|
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam
sejahtera.
Alhamdulillah, kini tahun
2011 telah
tiba. Pelbagai dasar dan perancangan baru yang telah dirancang di peringkat
kementerian pelajaran, jabatan pelajaran negeri dan juga sekolah mula
dilaksanakan,
Kita hadir tahun ini
dengan iltizam tinggi untuk mencapai kecemerlangan sekolah bagi tempoh 2011
hingga 2015. Antara dasar-dasar penting ialah seperti 1murid 1sukan yang
mula dilaksanakan tahun ini. Kita juga memulakan penggal baru perancangan
strategik sekolah bagi tempoh 2011 hingga 2015 yang intipatinya berkisar
tentang kecemerlangan akademik, ko-kurikulum, sahsiah murid dan
kesejahteraan sekolah.
Marilah kita bersama-sama
menjayakan misi kita, Baik guru, kakitangan sokongan, ibu bapa murid dan
murid sekolah ini hendaklah bersama-sama berganding bahu menjunjung harapan
dan tanggungjawab yang telah dipertanggungjawabkan ke atas sekolah ini.
Tanpa kerjasama dari
kesemua pihak, agak sukar untuk kita merealisasikan pelan strategik yang
telah diaturkan. Hanya dengan kerjasama, kesungguhan dan komitmen kesemua
pihak akan dapat mempermudahkan kita mengorak langkah positif tahun ini dan
tahun-tahun mendatang. Tanpa berlengah lagi, peganglah misi dan visi sekolah
dan jadikan ia panduan ke arah mencapai kecemerlangan sekolah kita.
Akhir kata, saya ucapkan selamat
menuntut ilmu, selamat bertugas, dan selamat tahun baru.
Sekian, terima kasih.
Hjh. Azah Hj.
Ismail
Pengetua SMK Putatan
3
Januari 2011 |