OBJEKTIF, PERATURAN & HUKUMAN
MUKA UTAMA

         [ Klik ke Menu ]


Peraturan Sekolah

i.    Melahirkan pelajar yang berakhlak mulia demi kesempurnaan masyarakat.
ii.   Mewujudkan sifat hormat-menghormati di antara satu sama lain.
iii.  Melahirkan pelajar yang sanggup berkhidmat untuk sekolah.
iv.  Mendisiplinkan diri pelajar agar menjadi insan yang bertanggungjawab, tahu menjaga harga diri dan menjadi warganegara yang baik.
v.   Memberi layanan dan hak yang sama rata kepada semua pelajar.
vi.  Membantu Pengetua, guru-guru dalam menjaga keharmonian, ketenteraman dan kelicinan pentadbiran sekolah.
vii. Menentukan bahawa pelajar yang bersalah akan menerima hukuman dengan kesalahannya.
 

Hukuman

i. Mencegah pelajar dari mengulangi kesalahan.
ii. Mencegah pelajar bermasalah mempengaruhi pelajar lain.
iii. Mencegah pelajar lain dari melakukan sebarang kesalahan.
iv. Setiap kesalahan yang terbukti dan mempengaruhi pelajar lain.
v. Memperbaiki pelajar yang bersalah.
 

Kehadiran

1. Kehadiran waktu sekolah.
1.1. Kehadiran ke sekolah, kelas gantian, tambahan, peperiksaan dan ko-kurikulum adalah wajib.
1.2. Semua pelajar mesti berada di sekolah 10 minit sebelum waktu persekolahan.
1.3. Pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah sepanjang tempoh persekolahan.
1.4. Pelajar yang hendak keluar dari kawasan sekolah atas urusan penting hendaklah mendapatkan kebenaran guru bertugas dan guru asrama.
1.5. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah oleh sebab tertentu hendaklah membuktikan dengan surat dari doktor atau ibubapa.

2. Kehadiran ke perhimpunan.
2.1. Kehadiran ke perhimpunan mingguan adalah wajib.
3. Kehadiran di Asrama untuk penghuni asrama.
3.1. Penghuni asrama yang balik ke asrama dalam tempoh satu hari tanpa sebab yang munasabah akan digantung dari asrama. Jka berlarutan selama tiga hari tindakan singkir akan dikenakan.
3.2. Penghuni asrama yang pulang lewat dari masa yang ditetapkan iaitu pukul 3.00 petang selepas minggu pulang kampung dikehendaki melapor diri kepada warden.

4. Kehadiran waktu belajar pelajar asrama.
4.1. Kehadiran adalah wajib mengikut masa belajar yang ditetapkan.
 

PAKAIAN SERAGAM PELAJAR

1. Pakaian seragam pelajar berdasarkan surat pekeliling iktisas 3/1983 yang disiarkan oleh kementerian Pendidikan Malaysia.

1.1 Pakaian Pelajar lelaki.
· seluar panjang warna hijau gelap.
· Ukuran labuh 4 cm
· Ukuran lilit 16 hingga 18 inci.
· Seluar berfesyen dan poket tampal belakang tidak dibenarkan.
· Baju putih lengan pendek atau panjang.
· Baju dimasukan ke dalam seluar sepanjang masa.
· Butang baju tidak boleh ditanggalkan.

1.2. Pakaian Pelajar Perempuan.
· Baju kurung warna putih.
· Kain sarung berwarna biru ( torquoise ).
· Pinafore Tunic
· Pelajar perempuan beragama Islam wajib memakai tudung.

2. Pelajar lelaki dan perempuan wajib memakai stokin berwarna putih dan berkasut berwarna putih jenis kanvas.

3. Tali pinggang hendaklah mematuhi syarat yang ditetapkan.

4. Pelajar lelaki dan perempuan hendaklah menjahit lencana sekolah di baju sekolah.

5. Pengawas sekolah.

5.1. Pakaian yang telah ditetapkan oleh Lembaga Disiplin iaitu
· Baju biru dan seluar putih.
· Kasut berwarna hitam.
· Tali leher berwarna merun.
· Tanda nama dan berlambang lencana sekolah.

6. Pakaian Pendidikan Jasmani.
· Baju T ( berwarna putih atau warna rumah sukan )
· Memakai seluar trek panjang warna biru gelap.
 

POTONGAN RAMBUT

1. Pelajar lelaki
· Pendek dan tidak berfseyen.

2. Pelajar perempuan.
· Tidak mencecah baju.
· Rambut yang panjang wajib diikat dengan reben berwarna hitam atau gelap.

3. Pelajar tidak dibenarkan mewarnakan rambut.
 

HARTA BENDA SEKOLAH ATAU ASRAMA.

1. Pelajar yang merosakan, menghilangkan atau mencoteng dikehendaki membayar ganti rugi.
2. Tindakan disiplin akan dikenakan kepada pelajar berkenaan.
3. Tidak dibenarkan menggunakan harta benda sekolah atau asrama tanpa kebenaran.
 

