TEKNIK MEMPELAJARI MATEMATIK
MUKA UTAMA

         [ Klik ke Menu ]


 

  FORMULA 5R - STUV

        R1 - RECOPY
        R2 - REWORK ALL MODELS 5X
        R3 - RECITE OUT LOUD
        R4 - RECHECK
        R5 - REASONABLENESS

R1 - RECOPY (SALIN SEMULA NOTA)
Salin dengan tulisan yang terang.
Tambahkan nota untuk meningkatkan kefahaman.
Boleh ditulis tambahan nota menggunakan pensil.
Gunakan anak panah menghubungkan antara satu fakta dan fakta yang berhubung kait.
Tandakan dengan tanda soal (?) mana-mana bahagian yang tidak difahami.
Bincang dengan segera dengan kawan atau guru anda.

R2 - REWORK ALL MODELS 5X (BUAT SEMULA SEMUA CONTOH-CONTOH PENYELESAIAN SEKURANG-KURANGNYA DIULANG-ULANG SECARA PANTAS 5 KALI)
Di kelas, anda diberi banyak contoh-contoh penyelesaian terhadap soalan-soalan matematik.
Selesaikan semula contoh-contoh ini sekurang-kurangnya 5 kali berturut-turut.
Selesaikan secara pantas.
Teknik ini meningkatkan kemahiran.
Pastikan rekod masa penyelesaian kali kedua memecahkan rekod masa penyelesaian kali pertama dan begitulah seterusnya.
Begitu juga soalan-soalan bertaraf peperiksaan.
Ulangi penyelesaian terhadap soalan setiap 3-4 minggu.
Hari Sabtu, Ahad, cuti awam, cuti penggal adalah masa yang amat sesuai untuk menyelesaikan banyak masalah Matematik yang bertaraf peperiksaan.

R3 - RECITE OUT LOUD (LAFAZKAN DENGAN SUARA YANG KUAT)
Lafazkan.
Suara anda harus dikuatkan.
Lafazkan formula berulang-ulang.
Melafazkan berulang dengan suara atau bisikan yang kuat sebanyak 68 kali akan meningkatkan kuasa pengingatan.
Bisikkan atau lafazkan atau bisikkan langkah-langkah penyelesaian terhadap soalan (teknik ini boleh juga diamalkan ketika berbaring sebelum tidur, tuliskan di atas tilam langkah-langkah penyelesaian menggunakan jari telunjuk anda).

R4 - RECHECK (SEMAK LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN)
Semak darab, campur, tolak dan bahagi, formula dan langkah-langkah penyelesaian yang lain.

R5 - REASONABLENESS (PERHATIKAN JAWAPAN BERPATUTAN ATAU SEBALIKNYA)
Matematik adalah satu-satunya pelajaran yang jauh berbeza dengan pembelajaran bahasa ataupun Sejarah atau Geografi.
Matematik adalah mata pelajaran latihan, latihan, latihan.
Jika anda lemah Matematik, pastikan anda belajar, mengulangkaji dan menyelesaikan masalah atau membuat latihan selama 1 1/2 jam setiap hari.

Seperti kemahiran di dalam arena sukan yang memerlukan LATIHAN HARIAN DAN LATIHAN BERTUBI-TUBI, BEGITULAH JUGA MATEMATIK.

Selain membuat latihan yang banyak, pelajar juga harus membuat sesuatu masalah taraf soalan peperiksaan secara berulang-ulang. Tidak cukup sesuatu soalan bertaraf peperiksaan itu dibuat sekadar sekali dengan jawapan yang tepat dan tidak lagi diulangi penyelesaiannya kali kedua dan ketiga dan seterusnya. Anda dinasihatkan untuk membuat soalan yang sama dalam masa 4-6 minggu kemudian dengan cara penyelesaian yang pantas. Dengan cara demikian, anda akan MAHIR dan CEKAP dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pada 4-6 minggu kemudian, ulangi lagi kali ketiga dengan pantas. Mungkin masa yang diambil sekadar beberapa minit sahaja.

Pelajar sebaik-baiknya mempunyai dua buku rujukan. Jangan berharap semata-mata kepada buku teks sekolah. Pastikan buku rujukan digunakan sepenuhnya. Tandakan semua perkara-perkara penting. Di mana perlu, TULISKAN NOTA TAMBAHAN dalam buku nota atau buku latihan untuk membantu anda meningkatkan kefahaman. Jangan taku buku-buku tersebut mengalami kekotoran.

Pastikan pelajar telah hafal sifir. Cara menghafal sifir bukanlan perkara yang susah. Di mana sahaja masa anda terluang adakah dialog sifir dalam pemikiran anda. Adakan dialog pantas dalam pemikiran anda dan anda bisikkan atau lafazkan pendaraban sesuatu sifir. Jika ini diamalkan selalu, pasti sifir bukan menjadi satu masalah.

Satu teknik lagi yang harus anda amalkan ialah ketika anda berdiri di stesen bas atau ketika anda berada di dalam bas atau kereta. Anda perhatikan nombor kereta. Katakan nombor kereta yang anda lihat itu ialah SA8978R. Campurkan sepantas kilat 8+9+7+8=32. Ya, jawapannya ialah 32. 8+9=17, 7+8=15 dan 17+15 = 32. Atau darabkan 8x9=72, 72x7=152, 152x8=1216; 150x8=1200 dan 2x8=16, 1200+16=1216. Latihkan diri anda setiap hari. Yakinlah Matematik anda akan menjadi pantas.

Amalkan juga selalu pembelajaran Matematik cara pembayangan (visualization) sebelum terlena tidur, atau semasa berada di tandas, di perpustakaan dan sebagainya. Pastikan kekuatan mental anda. Jangan lupa sarapan pagi yang baik setiap hari seperti telur, susu, buah-buahan, ikan, daging (burger) dan lain-lain makanan yang berzat. Kurangkan makanan yang mengandungi gula putih yang tinggi seperti coklat, biskut, keropok, kek, kuih, dan juga minuman-minuman manis dalam kotak, botol atau tin.

Pastikan anda faham penggunaan 20 peringkat masa-masa rahsia pelajar cemerlang.

 

Penulis asal : [tidak diketahui]

Perkongsian ilmu oleh,
Salbian Lai
Tingkatan 5 Cerdas
Tahun 2000

 


MUKA
UTAMA

- Dari Meja Pengetua 2011 - Pentadbiran - Latar belakang - e-Terbitan - Gambar - Peristiwa / Aktiviti - Apa Yang Terbaru? -
- Sudut P.I.B.G. - Bimbingan & Kaunseling - Ko-KurikulumPusat Sumber - Sudut Guru - Sudut Hasil Karya -
- Muatturun - Koleksi Soalan - Buku Pelawat - Pautan Menarik - Siapa Kami? - 'Our Ex-students' -

Gunakan paparan bersaiz 800 x 600 pixel dan berwarna 16 bit
SMK Putatan, Penampang, Sabah
Sejak Julai 2000.
hubungi Cikgu Samatra Yahya - Ketua Penyelenggara [ smkputatanb@yahoo.com ] untuk sebarang komen atau permasalahan.
Kali terakhir muka surat ini dikemaskini : 03-02-2011 15:46:05