhir pada jam 5.55 petanh dan hari Jumaat sesi
persekolahan bermula pada jam 1.30 petang dan berakhir pada jam 5.55 petang.
SESI PAGI
| WAKTU HADIR PERHIMPUNAN HARIAN |
6:45 PAGI - 7:00 PAGI |
| WAKTU MULA BELAJAR |
SEAWAL 6:50 PAGI SETIAP HARI |
| WAKTU AKHIR |
TERTAKLUK KEPADA ALIRAN KELAS
TERBABIT:
Pelajar-pelajar aliran sains tulen, sastera ikhtisas selalunya
akan tamat seawal 1:50 petang kecuali Jumaat 11:45 pagi.
Kelas-kelas lain seperti tingkatan 3, aliran lain akan pulang
seawal 12:50 tengah hari. |
|