LINUX DI MAKMAL KOMPUTER - EKSPERIMEN
MUKA UTAMA

         [ Klik ke Menu ]


Guru Penasihat :
En. Rithuwan Bin Nasir

Pengguna linux terutama edubuntu iaitu variasi UBUNTU, distribusi linux yang terkenal. Distribusi lain ialah PCLinuxOS.
Pengenalan kepada linux pada asalnya adalah aktiviti ahli-ahli kelab, termasuk pemasangan (installation) dari LiveCD.

Namun begitu, penggunaannya telah diperluaskan untuk kegunaan pelajar-pelajar bukan ahli kerana sering kali pelajar membawa bersama USB Drive (thumbdrive/usb stick,etc) mereka, dan kekecewaan jelas terbayang apabila Windows98 yang tersedia tidak mampu memberikan mereka kebolehgunaan USB Drive mereka.

Penyelesaiannya, menasihatkan mereka mencuba Edubuntu dan/atau PCLinuxOS dengan melatih pengguna baru itu dengan ciri-ciri utama desktop linux tersebut. Alhamdulillah, di sebalik kekurangan yang mungkin pelajar rasai (contohnya, mana C: drive?), mereka tetap gembira dapat menaip folio dan kerja kursus di dalam OpenOffice dan boleh mencetak di makmal dan akhirnya menyimpan di usbdrive mereka.

Berdasarkan pemerhatian tak saintifik saya, di dapati pelajar-pelajar menengah rendah tidak kisah pun perbezaan openoffice dengan MSOffice. Sebaliknya, mereka gembira kerana OOo boleh menyimpan di dalam format DOC sepertimana MSOffice. Itu sudah mencukupi.

Kesimpulan : berdasarkan pengalaman kami di SMK Putatan, penggunaan edubuntu atau distribusi linux lain boleh dilaksanakan di sekolah terutamanya di komputer-komputer kegunaan pelajar tanpa masalah perlesenan. Anda dilarang menginstal sendiri WindowsXP di makmal sekolah kerana KPM belum lagi membeli lesen baru atau upgrade dari windows98Se kepada WindowsXP. Oleh itu, penyelesain yang gratis dan bebas adalah melalui sistem operasian yang percuma seperti EDUBUNTU atau PCLINUXOS.

 

Laporan oleh Cikgu Rithuwan.

 

 


MUKA
UTAMA

- Dari Meja Pengetua 2011 - Pentadbiran - Latar belakang - e-Terbitan - Gambar - Peristiwa / Aktiviti - Apa Yang Terbaru? -
- Sudut P.I.B.G. - Bimbingan & Kaunseling - Ko-KurikulumPusat Sumber - Sudut Guru - Sudut Hasil Karya -
- Muatturun - Koleksi Soalan - Buku Pelawat - Pautan Menarik - Siapa Kami? - 'Our Ex-students' -

Gunakan paparan bersaiz 800 x 600 pixel dan berwarna 16 bit
SMK Putatan, Penampang, Sabah
Sejak Julai 2000.
hubungi Cikgu Samatra Yahya - Ketua Penyelenggara [ smkputatanb@yahoo.com ] untuk sebarang komen atau permasalahan.
Kali terakhir muka surat ini dikemaskini : 03-02-2011 15:46:05