|
|
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam
sejahtera.
Apa khabar guru-guru dan anak-anak
murid yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah kita semua telah
dipanjangkan umur sehingga kita semua dapat berjumpa semula. Dengan ruangan
yang telah diberi oleh Tuhan kepada kita marilah kita teruskan pengabdian
kita kepadanya dengan melaksanakan tugas, amanah dan tanggungjawab yang
diberi kepada kita dengan penuh keikhlasan, rasa tanggungjawab dan dedikasi.
Semoga kita semua sama-sama berusaha memajukan diri dengan meningkatkan
usaha agar impian, cita-cita, visi dan misi peribadi dan sekolah tercapai.
Azam kita semua semoga SMK Putatan menjadi sekolah yang Gemilang tahun 2010
tercapai.
Kepada semua warga SMK Putatan saya
menyeru agar kita menjadikan moto sekolah kita, "Berusaha, Berilmu, Berjaya"
untuk kita terus rajin belajar dan menuntut ilmu agar kita memperoleh
kejayaan di masa depan.
Sebagai mukadimah perkongsian ilmu
di sini saya paparkan panduan menuntut ilmu yang telah diajar oleh seorang
guru yang agung Imam al Ghazali dalam bukunya Ihya Ulumuddin.
ADAB BERGURU:
-
Belajar adalah suatu ibadah
wajib.
-
Gunakan setiap kesempatan yang
ada untuk memungut sesuatu yang penting dan berguna.
-
Layanilah ilmu itu sebagaimana
melayan seorang yang mencari faedah, biasakanlah mempelajarinya dengan
perbuatan terpuji.
-
Semasa guru mengajar, dengar
dengan penuh perhatian. Elakkan dari tingkahlaku yang kurang sopan:
berbual-bual, berbincang dengan kawan-kawan, mengelamun, membaca
lain-lain perkara yang tiada berkaitan dengan pelajaran ketika itu.
-
Jika ada sesuatu yang tidak
difahami, minta dengan hormat kepada guru agar dia mengulanginya semula
atau menjelaskan apa yang tidak difahami. Peliharalah adab bercakap
dengan guru, janganlah bercakap dengan suara yang keras atau janganlah
membantah sekiranya guru mengabaikan permintaanmu.
ADAB BERSAMA GURU:
-
Apabila bertemu guru dahulukan
dengan ucapan salam.
-
Tidak banyak bercakap di
hadapan guru.
-
Tidak banyak bercakap kecuali
dengan izin guru.
-
Bertanya apabila diizinkan
oleh guru.
-
Elakkan dari membantah
pendapat guru kecuali dibenarkan.
-
Elakkan memberi sebarang
petanda dia (murid) lebih tahu dari gurunya, kerana ini kurang sopan dan
kurang berkat.
-
Jangan berbisik-bisik dengan
kawan semasa guru mengajar.
-
Tidak berpaling ke kiri dan ke
kanan dengan tiada sebab yang diizinkan guru.
-
Elakkan diri dari banyak
bertanya.
-
Berdiri apabila guru masuk ke
kelas, guru datang menghampiri atau bertanyakan soalan kepada guru
Semoga panduan ini dapat menjadi
amalan murid-murid semua agar ilmu yang dituntut mendapat keberkatanNya.
Akhir kata, saya ucapkan selamat
menuntut ilmu, selamat bertugas, selamat tahun baru.
Sekian, terima kasih.
Hjh. Azah Hj.
Ismail
Pengetua SMK Putatan
3
Januari 2008 |