BUKU SKIM PINJAMAN BUKU TEKS.

1. buku teks yang dipinjamkan hendaklah dijaga keselamatan dan kebersihannya.
2. Tidak ditinggalkan di merata-rata tempat.
3. Pihak sekolah berhak menarik balik atau meminta ganti rugi.
4. Buku pinjaman hendaklah dipulangkan pada masa yang ditetapkan.
5. Pelajar yang tidak mematuhi peraturan atau gagal memulangkan buku teks, pihak sekolah akan menahan sijil-sijil yang berkaitan.
 

ALAT-ALAT SUKAN

1. Penggunaan peralatan sukan mestilah dengan kebenaran guru.
2. Peralatan sukan yang telah selesai digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asal.
 

TANDAS ATAU BILIK BASUH

1. Mestilah dijaga kebersihan dan mematuhi peraturaan penggunaannya.
 

KANTIN SEKOLAH

1. Pelajar tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman pada masa pembelajaran atau perturaran waktu dan selepas pendidikan jasmani kesihatan.
2. Pelajar beratur dan tidak bising.
3. Pelajar dilarang membuang sampah merata-rata tempat dan sampah atau sisa makanan mestilah dibuang ke dalam tong sampah.
 

KEGIATAN KO-KURIKULUM

1. Pelajar diwajibkan menganggotai kelab permainan, Persatuan akademik dan unit beruniform.
2. Pelajar diwajibkan menghadiri atau mengikuti semua aktiviti yang dijalankan.
 

PELAWAT

1. Pelawat atau orang luar tidak dibenarkan berada di kawasan sekolah tanpa urusan resmi.
2. Pelawat atau ibubapa hendaklah berjumpa dengan pengetua atau guru-guru, warden asrama untuk sebarang urusan terlebih dahulu.
3. Pelajar dikehendaki menghormati pelawat atau ibu bapa.
4. Pelajar hendaklah melaporkan dengan serta merta kepada pengetua, dan guru sekiranya melihat orang luar yang mencurigakan berada di kawasan sekolah.
 

JENIS-JENIS KESALAHAN

1. KESALAHAN BERAT.
· Kurang sopan,  biadap kepada guru atau pelajar.
· Mencuri, menipu, berjudi, minum minuman keras.
· Mengugut atau memeras atau menggunakan kekerasan.
· Terlibat dalam najis dadah atau merokok.
· Mengonggotai kumpulan haram.
· Memukul guru atau pelajar.
· Melakukan perbuatan yang tidak bermoral.
· Ponteng kelas, sekolah dan perhimpunan.
· Membawa atau menyebarkan gambar atau video lucah.

2. KESALAHAN SEDERHANA BERAT.
· Bising.
· Bergaduh atau bertumbuk.
· Keluar kelas tanpa kenabaran.
· Mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan.
· Pakian tidak kemas.
· Bersubahat dengan sebarang kesalahan.
· Bercakap bohong atau menipu.
· Membawa atau bermain permainan yang merbahaya.
· Tidak menghormati guru atau pelajar.
· Mengotori kelas atau kawasan sekolah.
· Tidak menapati masa.
· Tidak membawa peralatan pembelajaran.
· Tidak menyiapkan kerja atau latihan.

3. KESALAHAN RINGAN
· Datang lewat ke sekolah atau asrama.
· Tidak membayar yuran sekolah atau asrama.
· Mengusik atau menganggu pelajar.
· Merayau-rayau.
· Makan atau minum dalam kelas.
· Melompat pagar sekolah.
· Menganggu ketenteraman.
· Tidak menunjukan semangat kekitaan atau sayangkan sekolah.

4. PERINGATAN.
· Semua hukuman berat dan sederhana akan dimaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga. Kesalahan ini akan direkodkan.
· Sebarang kesalahan yang dilakukan  berulang akan dianggap kesalahan berat.
· Pengetua atau lembaga Disiplin Sekolah mempunyai kuasa untuk mengubahsuaikan mana-mana bahagian dalam peraturan ini.
 

 

[ Kembali ke Sub-menu Bimbingan & Kaunseling ]

 


MUKA
UTAMA

- Dari Meja Pengetua 2011 - Pentadbiran - Latar belakang - e-Terbitan - Gambar - Peristiwa / Aktiviti - Apa Yang Terbaru? -
- Sudut P.I.B.G. - Bimbingan & Kaunseling - Ko-KurikulumPusat Sumber - Sudut Guru - Sudut Hasil Karya -
- Muatturun - Koleksi Soalan - Buku Pelawat - Pautan Menarik - Siapa Kami? - 'Our Ex-students' -

Gunakan paparan bersaiz 800 x 600 pixel dan berwarna 16 bit
SMK Putatan, Penampang, Sabah
Sejak Julai 2000.
hubungi Cikgu Samatra Yahya - Ketua Penyelenggara [ smkputatanb@yahoo.com ] untuk sebarang komen atau permasalahan.
Kali terakhir muka surat ini dikemaskini : 03-02-2011 15:46:05